Tuesday, August 11, 2015

of Shein

Assalamualaikum..

Hari Jumaat ni last la Shein sekolah untuk semester ni (Term 3). Lepas ni dia akan cuti sebulan sebelum masuk semester baru yang akan bermula pada 8 September (Term 4) pulak. Kemain Shein sekolah macam abang-abang sangat kan? Siap ada term-term. Mama dulu Sekolah Tadika pon tak pergi. Kalau nak fe-feeling pergi sekolah tadika, pakai je baju pinafore dress De. Lepas tu ada sekali, jiran sebelah rumah nama Kak Idah anak Cik Asfari tanya, ‘Dikcik, baru balik sekolah ker?’ Kembang kuncup I jawab, ‘Ha a…’. Padahal? Hahaha sian giler. Kiter ongkampung dulu tadek pon sekolah-sekolah ni. Nak sekolah time darjah satu je masa umur 7 tahun.

Untuk ‘speech delay toddler’ macam Shein, Al-hamdulillah kitorang nampak la progress Shein. Tenkiu untuk Cikgu-cikgu Shein dekat Buikding Blocks International School sebab bantu Shein selama ni. Selain dari “Abah, Mama, Baba, No, Nak” and simple-simple word lain, I dah dengar dia cakap macam bird, plane, monkey also words macam ‘No, not me, ‘ Nak Youtube’ etc. Cuma ayat-ayat tu memang sekali je la dia sebut. Konsep dia, sebut sekali dan tiada siaran ulangan. Mahal like that. Hahaha. Kitorang kalau dia sebut perkataan macam tu, memang la jakun dot com. Terus jerit, ‘What??? What did you say? Ulang balik ulang balik’. Memang Shein tersendut lepas tu terus la cubit kitorang. Mana dan la. Kekadang Abah, kekadang Mama.

Kata Teacher Shein, patutnya lepas ni kalau dia sebut lagi, jangan buat excited sangat. Tarik nafas, buat chillex jer, lepas tu cakap, ‘Good boy Shein. Nice one’. Encourage dia. Sebab speech delay toddler ni dia macam ada lack of confidence to speak. Dia rasa kalau dia cakap tu semua salah. So dia tak yakin nak bercakap. Korang jangan give up. Keep on bercakap dengan dia. Yes, I admit ada masa I pon macam malas nak cakap sebab kekadang rasa macam cakap dengan dinding. Sebab Shein bukan repeat pon. I pernah pergi bawak Shein jumpa Speech Therapy dekat Prince Court. (RM250++/session, jawab siap-siap) tapi lepas borak dengan Cikgu Shein, dorang cakap bagi dorang chance untuk bantu Shein. If let say after this certain period Shein tak cakap jugak lagi, baru la kitorang continue dengan Speech Therapy semula.

Ada jugak readers yang tanya I, apa nak buat kalau anak-anak lambat cakap? First I akan tanya dorang, anak dorang ada symptom autism tak, (tadek eye contact, suka spin barang, menjingkit, lari kibas-kibas tangan, tanak bergaul dengan kawan-kawan sebaya etc). If ada symptom tu, better refer pada ‘Development Disorder Doctor’ dekat mana-mana Specialist and buat assessment. Lepas tu, doctor akan advice what to do. Macam Shein Alhamdulillah, memang tadek autism, cuma dia speech delay. Usually speech delay toddler ni, doctor akan suruh hantar ‘play school’ yang serious sikit and jumpa speech therapy. Nanti lama-lama dia akan bercakap. InsyaAllah.

Bebudak macam ni, elak dari compare antara satu sama lain. Even diantara ‘speech delay toddler’ Mommy jugak. Nanti korang yang down. Sebab bebudak ni berbeza. Ada yang boleh recognize colors, numbers tapi tak boleh nak cakap langsung. Ada yang boleh cakap simple words, tapi kaler semua tak kenal lagi. Ni bukan soal anak aku lagi bijak dari anak engkau, atau cara aku lagi betul dari cara engkau. NO. Yang penting usaha korang untuk bantu anak-anak macam mana. I tak kisah pon if ada yang cakap, ‘Tak malu ke share dengan public anak you speech delay?’ For me, kenapa nak malu? Bukan dia handicap pon. Lagipon I usaha untuk tolong dia and bagi yang terbaik untuk dia dari I duduk tak buat apapa and jadik in denial mother forever. Kan?


