Tuesday, October 6, 2015

Kemelah Bound - Part II

Assalamualaikum..

Sambungan entry lepas. Bila masak ramai-ramai dekat kampung ni, sekejap je dah siap. Dah la semua sedap. Kaklong la masak, sebab tu sedap. Dia jenis masak memang jaga api. Masak slow-slow pon takpe, janji hasil dia superb. Sebelum hidang Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi campur Daging Salai tu, I sempat la makan semangkok yang panas-panas. Bapak la sedap hoi! Masa tengok Kaklong masak ni, baru I tau yang pucuk ubi tu kena rebus dulu baru masuk dalam kuah. Hahaha. Kalau tak pahit la rasa dia. Sedapnya ko masak kak. Tolonglah! Dah la santan tu rasa dia manis and fresh. Haritu Kak Not tanya nak tapau tak, I cakap taknak. Sekarang dah menyesal.


Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Daging Salai. Simply amazing. Perfect! Terasa dia punya serai semua. Sedap lahai. Kbye. Cara membuatnya, Memula tumbuk kunyit hidup, cili padi and bawang merah. Dalam periuk, rebus daging salai sampai lembut hingga air kering. Lepas tu masukkan bahan tumbuk and santan. Masukkan serai yang dititik. Perasakan dengan garam dan ajinomoto (Optional). Last sekali masukkan pucuk ubi yang dicelur. Siap! 


Yang ni pulak I buat. Cecece. Kacang Botol Goreng Campur Tempe. Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada besar and ikan bilis. Tu je. Tumis and masukkan air sikit supaya kacang botol lembut and masukkan tempe yang digoreng awal tadi. Sedap ni kak! Lawan dengan telur dadar. Perrrrghhh.


Ikan Cencaru Bakar. Ada orang panggil ikan jaket. Senang je nak buat. Traditional way bebeh. Serbuk kunyit dengan garam lumur dekat ikan. That’s it. Masak guna haba. Cicah air asam. Pengsan!


Air asam simple. Tumbuk bawang merah, belacan and cili padi. Campur dengan air asam jawa, bawang besar and tomato. Rasakan dengan garam, ajinomoto (optional) and gula. Dahhh siap. Pooon sedap. Cuma kurang kick la sebab tak pedas sangat. Ngah Yam la asyik pantau je I punya cili. Kata dia, Mak tak boleh makan pedas. Baaaaaik.


Telur dadar ni potong bawang besar dengan lada hijau je. Masak macam biasa. Nothing special, Cuma sebab Kaklong ni dia ada magic hand, so dia masak telur dadar pon sedap. 7 bijik telur kiter kasik setel. Clear telur ayam Ngah Yam. Hahaha.


Ni Mak dengan Ngah Yam. Kakak dia yang number 2 dalam adik beradik. Mak number lima. Memula Ulong, Pastu Ngah Yam, Mak Teh, Pak Lang, Mak Itam, Mak and Usu. Umur Ngah Yam dalam 78 tahun. Yang lelaki tu Ngah Ju. Baik sangat dedua ni. Semoga panjang umur semuanya. XOXO 


Ni Mak dengan Abang Sulong dia. Bersih je muka Ulong. Umur dah 80 over. Kata dia hari-hari dia minum air kosong bila bangun tido. Selawat atas Nabi Muhammad saw and jangan tinggal serta jadikkan amalan. Masih lagi sihat. Alhamdulillah.


Yang ni kitorang dengan family adik Abang Long. Kak Ana and Abang Sahak dekat Kemelah. Kebetulan Abang Sahak tu Pengurus FELDA dekat Kemelah and satu kampung (Felda Sungai Tekam Getah) dengan Edi. Small World kan? Kemain Kakyang posing. Hahaha.

Dalam pukul 3.00pm kiter gerak ke rumah Ulong. Dekat Kemelah jugak. Sekejap je singgah sana lepas tu gerak balik ke KL. Straight tak singgah mana-mana dah. Sampai la R&R Seremban berenti sekejap untuk jamak Maghrib dengan Isyak. Lepas tu balik KL. Alhamdulillah dapat jugak Mak jumpa Adik-Beradik dia. Sekejap pon takpe la, asalkan jumpa. Lepas hajat Mak. Dapat jugak visit Ngah Ju. Dia pon baru je sihat sikit. Last time sampai tak boleh nak bercakap dah dengarnya. Semoga Allah panjangkan umur Mak and Adik Beradik dia. InsyaAlllah. Ada rezeki, ada umur kiter datang lagi ke Kemelah. I love Kemelah! (Tetiba) Kbye.


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...