Assalamualaikum
Kesinambungan dari
entry ini pasal birthday I and Intan (Tetiba Intan sekali. Sebok je) yang
kitorang makan sama-sama on Friday last week dekat TGi Fridays. Nak mendapat
persetujuan makan dekat sini pon sangat la hazabedah maimunah ok? Si Intan tak
habes-habes peeetzaaaaah. Of coz mendapat bangkangan sebulan suara dari Ahli
Bersekutu. Dyba nak ajak makan dekat Chili’s tapi biasala Chili’s lunch hour
Jumaat memang beratur la kan? Tak kena gaya sejam baru dapat turn. I nak makan
Dolly Dimsum tapi Izzah tekak ongkampong segala Chinese, Japanese Food dia mana
nak makan. E! Lepas tu sipi-sipi I dengar ada orang cakap Mc Donald jer laaaa.
Carik pasal kan? Memang
nak terkeluar biji mata I jeling. Hahahahaha.
Oooo time korang punya
birthday photo shot nak kat studio je, lepas tu siap amek gambar dekat KLCC
Park, minum dekat Coffee House hutel, makan dekat Pavilion. Time birthday Kaksu
nak makan Mc Donald je??? Banyak punya cantik? Dah tadek. Jom la makan dekat
TGi Fridays Pavilion. Kata Izzah dia ada RM20.00 je, ok takper. Order paling
murah lepas tu air share. Tak payah order. Hahahahha. Tapi biasa la memasing
sembang nak kencang jer, skali bila order memasing mana entah yang bajet
RM20.00 aku pon taktau. Memasing dah bersandar makan siap tapau bawak balik
sebab kekenyangan. Memula taknak habeskan, lepas tu I bisik dekat telinga
memasing.
‘Ingat tak Abang Isman Hijjaz pesan? Nak tengok orang tu
jenis bersyukur atau tak, tengok pada makanan dia. Kalau dia jenis makan tak
habes, maknanya dia jenis tak bersyukur. Kalau dia jenis tak bersyukur, Allah
pon berat dah nak tolong apapa’. Tu yang memasing
gigih habeskan makanan sampai berair la air mata kekenyangan. Haaaaaa. Tau
takot. Bebudak ni semua memang ada perangai naïve kekadang. Padahal memasing
bulu dah boleh buat tocang. Hahahaha.
Yang ni I punya. Cajun Pasta. Set dia dapat 1 appetizer and
kalo nak tambah air, kena RM5.90 kot?
I ambik Chicken Skewer. Semua ni RM39.90 harga dia. Seeeedap! I punya habes. So maksudnya I jenis orang bersyukur. Haaaaa.
I ambik Chicken Skewer. Semua ni RM39.90 harga dia. Seeeedap! I punya habes. So maksudnya I jenis orang bersyukur. Haaaaa.
Yang ni pulak Izzah
punya. Cajun Salad. Ngek Izzah ni. Dah tau bukan jenis pemakan tumbuh-tumbuhan
yang order salad kenapa? Kata dia sebab Kak Sarah yang suruh order. Lepas tu
dia letak tabasco banyak-banyak dalam ni sampai kepedasan. Confident tu cakap
macam ni, ‘Izzah dah buat salad ni jadik
sedap. Makanla’ Haha. Tapi habessssssssss kitorang makan semua. Macam
kambeng makan sayur. Haha.
Intan order Fish and Chips. RM29.90 jugak harga. Besar la
portion makanan dekat sini. Becinta sangat nak habeskan.
Intan and Sarah punya side dish, dorang amek buffalo wing ni.
Seeedap! I suka celery deep dalam honey mustard. Siap mintak extra lagi honey
mustard. Izzah tak suka. Tak suka sudah nama ko bedah… *sila sambung
Dyba and Sarahanon ambik Chicken BLT. Yang ni sampai paling
lambat. So tapau bawak balik sebab dah kekenyangan. Harga with 1 appetizer is
RM29.90. If korang jenis tank perut kecik, yang ni boleh share 2 orang.
