Asslamualaikum..
3 hari lepas I ada dapat email dari Isnaini Elias.
Dia tanya I macam mana I as a working mom handle rumah lepas balik dari kerja.
Dia mintak tips dari I. Hahahaha. Macam mintak tips dari wrong person jer ko ni?
Tapi takpe. Kaksu cuba ok? Sedikit info pasal Isnaini. Isnaini ni ada 2 orang
anak lelaki. Sorang 2 tahun lebih, sorang setahun lebih (boleh tahan rapat).
Dia cakap dia macam huru-hara sangat nak handle life dia lately. ‘Me time’ lagi lah takde. Kekadang dia
masuk toilet nak shi-shi pon anak dia bukak pintu. LOL (I feel you.. Shein pon
sama jer). Rumah dia asyik bersepah dikerjakan anak dia tiap-tiap hari.
Hahahaha. Kaksu dapat imagine macam mana huru-hara dekat rumah dia tu.
Ok. Kaksu kongsi jer la eh routine Kaksu macam
mana? Tak la 100% perfect tapi boleh la amek mana yang boleh pakai. Sebab cara
handle rumah ni subjective. Memasing ada cara memasing tapi semenjak Kaksu guna
cara ni, nampak la ada improvement dalam handle rumah. Yang paling penting
disebalik kejayaan kiter handle kerja rumah as a working mom, mestilah dengan sokongan
suami disebelah. Kalau suami jenis helpful so ringan lah kerja kite and
bertambahla pahala. Tapi kalau jenis hati kering and perangai macam raja, semua
kerja tak boleh nak tolong and jenis suka memerintah tu, tak boleh nak kata apa
la. Penat dapat, dosa pon dapat sebab tak redha. Kan?
So I bagi tips dekat sini macam mana nak pastikan
kerja siap, rumah bersih and ada ‘me time’
at the same time dapat spend time dengan anak. Ni anak sorang ni boleh la poyo
citer, kalau dah ada anak dua entah la macam mana. Takpe, kiter cerita hal
sekarang la. Yang kedepan-kedepan takyah citer lagi. Tips ni kalau boleh buat
so kehidupan lebih tersusun but kena istiqamah la. Macam I, to be frank, ada
masa tergelincir jugak sebab time period biasa imbalance hormones and kekadang
jadik pemalas tak tentu hala. But, dalam apapa yang korang buat, you have to
know bila kena start and when to stop. Wokey?
- Balik kerja, tukar baju yang selesa and terus kemas katil. Kutip segala mala botol susu masuk dalam sinki. Kutip semua yang kasar-kasar. If ada suami dah dekat rumah, mintak suami jagakan anak. Main la dengan dia or teman tengok TV. Kalau suami takde, ambik anak letak depan TV. Biar je la dia nak sepahkan apa-apa barang dekat depan tu sementara kite kemas bilik and setel botol susu/cawan dalam sinki.
- So now semua yang kasar-kasar dah setel kan? Masukkan kain dalam machine terus. Basuh la kain seminggu 3 kali paling minimum. Lepas tu angkat terus kain dari ampaian. If jenis tak boleh nak tengok rumah penuh rambut, ambik penyapu or vacuum do it now.
- Sinki dah settle, bilik dah kemas, kain dah masuk dalam washing machine, yang kering dah angkat. Anak depan TV dengan Bapak. Semua nampak tenang. So pergi mandi and solat Maghrib. Lepas tu ambik kain yang dah angkat tadi terus lipat sesambil tengok TV citer Upin Ipin *rolling eyes. Please lipat kain each time angkat and jangan tangguh. Yang menangguh lipat tu la akan jadik membukit and kiter pon dah malas nak lipat bila dah banyak-banyak. Buat terus sementara kain dalam machine putar. Lepas lipat, susun terus. OK?
- Sazli and I memang tak makan malam so I terlepas la dari bizi dekat dapur. If korang jenis working mom I suggest, Sabtu Ahad masak la menu yang boleh tahan untuk 5 hari and beku kan. By the time nak makan, cuma panaskan balik and masak nasi. Lebih praktikal. Sekarang pun ada banyak jual instant paste kan dekat Pasar-pasar also online? So beli je yang ni. Just panaskan paste lepas tu masuk la ikan ke ayam ke. Tak payah dah nak start from scratch. Jimat masa.
- Macam mainan anak. Ok. I la kan? Mainan Shein memang weekdays, I letak semua dalam bakul and tak keluarkan. So apa yang ada dekat depan is Ultraman, Flash card, Buku sikit. Itu sahaja. Yang lain simpan. Sebab lagi banyak bawak keluar, lagi la bersepah. So korang pon tak penat nak mengutip mainan kan? Mainan lain yang banyak-banyak tu ONLY bawak keluar bila hari cuti. Sebab kiter ada banyak masa untuk mengemas time tu.
- Kain siap je trip pertama, terus sidai. Jangan tunggu habes 3 trip baru nak sidai. Jangan duduk depan TV and main dengan anak selagi kerja tak siap. Trust me, bila dah duduk nanti dah malas nak buat kerja. In between sementara nak tunggu kain siap basuh, time ni la korang dah boleh duduk main-main dengan anak. Spend la 30-40 minutes macam tu. If anak dah ngantuk, bawak masuk bilik and tidokan. Jangan tido sekali pulak. Yang ni kena betul-betul kuat. Fight back mata tu. Setelkan routine harian kerja hari yang sama and jangan tangguh.
