Friday, September 11, 2015

Ah Cheng Laksa. Yummeh!

Assalamualaikum..

Kesinambungan dari meroyan tak cukup makan dekat Dolly Dimsum so petang tu balik kerja,  kitorang (I, Dyba, Intan and ‘Izzah) pergi Avenue K sebab kata Dyba, laksa and mee curry dekat Ah Cheng Laksa sedap. Kami semua lapar except ‘Izzah, dia je yang tak lapar. Dyba macam goyang la skek. Tak sampai Ah Cheng lagi dia kata ‘Bagi Dyba sedap la laksa and mee kari dekat situ, kalau tak sedap jangan marah Dyba eh?’ Sebab bagi I, laksa yang sedap and mee kari yang sedap mesti macam dekat Ampang Park tu je. But kiter tengok macam mana dekat sini. Makan dulu baru boleh komen.

Kat sini style dia layan diri. Ada Mee Kari, Laksa and Pan Mee. Air pon ada jugak a few macam soya and ice lemon tea. Kedai kecik je ala-ala kedai dekat Ampamg Park tu jugak. Harga tak mahal and affordable. Sesuai untuk lepak-lepak petang lepas abes kerja. Now seiring dengan peningkatan usia, I perasan I suka kedai makan dekat Mall macam Ah Cheng Laksa Avenue K, La Cucur and Nyonya Colors dekat KLCC. Minum teh tarik lawan pulak dengan kuih seri muka, lepat pisang or bingka labu. Peeerrrrghhhhh ongtue sangat. Tapi version up skek la sebab ada aircond and dekat KLCC (Taknak kalah jugak tu) Hahahahaha.



Mee Kari Ah Cheng Laksa



Ah Cheng Laksa. Sedapppp!!

Harga sekali air (combo) dalam RM11.50 macam tu. Kat sini best sebab ada 1 counter nak ambik cili, petis, lime dengan sambal. So that if korang nak apapa takyah la mintak sampi 8 kali tapi tak sampai-sampai. Kan? Laksa dia pulak bagi I sedap. Ada nenas and mint leaf. Boleh tambah petis udang kalau korang suka. Cuma laksa dia bukan macam dekat Ampang Park tu. Kalau kat sana macam berkilat and chewy skek. Yang ni macam laksa beras biasa tu but still sedap la. Sebelum makan setel Jipangi  eskrem satu, lepas makan pon Jipangi eskrem lagi.


I dengan Dyba pakai shawl dari Fatin Fashiha (be_anggun). Check out dia punya IG untuk check shawl yang lawa-lawa. Now ada pastel color also Satin Shawl for only RM35.00 je. Atin, nak uweeeeet!!


Intan and ‘Izzah. Kata Intan, kalau tahun depan ‘Izzah kawen, dia nak left group ‘I will survive’. Hahaha

So, korang sesapa yang kerja area KLCC/Avenue K ni boleh la singgah Ah Cheng Laksa bebila. Simple je kedai ni tapi I suka environment dia. Lagipon Avenue K tak sesak. I sukaaaa giler! Sini ada Jipangi Ice-cream, ada Crispy Kreme’s, ada Dolly Dimsum, ada Johny Rocket. H&M pon ada. Lepas tu ada Sushi Zaimai.. Masuk sini korang takyah risau apa. Jalan terus, goyang tetek and sediakan ajer duhet, InsyaAllah gembira sebab perut kenyang makan sedap-sedap. Hahahahaha.

Level: UC
Lot No: SAC - UC-1
Avenue K Shopping Mall

-eNd-

5 comments:

Dyba Dbuh said...

tak sedap ke??bg dyba sedap sebab dyba makan smpai licin tak tinggal sisa pun..hahaha..ada la tinggal kuah je sbb isi dh hbs kan ^.^

Chooyaya! said...

Dyba Dbuh : MANA ADA KAKSU CAKAP TAK SEDAP! Lupa nak tanay Dyba, malam tadi Dyba makan ke tak? hahahaha

nisa nass said...

Byk oulet laksa ah cheng ni k su..dkt festival city setapak pun ada.1 floor blh bau dia punya laksa..hehe
Kt quill city mall also ada outlet jgk rasanya.
Eh!outlet ke org pggil utk warung??ahh belasah je la jnji k.su paham..:p

Dyba Dbuh said...

hahaha..tak mkn la kaksu..kezang kan..

Mommy Cici said...

kak su , kita pun suka makan situ. murah pun murah kan, tapi entah kenapa tak selesa la duduk kat kusi dia . sakit montot . mcm kerusi Warisan jugak . kak su dh try makan kat Warisan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...