Friday, September 18, 2015

Makan Sedap Di FIKCLES

Assalamualaikum..

Sebab asyik siang terbayang malam merindu pada Lontong Goreng Fikcles, sesambil nak rasa Roasted Chicken yang tengah promo dekat Fikcles sekarang ni, so I pon datang Fikcles yang jauh dari Ampang ni ha. Kebetulan masa datang tu, Huda and Abang Taufik ada so memang berborak sampai bergegar la Fikcles. Tak sedar rupanya ada kawan FB dekat meja sebelah tengah perati perangai. Hahaha. Naseb tadek adegan korek hidung lepas tu selet bawah meja or nganga luas-luas korek daging ayam celah gigi. Hahaha. Kemproh! (Kemproh ni kalau bahasa Jawa = Pengotor). Lama jugak lepak this time sampai tutup la Fikcles. Cara lepak tu macam esoknya takyah kerja. Hebat sangat.


Lepas makan haritu, malam I tido senyum je. Sebab puas makan. Next time nak kena makan Spaghetti Prawn Olio pulak. Ni pon dah teringat-ringat. Susah la macam ni Huda kalau hari-hari aku angau dekat Fikcles. Kata Abang Taufik, dia suruh I bukak Fikcles by SURAYA dekat Ampang. Senang takyah meroyan nak datang ke TTDI lagi dah. Bukak Franchise dekat sana. Ok Abang Taufik, tadek hal. Bak uweeeeeet RM2.00 juta. Skali dengan pekerja semua siap. Ok? Hurm.. Nak bukak dekat mana eh yang orang ramai? Ok. Bukak kat Ampang Point la. Dekat Coffee Bean tu. Corner lot la baru cara and poyo. Lepas tu halau Coffee Bean suruh bukak dekat tempat lain. Hahahahaha. Melampau.



I makan Roasted Chicken. Harga untuk quarter ni is RM17.90. Korang boleh pilih nak Herbed Buttered Rice or Mashed Potato. Roasted Chicken ni come with Mushroom Fricassee, Homemade Apple Jam dengan Charcutiere Sauce. 



Memang sedap sebab Fikcles guna dry rubs. So kulit dia rangup krup krap and isi dia juicy and tender tapi tak dry. Sedappppppp gilers! Memang ngam sangat makan dengan Apple Jam.




Lontong Goreng! Yang ni sapa yang pernah makan dia tau la penangan dia macam mana kan? Kalau suka pedas, jangan lupa request, nanti dorang boleh buat. Tadek hal. Menda boleh bawak bincang. Hahaha. Harga dia RM13.90, kalo abes sepinggan ni memang kenyang and cukup dah. MUST TRY ok? Jangan ingkar cakap I.



Air pulak macam biasa is always Virgin Pina Colada. RM12.00 harga dia. Virgin Pina Colada Fikcles ialah yang terpaling sedap I pernah minum. Like seriously. Ok?



Ni ada dessert baru dari Fikcles. This one is Waffle Marinaga Ice Cream. Usually ice-cream ni ada dekat Japanese Restaurant. This one is Sazli punya favorite. Makan 2 pinggan pon selamba habes. Tadek hal. Lawan dengan strawberry compote, Hershey’s chocolate and whipped cream memang pengsan!



Cheese Ice Cream coated with white chocolate and serve with strawberry compote, whipped cream and Hershey’s chocolate. Ko rasa macam mana nikmat dia? Yang ni ialah Cheese Stick Ice-cream. Jangan lupa cuba. Ok?

Untuk yang tak pernah try makan lagi dekat Fikcles, jangan lupa try semua ni. Bawak la kawan, jiran tetangga dan sanak saudara datang makan dekat sini. 100% own by orang Melayu. Boleh makan tanpa was-was InsyaAllah. Dessert dekat sini pon sedap-sedap. Portion debab, harga pulak murah. Semua dalam menu sedap. Takyah pilih pon. Pejam mata, lepas tu tunjuk je. Tu kalau susah sangat la nak buat pilihan. Hahahahaha. I pernah share pasal Roasted Chicken ni dekat sini. Untuk yang kerja area TTDI boleh la try dorang punya Lunch Set Promo. Only RM12.90 include drinks and dessert. Memang value for money sangat.

Address : 11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

-eNd-

1 comment:

cik nur said...

arghhh dessert yang paling tak menahan skali tgk tuh hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...