Kek pulak kitorang amek Red Velvet Bundt. Harga dia RM18.90.
Hoi! Apa kek size cup A pon sampai dekat semilan belas ringgit ni? Naseb la ko
sedap.
Tengok la Intan dah meleleh la sisa-sisa makanan dekat mulut.
Izzah sikit lagi nak bapush. Hhahahaha. Yang terror Si Sarah sorang la. Siap
tanya, ‘Ok, nak kena habeskan makanan
mana lagi ni?’ Si Dyba pulak sekarang tak boleh nak dibawak bincang. Apapa
nanti dia menjawab, ‘Dyba kan
mengandung???’ Terkeluar la suara jantan dia time tu. Hahaha
Cakap pasal
mengandung, teringat dulu masa I pregnant, I cakap pada Intan. Time tu I tengah
makan nasik berlauk dekat meja. ‘Intan,
ambikkan kicap dekat pantry. Kaksu nak’. Intan dah menghentak-hentak kaki.
I cakap kat dia, ‘Kan Kaksu mengandung???’
Hahahaha. Lepas tu dia kena pulak hantar balik ke pantry. Dalam tak ikhlas
Intan buat kerja. Hahahahaha. Kata dia, nanti kalau dia pregnant, kiter semua
kena ikut cakap dia. Kalau naik kereta, dia nak duduk depan and dia boleh order
semua dengan kitorang. I cakap I nak resign. Bebudak ni pon sama. Dia pregnant
je zaaaaap memasing tender resign letter. Hahahaha.
Anyway happy birthday to you Intan. Kira in advance la ni. Yang
keberapa Intan? (Lantas Intan jawab dengan linangan air mata) Hahaha. Dia sensitive
sekarang kalau tanya bab umur.
Happy birthday to Kaksu. Assemoga. (Tahun ni memang tadek
makan-makan kat hotel ke apa Papa?) Huwaaaaaaaaa. Kata Bapak, hang dah
celebrate dekat Korea dah la. Bapak pon dah kasik duit awal-awal buat enjoy.
Hahaha.
Dyba mengusung monopod ni dah macam Azwan Ali dah. Beria la
amek gambar dalam Tgi ni. Last-last sekeping je ke yang ko masukkan Suraya?
Hahahahaha.
Total bill kitorang
dapat off 30% sebab e-birthday voucher. I tengok waktu staff TGI ni nyanyi
birthday macam nak taknak jer. Macam tak ikhlas ok? Muka pon menyampah je nak
nyanyi. Menci! Yang bersungguh pon sorang jer. Tak baik tau macam tu? Nak kerja
kena la ikhlas. Tapi takper la. Maybe memasig tengah period agaknya. Imbalance
hormones. Hahaha. Anyway, Kaksu and Intan (memandai-mandai bagi pihak Intan)
nak ucapkan terima kasih pada korang sebab celebrate birthday kitorang
sama-sama. Dah la kena share dengan Intan. Menyirap je. Oh lupaaaa. Last week
kiter ada tengok movie sama-sama cerita Goosebumps sempena birthday Kaksu. Kata
Dyba goosebumps ni sejenis itik. Hahaha. Ngek!
Goosebumps =
berdiri bulu roma.
Bukan sejenis itik
ok? Hahahaha. Habes dah birthday untuk tahun ni. Jumpa lagi tahun depan bulan
April untuk birthday Si Sarah…. Lambat lagi tuuuuu nak tunggu April.
Perrghhhh!! Dyba pon time tu dah 7 bulan pregnant. InsyaAllah ada rezeki kita
teruskan semua ni ok? Kaksu happy sangat to have korang dengan Kaksu. Buat
semangat nak datang office. Ikutkan takyah kerja pon takpe (sembang macam kaya
raya sangat) Hahaha. Kasik chance la!
-eNd-
2 comments:
kikiki..thn depan photoshoot la same2, ganti thn ni pyer
dyba : ok. time dyba nak dekat2 bersalin nanti.
ok?
Post a Comment