Friday, August 28, 2015

Resepi Trifle Sedap

Assalamualaikum..

I tau semua orang pernah makan Trifle also ada yang buat Trifle sendiri dekat rumah. But harini I nak share dengan korang macam mana yang nak buat Trifle setarap hutel (Yatie sebut Hotel tu Hutel) yang sangat sedap! It just korang jangan menderhaka pada resepi kalau nak dapat Trifle yang sama sedap macam yang I bagi resepi ni ok? Sebab sapa yang derhaka dia jadik batu. Hahaha. Anyway, bahan-bahan dia basically sama je macam yang korang pernah buat tapi I ada tambahan whipped cream and I bagi specific brand and perisa certain-certain bahan supaya result dia sama yang macam I share resepi ni. Ok?

Bahan-Bahan
  1. Vanilla sponge cake or vanilla Swiss Roll
  2. Fresh fruit (Strawberry, kiwi, limau mandarin, peach etc) – Janji masam
  3. Buah cocktail dalam tin
  4. Custard Powder (Bird Custard) – 3 sudu makan
  5. 500ml Fresh Milk
  6. 3 sudu gula
  7. Strawberry Jelly (Nona)
  8. Whipped Cream (Arla) – sekotak kecik
Cara Membuatnya
  • Memula potong cube Vanilla Spone Cake/Vanilla Swiss Roll and susun dekat paling bawah bekas. Korang guna la bekas kaca lutsinar, so nampak la lapisan Trifle ni nanti
  • Letakkan any fresh fruit yang masam macam I sebutkan tadi atau buah cocktail atas lapisan cake
  • Lepas tu baru letak Strawberry Jelly jenama Nona. Masak ikut aturan pada paket. Jangan guna jenama lain nanti tak sedap macam ni. Jelly tau? Bukan agar-agar. Dulu selamba I letak agar-agar perisa ros. Bongok giler. Keras kejung je Trifle aku. Hahaha
  • Biarkan sejuk untuk 1-2 jam. Nak cepat sejuk, masuk peti ais
  • Lepas tu bubuh custard pula katas jelly tu. Cara buat custard, bancuh 3 sudu tepung custard dengan 2-3 sudu gula kedalam 500ml fresh milk.  Masak sampai custard tu pekat
  • Tunggu custard tu sejuk
  • Pukul whipped cream sampai kental and letak atas lapisan custard
  • On top, hias la dengan fresh fruit ikut macam mana yang korang suka. Susun buruks takper, janji sedap.
Sedapnyaaa Trifle ni!




Yang ni version tadek Whipped Cream

Serve waktu sejuk. Peeerrrrrghhhh memang sedap giler! Bahan-bahan nak buat Trifle kalau ikut resepi ni memang agak mahal tapi takper la. Janji puas hati. Senang jer kan nak buat? Tapi kalau pemalas jugak (Macam Intan – tetiba Intan masuk dalam ini cerita) and nak lagi senang, korang order je dengan Kaklong. Nanti korang tinggal suap and nganga je dah boleh makan. Harga Trifle ni ialah RM70.00 untuk sebekas besar macam ni. Tadek delivery. Sapa nak, order Kaklong and collect sendiri dekat rumah dia area Hulu Kelang. Ok? For order Call/WhatsApp 019-3500353.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...