Wednesday, September 9, 2015

GOLD COAST MORIB VACATION : DAY 2 (PART II)

Assalamualaikum..

So sambungan dari entry ni, petang tu lepas semua orang bangun dari tido kitorang decide nak kill time bawak bebudak dua orang tu main pasir dekat pantai sementara tunggu nak early dinner malam nanti. Waktu tu lebih kurang dalam pukul 5.30pm macam tu la. Cuaca tak berapa panas and tak hujan so moh kiter ke laut! Sebelum pergi, I offer pada Intan, ‘Intan, kalau Intan nak tinggal dekat hotel boleh. Tak payah ikut kitorang pergi pantai’. Meloncat Intan dari kerusi cakap dengan bersungguh-sungguh. ‘Boleh Kaksu, boleh!’ Lepas dia jawab, nak terkeluar bijik mata I jeling Intan. Actually saje jer offer, sekali dia kemain setuju. Intan ni memang. Dia kalau pergi holiday kerjanya nak membutaaa and lepak kat bilik jer. Baik tak payah holiday macam ni. Hesh!

I takde bawak pon equipment Shein nak korek pasir. Kebetulan ada 1 pencedok dalam bag toiletries Shein. Jadik laaaa. Sophie siap ada baldi besen periuk belanga lori bulldozer semua. Lepas tu Intan cakap, ‘Ni jer ker Shein punya Kaksu?’ Hahahaha. Jadiklaaaaa. Patutnya 1 pon tadek. Tu bawak sebab naseb je pencedok tu termasuk dalam beg. Si Shein la paling beria time ni. Selagi semua orang tak keluar dari bilik, dia taknak keluar. Lepas tu bersungguh bawak beg kertas yang ada Sophie punya barang nak korek pasir. Macamkan dia punya. Shein memang suka main pasir and korek-korek tanah ni. Yang kotor-kotor tu la yang dia suka. Letak sehari main tanah pon dia tak kisah.


Kemain berpimpin tangan Sazli dengan Shein. Ni time 'kawan baik', ko tunggu time gaduh tengok macam mana.





Sorang ke utara sorang ke selatan. Si Sophie kedekut dia punya barang. Tak bagi share. Hahahaha. Tu yang Shein pegang tu, satu tu je la dia punya. Yang lain Sophie punya.


Di kambusnya pasir dekat kasut. Habes sampai ke seluar baju. Suka hati kau la Shein, janji bahagia.


Si Sophie  main tak mengadap Shein. Tak kawan time ni.


Sophie ni penggeli. Kalau ada pasir dekat selipar dia, nanti dia merengek.


Dalam Sophie kedeks barang dia, ko tengok apa yang Shein dapat? Hahahahaha.  Tu Si Intan tu sebok la nak mengacau Shein.


Muka separuh rela Intan. 

Kitorang tak pergi dekat area pantai sebab panas. Lagipon pasir pantai ni jenis berlumut sikit and ada orang main ATV. Kena langgar kang sesia je. Pantai sini berangin, patut bawak layang-layang baru best main. Sazli suka main layang-layang. I suka main pasir. Intan suka tido dekat bilik. Beza sangat karaktor masing-masing. Hahahaha.


Dah kawan sikit-sikit dah


'Kaksu, bila boleh balik bilik?'


Joe and Sazli peratikan aje anak bini main pasir dari jauh.

Dalam pukul 6.15pm macam tu kami gerak naik bilik. Nak mandi lepas tu nak pergi dinner awal. Nak makan ketaaaaammmm. Untuk entry makan malam ni, klik sini. I dah update awal. Hahahahaha. Shein kan suka main pasir, so bila ajak naik bilik maka bermulalah drama tantrum dia. Time ni la yang Sazli tak kawan dengan Shein. Sebab dia bengang Shein nak ikut kepala dia je. Sian jugak Shein tak puas main. Takper la, nanti kalau dah kaya boleh letak pantai depan rumah. Boleh la Shein main pasir puas-puas. Hahaha.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...