Thursday, October 15, 2015

Birthday at Namsan Tower

Assalamualaikum..

Tahun ni I sambut birthday (12/10) dekat Namsan Tower Seoul. Kemain kan? Siap berangan konon nanti ada Lee Min Ho datang tunggu I macam dia tunggu Geum Jan Di dalam Boy's Over Flower sambil menggigil kesejukan duduk bawah pokok sama macam dalam cerita tu. Haha. Tapi cerita tu tipuuuu. Dia tak kata pon masa nak naik sampai keatas kena jalan kaki. Punya tegak mencanak jalan dia sampai I dengan Kaklong punya bontot jauh kebelakang ketinggalan. Haha. Kalau tau la nak kena climbing and lama nak tunggu bas dari bawah ke atas, baik kitorang naik cable car je. Nyampah. Tapi takpe la, experience kan?


Sapa datang sini kena la lock mangga sama-sama simbolik takkan berpisah selamanya. Gittewww. Tak kuasa la I nak join sebab mangga dekat sini maaaahal. Ambik gambar je la buat kenangan.


Kaklong pon mana nak kalah. Mana kite bergambar situ la pon dia nak amek gambar sama.


Pakcik ni beria amek gambar tower. Lepas dia perasan I amek gambar dia, dia bagi I jelingan baek punya.


Si Shein lagi terror ok? Dia dah tinggal 'tanda' dekat Namsan Tower ni. Dia beeeerak! Tak mencabar pulak I nak basuh berak dia dengan keadaan toilet sini yang tadek pili? Haaaa.


Cuaca harini sejuk, tapi tak le sejuk macam masa dekat Nami Island. Si Shein memang all the time Sazli bungkus dia macam ni. Dalam tu ada t-shirt lengan pendek, lepas tu sweatshirt and luar pakai pulak sweater. Balut lagi leher dengan mafla. Ni kalau pakai macam ni dekat Malaysia jawapan dia = meroyan.


Namsan Tower, Seoul

Actually Namsan Tower ni lebih kurang macam KL Tower je pon cuma yang best dekat sini ada 4 musim so berbeza la pemandangan yang kiter nampak dari atas for each season. Kan? Dari atas if tengok bawah, daun semua orange. Jakun sangat rasa. Tapi cantik and best macam mana pon negara orang, Malaysia tetap dihati. I agak kalau dekat Korea ni ada orang jual sambal air mata, mau RM50 sebekas sebab ikan bilis dekat sini satu pack yang ada dalam 30 ekor harga dalam RM20 kot? Palotak dia la.

-eNd-

2 comments:

farae al-farafisya said...

Menggamit memori betullah entri kak su ni..
Nak naik atas tu memang mencabar..
Kitorang dulu naik bas kena berdiri, lagi la mencabar nak balance badan..hehehe..
Dah turun bas kena daki pulak lagi, pasrahh..

Mrs Little Voice said...

bestnya dpr jejak negara org kan...salah satu wihlist jugak ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...