Assalamualaikum…
Balik kampong masa weekend bebaru ni, kata Sazli
dia nak makan kering-kering and request nak makan sambal ketuk ikan bilis. Pastu
I cakap pada Mak, I nak buat Ayam Goreng Sambal Kicap. Kata Mak, Sazli kata
ayam goreng je, lepas tu buat sambal ketuk ikan bilis. Memula I redha didalam
kesedihan sebab memang nak jugak ayam goreng sambal kicap, lepas tu tetiba I
cakap dekat Mak, ‘Nak jugak buat ayam
goreng sambal kicap’, pastu kata Mak. ‘Kan
dah ada sambal ketuk ikan bilis? Ayam tu goreng je la. Li cakap suruh goreng je’.
Lepas tu I tanya Mak, siapa yang anak dia sebenarnya? I ke Sazli? Lulz. Terus
dia redha, turun rumah petik cili padi and ambik serai sambil seret kaki. Haha.
Syok la masak kat kampung, fe-feeling macam Jamie
at Home – From the Garden to the Kitchen. Gittew. Nak masak apapa zaaappppp
amek je dekat laman. So, tengah hari tu I makan dengan besungguh-sungguh sebab
I masak sedap giler. Mati la puji diri sendiri TAPI Sazli cakap sedap lepas tu
masa I tapau bawak makan dekat office Isnin tu, Dyba dengan Izzah cakap sedap
jugak. Haaaaaa. Korang kalau jenis suka makan kering-kering macam I, boleh la
cuba resepi ni. Memula malas nak share sebab rasa macam poyo pulak asal masak
je nak share. Haha. Tapi sebab ada permintaan dari @sophea_lv so here we go the
recipe.
Bahan-Bahan
- Ayam - Letak serbuk kunyit and garam lepas tu goreng jangan garing sangat
- Bawang Merah 5 ulas *
- Bawang putih 2 ulas *
- Halia – seinci *
- Kunyit hidup – setengah inci *
- Cili Padi – 20 biji *
- Cili Besar – 2 biji *
- Sedikit air *
- Minyak Untuk Menggoreng
- Asam keping
- Serai
- Kicap Manis
- Bawang Besar potong bulat
- Garam
- Gula
- Ajinomoto (optional)
Cara
Membuatnya
- Memula blender semua yang bertanda (*)
- Lepas tu panaskan minyak dalam 2 senduk and tumiskan semua bahan blender biar merecik didinding minyak, janji hati puas dapat makan masakan sendiri. Gittew. I tak tambah air this time sebab taknak berkuah sangat
- Masukkan kicap manis sesuka hati nak selegam mana
- Masukkan serai yang diketuk
- Masukkan bahan perisa macam garam, gula and ajinomoto secukup rasa
- Bila dah pecah minyak, masukkan sekeping asam keping
- Masukkan ayam and bawang besar
- Siap!
Kalau ada tomato, or lada belah hijau boleh jugak
masukkan this time. Nak masukkan gajus pon boleh. If korang suka actually boleh
la nak masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih semua. But I saja
nak make it simple. Tapi tak letak pon dah sedap sangat-sangat ney! Kaklong
suka letak cube ayam, ponnn sedap. Tapi haritu I tak masukkan pon. Korang
jangan lupa resepi ni tau? I kalau dah share pepenat macam ni, lepas tu tadek
yang buat hangeeeeen je satu badan. Terutama si @sophea_lv tu, tak buat kalo,
siap ko!
-eNd-
3 comments:
tq kaksuuuu ailebiuu
eh mesti buattt..
banyak dah resepi kaksue kite try
pastu husband cakap sedap hekhekhekkk
wahh boleh try nih!
anak2 suka mkn yg simple2 gini..
husband?
masak aje..
kang tau lah dia senduk sendiri masuk pinggan :P
heheh mohon izin utk cuba resipi yek :)
Anak Suka Conteng Dinding Di Rumah? : TIPS: Menghilangkan Kesan Contengan Anak Di Dinding Rumah
Baru jumpa resepi ni dalam blog. Nak try la buat utk lunch karang.
Post a Comment