Kawan dua orang dengan Mama while Abah away sebab bersukan pon tadek hal.

Nasihat I, if nampak perkembangan anak lain macam, go jumpa doctor and jangan la diam tak buat apapa. Ok? Reality kena face. Kena pupuk kesedaran dari dalam diri. After all, speech delay jer. Bukan sakit-sakit kronik macam butterfly syndrome yang nak mandi pon kena amik masa 3-4 jam, langsung tak boleh kena sentuh and jari-jari habis luruh.  Nauzubillah. Mintak dijauhkan semua ni. Untuk Shein, InsyaAllah Abah and Mama akan buat yang terbaik. Abah terutamanya. Walaupon Abah nampak tegas dengan Shein, tapi Abah sayang Shein habes dunia. Abah tak kisah spend untuk Shein asalkan Shein happy and Al-hamdulillah Shein also anak yang baik. Sama macam Abah. Dia bukan jenis meminta-minta yang guling depan Kedai. Abes-abes pon dia nak Ultraman jer J

Dekat school pon Shein happy. Tak pernah nampak stressed nak pergi sekolah, macam sekolah lama. Cikgu semua pon baik-baik and semua ‘peer’ layan dia baik-baik. Hug him, kiss him. Memang tadek any violent act sampai dia phobia nak pergi sekolah, macam sekolah lama dia. I rasa, dekat sini cikgu dengan nanny pon kena take part. Takde istilah ‘tak cukup tangan’ or what not. Amanah orang kena la buat betul-betul. Ye dak?

Tetiba banyak dah bebel. Cenggini la ongtue. Padahal tadi nak citer pasal Shein dah nak abes Sem 3 punya sekolah je. Hahahaha. Mak mak sangat dah ni

-eNd-

8 comments:

genuine1224 said...

hope pasni shien akan cakap bnyk mcm mama dia.. hehehe... dah bnyk bergaul, moga pasni dia ok..

Cici said...

sonoknyaaa shein dah school. >,<

Chooyaya! said...

azziah nawawi : InsyaAllah... itu la harapan ayahbonda (gittew)

mommy cici : :D

Unknown said...

macam mana pon shein tetap hensem dimataku.

Chooyaya! said...

Linda Lindosh : Nak uweeeeet

Alia said...

My little cousin pun lambat cakap. She's err....4-5 yrs old (kot?) and lately lepas masukkan ke kindergarten, baru boleh cakap (albeit sikit sikit - jadi la dari tak cakap langsung kan!) She has improved a lot since I left Malaysia, and you're right, we should encourage them, and let them speak.

Compared to Don's nieces here, homai, umur 3 tahun dah pandai merepek merapu uols. Petah betul. Bukan sorang je, almost all of them!

Chooyaya! said...

Alia : Itu ler, kalo lambat cakap hantar dekat sekolah InsyaAllah ok. hope Shein mengikut la Mama dia, banyak cakap. Ni cakap bahasa Alien. Tapi kekadang kelakar sebab bila dia excited, entah macam2 ayat keluar. hahaha

Ibu Dhia Danial said...

my son umur masuk 3 tahun this october.. masa umur dia 2 tahun dah detact something different sbb kakak dia dulu umur 1 tahun dah pandai sebut ibu, ayah.. terus refer pakar.. check telinga takut pekak ke ape tapi telinga ok xde masalah, apa yang dia dengar sampai ke otak. i fikir my son just speech delay je sbb sorang cousin dia umur dekat 4 tahun baru pandai cakap jugak. so refer speech therapy plak. bila jumpa speech therapy, dia ada sebut my son takde eye contact, takut autisme.. so i balik i google ttg autisme, ada ciri ciri sikit pada anak i.. so now i mmg refer pakar kat spital gov n private.. nak harap gov je mmg x bole.. i pun masukkan dia ke taska untuk dia mix around kawan sebaya.. so far ada perkembangan positif.. kena sabar melayan kerenah dia..