Assalamualaikum..
Tadi lunch, I ajak bebudak ni lunch dekat
Greenhouse by Muir @Ampang. Makan Sabtu haritu tak puas sebab gelap, tak dapat
nak menikmati makanan sebab tak berapa nampak. Bebudak ni pon dari pukul
11.00am dah tanya nak makan kat mana. Lapar sangat bunyiknya. So I pergi la
dengan Intan, Dyba, Sarah and Izzy. Kaklong tadek sebab dia dekat Balai Felda,
tadek sapa nak amek dia and ‘Izzah pulak taknak keluar harini. Mengada. Lagipon
dia tak suka makanan Jepun. Takper, bagi kitorang sikit je lagi masa untuk
menghasut ‘Izzah untuk makan Japanese Food lepas ni. I buat reservation sebab takot full
house. Tapi if Japanese section (Kuroshio Market) dorang tadek reservation, yang ada bahagian
tingkat atas yang western tu.
Nak datang sini, parking la agak hazab. Nak parking
dekat sebelah hospital tu jauh nak jalan. Tetengah hari ni nak jalan kaki jauh-jauh
becak la ketiak eeeuwwww. So kitorang parking depan apartment depan tu je.
Lepas park, memasing keras je kepala takot kena panggil dengan guard. Hahahaha.
Btw, sapa yang tak pernah makan dekat sini, konsep dia sama macam Marche. Amek
makanan apa yang kiter nak makan, if ada yang dah ready boleh ambik terus, if
ada yang dorang kena prepare amek tiket dulu. Bayar and later baru collect. Nak
masuk je section makanan, ambik terus bakul untuk isi makanan. Kalau makan
sikit, boleh ambik dulang je. If korang nak makan nasik, better amek Seat Meal
(Nasi+ sayur goreng + miso soup) sebab cuma RM6.00 jer.
Memasing memula amek penuh bakul, tapi bila sedar
diri memasing letak balik (sebenarnya I sorang je, tapi saja nak tuduh orang lain jugak). Hahahahaha. Dyba nak makan soba, tapi takde la
pulak. I agak dekat sini variety makanan dia tak banyak sangat. Tapi sebab
tempat dia cantik and konsep macam ni tak berapa nak ada dekat Malaysia, so
sebab tu orang makan dekat sini. Anyway, korang boleh baca review dari EatDrink KL. Memang dia tak puas hati betul dengan Greenhouse by Muir ni sebab dia
kata below dia punya expectation. As for me yang kuat makan, YES I rasa
choices tak banyak, parking susah but sebab tempat dia cantik and harga dia
affordable so I boleh lagi la kalau nak datang sini. Just avoid waktu kemuncak.
I baca review, ramai orang datang Jumaat Sabtu malam for dinner.
Beria je Dyba dengan Intan tu sampai nak bertroley-troley. Hahaha.
Air Florida Lemonade tu sedap giler! I nak cari la lepas ni. Harga dia RM7.20 kalau dekat Greenhouse ni. Lawa Dyba pakai shawl dari Fatin Fashiha. RM25.00 je sehelai, kalau beli dua helai jadik RM45.00 (jimat RM5.00), beli 3 helai jadik RM68.00 (jimat RM7). Sesambil promote nampak?
I also pakai shawl dari Fatin Fashiha. Kitorang amek gambar dulu sebelum Intan, Izzy and Sarah (paling lambat duduk) cari makanan. Amenda la yang lama sangat. Dah la lapar ni. Haha.
Tengok la budak Sarah ni. Dia je makan nasik 2 set ok? Habes pulak tu. Memang masa memula nak datang ni, dia dah cakap Sarah nak makan baaaaaaaaaanyak. Sarah also pakai shawl Fatin kaler light grey.
Tengok Intan ambik nasik, banyak giler. Habes pulak tu. Dia cakap dia lapar. Korang kalau amek nasik, sikit ke banyak charge dia tetap sama.
Oishiiii....!! Ni masa memula makan kemain semua excited. Itadakimasu!! Oishi!
Bila dah nak siap makan Intan cakap Oishi tapi suara dah garau sebab kenyang sangat. HAHAHA
Yang ni Sarah makan. Salmon Kuro Don. Harga dia RM22.00
Dalam dia ada nasik tau? Atas tu salmon, fish roe dengan tamago (telur manis)
Sarah memang big eater. Yang ni pulak Saba Shioyaki. Harga dia RM6.80
Sarah amek dengan Set Meal = Nasi + sayur goreng + miso soup RM6.00
Yang ni ikan bilis celup tepung. Haha. Shirau ni harga dia RM4.00. Sedap!
Izzy ambik Set Meal (RM6.80) and Saba Shioyaki dengan Koroke Pumpkin (RM2.00)
Intan makan sama dengan Izzy jugak. Seat Meal dengan Saba Shioyaki jugak.
Dyba also amek Set Meal + 2 ekor Prawn tempura (RM2.65 seekor) and Grilled Salmon (RM13.95)
Yang ni Dyba, Sarah and Izzy kongsi. Sushi Moriawase. RM19.00
I makan Chicken Teriyaki (RM9.80) and Rice (RM2.00)
Salmon Sashimi 6 keping gemok dan tebal ni pulak RM18.00, puas hati makan.
Dessert pon banyak. I paksa Izzy belanja Chiffon with Mango yang dekat bawah tu. RM7.00 untuk 4 ketul, makanya orang ada 5 ni ha. Sapa la terpaksa mengalah. Intan better jangan osom, sebab kalau osom INTAN CONFIRM KALAH. Haha.
Pantang nampak camera. Terutamanya Intan.
Ni Florist yang dekat depan tu. Ada jual pokok orkid hidup.
Nak jugak tu Intan and Dyba masuk gambar. Pura-pura je tu pilih bunga, padahal sentutttttttt.
'Dyba jom ambik gambar', zaaappppp tetiba Intan pon datang entah dari mana. Dia pon masuk la dalam gambar ni jugak.
Jom la amek gambar dekat depan Greenhouse by Muir ni buat kenang-kenangan.
Greenhouse by Muir dari depan.
If korang nak datang sini and nak try suasana lain
boleh je la cuba. But untuk date first date and dalam usaha try to impress
girlfriend tu macam tak sesuai la sebab makanan letak dalam mangkok kertas dia
je. Maybe macam tu kan konsep dekat sini kan? Yang Western restaurant tingkat atas
tu, I tak pernah cuba lagi. One day boleh la try. I kasik 3 bintang out of 5
bintang. Janji perut kenyang…. Bagi tekak I, sini sedap la. Yang paling tak
sedap I makan Japanese food masa dekat Genting dulu. Hazab sangat rasa dia.
Yang paling penting, harga mampu milik. Untuk staff Gleneagless dengan pemegang
Credit Card City Bank boleh dapat 50% off.
1 Jalan Nipah, Off
Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Open daily
Open daily
Evendough Café (10am
– 10pm),
Evendough
Bakery (11am-10pm),
Kuroshio
Market (11am-10pm)
Telephone
: 03-26306728
-eNd-
2 comments:
tempura = 2.65 sekor
salmon tepanyaki = 13.95 seketol
nasi = 2r
hehe..tapi sedap..miso soup dia sedap..semua sedap..thankyou kaksu bwk kitorg mkn dkt sini..
Jelly Gamat Walatra G Sea
Post a Comment