Wednesday, August 19, 2015

Resepi Ayam Sambal Kicap Power Bak Ang!

Assalamualaikum…

Balik kampong masa weekend bebaru ni, kata Sazli dia nak makan kering-kering and request nak makan sambal ketuk ikan bilis. Pastu I cakap pada Mak, I nak buat Ayam Goreng Sambal Kicap. Kata Mak, Sazli kata ayam goreng je, lepas tu buat sambal ketuk ikan bilis. Memula I redha didalam kesedihan sebab memang nak jugak ayam goreng sambal kicap, lepas tu tetiba I cakap dekat Mak, ‘Nak jugak buat ayam goreng sambal kicap’, pastu kata Mak. ‘Kan dah ada sambal ketuk ikan bilis? Ayam tu goreng je la. Li cakap suruh goreng je’. Lepas tu I tanya Mak, siapa yang anak dia sebenarnya? I ke Sazli? Lulz. Terus dia redha, turun rumah petik cili padi and ambik serai sambil seret kaki. Haha.

Syok la masak kat kampung, fe-feeling macam Jamie at Home – From the Garden to the Kitchen. Gittew. Nak masak apapa zaaappppp amek je dekat laman. So, tengah hari tu I makan dengan besungguh-sungguh sebab I masak sedap giler. Mati la puji diri sendiri TAPI Sazli cakap sedap lepas tu masa I tapau bawak makan dekat office Isnin tu, Dyba dengan Izzah cakap sedap jugak. Haaaaaa. Korang kalau jenis suka makan kering-kering macam I, boleh la cuba resepi ni. Memula malas nak share sebab rasa macam poyo pulak asal masak je nak share. Haha. Tapi sebab ada permintaan dari @sophea_lv so here we go the recipe.

Ayam Sambal Kicap




Bahan-Bahan
  1. Ayam  -  Letak serbuk kunyit and garam lepas tu goreng jangan garing sangat
  2. Bawang Merah 5 ulas *
  3. Bawang putih 2 ulas *
  4. Halia – seinci *
  5. Kunyit hidup – setengah inci *
  6. Cili Padi – 20 biji *
  7. Cili Besar – 2 biji *
  8. Sedikit air *
  9. Minyak Untuk Menggoreng
  10. Asam keping
  11. Serai
  12. Kicap Manis
  13. Bawang Besar potong bulat
  14. Garam
  15. Gula
  16. Ajinomoto (optional)


Cara Membuatnya

  • Memula blender semua yang bertanda (*)
  • Lepas tu panaskan minyak dalam 2 senduk and tumiskan semua bahan blender biar merecik didinding minyak, janji hati puas dapat makan masakan sendiri. Gittew. I tak tambah air this time sebab taknak berkuah sangat
  • Masukkan kicap manis sesuka hati nak selegam mana
  • Masukkan serai yang diketuk
  • Masukkan bahan perisa macam garam, gula and ajinomoto secukup rasa
  • Bila dah pecah minyak, masukkan sekeping asam keping
  • Masukkan ayam and bawang besar
  • Siap!


Kalau ada tomato, or lada belah hijau boleh jugak masukkan this time. Nak masukkan gajus pon boleh. If korang suka actually boleh la nak masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih semua. But I saja nak make it simple. Tapi tak letak pon dah sedap sangat-sangat ney! Kaklong suka letak cube ayam, ponnn sedap. Tapi haritu I tak masukkan pon. Korang jangan lupa resepi ni tau? I kalau dah share pepenat macam ni, lepas tu tadek yang buat hangeeeeen je satu badan. Terutama si @sophea_lv tu, tak buat kalo, siap ko!


-eNd-

3 comments:

LV said...

tq kaksuuuu ailebiuu
eh mesti buattt..
banyak dah resepi kaksue kite try
pastu husband cakap sedap hekhekhekkk

Biha Anis said...

wahh boleh try nih!
anak2 suka mkn yg simple2 gini..
husband?
masak aje..
kang tau lah dia senduk sendiri masuk pinggan :P

heheh mohon izin utk cuba resipi yek :)


Anak Suka Conteng Dinding Di Rumah? : TIPS: Menghilangkan Kesan Contengan Anak Di Dinding Rumah

Unknown said...

Baru jumpa resepi ni dalam blog. Nak try la buat utk lunch karang.