- Bila kain dah siap sidai, anak dah tido so kemas balik mana yang dah bersepah sikit-sikit tadi. Sebelum tido pastikan sinki dah kosong, rumah dah bersih. So esoknya korang tak perlu bangun awal untuk buat kerja yang tak setel. Bila ada peace of mind, korang pon dapat tido dengan selesa and badan pon fresh.
- 2 minggu sekali, IF korang tadek masa and tak boleh dah nak setel toilet yang berkulat, mintak tolong suami bagi korang 2 jam untuk kemas mana yang patut. Mintak la dia jaga anak sekejap. Bawak la pergi taman ke apa. And 2 jam yang korang ada tu, gunalah sebaiknya. Cuci toilet, buang habuk, sental mana yang nak sental. Waktu ni la suami kena memainkan peranan. Tak boleh tolong kerja rumah takper la, tapi tolong jagakan anak sekejap.
IF yang tu pon suami tak boleh nak tolong and
korang pon dah tak larat nak tengok toilet kotor, lantai berminyak semua, ambik
la cuti sehari. Hantar anak-anak dekat nursery. Jangan la pulak korang cuti
lepas tu tak sampai hati nak letak anak dekat nursery and kompiden dapat kemas
umah dengan sempurna dengan anak ada sekali dekat rumah. No. Jangan buat macam
tu nanti semua kerja tak jadik. Kentalkan hati. Anak hantar nursery, while
korang kat rumah boleh gunakan masa yang ada sebaiknya untuk cuci toilet, cuci
kipas, mop lantai etc.
Apapa pon, kerja jangan bertangguh. Ajar diri
supaya berdisiplin. Siap masak, terus kemas. Anak siap main, terus bersihkan,
eskrem tumpah, terus lap. Jangan kumpul kumpul kumpul semua kerja lepas tu baru
nak buat. Ok? Start slowly nanti lama-lama korang akan biasa. InsyaAllah…
Ni yang I bagi ni if hari kena basuh kain, if ada
hari yang tak setel kain, korang ada baaanyak masa nak main dengan anak-anak.
Basuh la kain Isnin, Khamis and Sabtu. Disiplinkan macam tu. So kain pon tak la
menggunung untuk basuh and lipat. Kan? Kalau ada apapa yang tak kena, bincang
la dengan suami. I rasa kalau suami tu jenis faham, dia tengok kiter kerja tak
sudah-sudah, dia sendiri akan bantu. Macam Sazli, dia banyak la tolong I dekat
rumah. If dia tak tolong pon, dia akan take his part macam setelkan menda-menda
dia sendiri. Lepas makan and minum, pinggan dia basuh sendiri. Lepas tengok tv,
dia kemas kusyen, lepas mandi, dia sidai towel walaupon senget benget and
menyakitkan mata tapi takper la, janji tolong.
Dah la anak menyepah, dapat suami kaki menyepah
jugak ha mampos ko kat situ. Slow talk la dengan suami. Kekadang lelaki ni dia
ego nak admit yang kiter ni penat buat kerja rumah but deep down, dorang paahm
sebenarnya. Dalam hidup, kalau korang disiplin and istiqamah InsyaAllah semua
akan jadik mudah.
So untuk Isnaini. Kerja jangan tangguh. If tidokan
anak, jangan tido sekali. Setelkan semua kerja sebelum masuk tidur so that tak
perlu bangun awal untuk setelkan kerja lagi. Bangun macam biasa jer. Mainan
anak, simpan la semua and keluarkan mana yang patut jer. If takde masa sangat
nak menyental toilet, ambik la sehari cuti untuk setelkan semua kerja spring
cleaning. OK? Good luck!
-eNd-
7 comments:
Tips kak su sama dengan yang saya amalkan sekarang. Anak saya pun baru sorang. Baya2 shein. Bolehlah cakap..haha..Memang balik kerja terus bersilat buat kerja. Once dah rehat2 memang sampai ke malam la malas.
Nazima : kan? memang kalau nak buat kerja, kena setelkan terus :)
Salam kak su. Saya senasib kot dgn isnaini. Anak2 baya tu jugak. Mmg penat sgt kak su. Lebih2 lagi bila sorg tido, sorg tak tido. Bila dua2 nak perhatian. Penat sangat kak su....
cayalah kak su mcm mana kak su bahagikan masa dengan umah pastuh blog lagi kerja pulak tuh..nur belom ada anak tapi balik kerja dah penat sbb naik public transport and berjalan ya allah penat hahaha
tips basuh baju lipat everyday itu aku buat..even sikit pun aku basuh..yes trusted...lega tak de kain menimbun
perghhhh... tabik la kaksu...pasni nk ikut jadula mcm kak su..sbb kite xsggup bgun pg awal2 mcam makcik2 kat opis ni gtau..bgun awal pg kemas rmh..baik setel siap2 waktu mlm...tp..best kalu part sakit..hahahhaha...tetiba j umah kemas...walaupon mase tu mak tuwe xde....kikikik..suami kite akan jadi rajin time kite sakit..hahahaha
saya ada anak 5 4 hero ,suami kurang membantu , saya jugak bekerja 8 - 6 ptg...so ada tip lagi segera?
Post a Comment