Friday, October 16, 2015

Shein, Korea and Aldo Compatto

Assalamualaikum…

I dah selamat sampai balik Malaysia semalam. Masa balik, cuaca tak berapa elok. Asyik turbulence jer. Gegar-gear seat. I dah seram sejuk kecut segala mala apa ada dalam baju. Dalam hati rasa macam hoih, selamat ke sampai Malaysia ni? Mata tengok dekat screen drama Philippine, tapi dalam kepala teringat MH17, MH370 segala mala segala article pasal crash plane. Saiko sangat. Nak berjalan visit negara orang tu I memang suka, duit tadek hal boleh carik. Tapi bab nak naik kapalterbang memang I paling seram. Korea – KL pulak 6 jam atas kapalterbang. Tido sekejap dah jaga. Huwaaaaaaaa. Semalam masa nak naik flight, Kaklong cakap macam ni dekat I.

Kaklong : Kochip, ko tengok tu kapalterbang tu bapak besar. Ada 4 dia punya engine
I : Ha a. Besar. Bagus la ada 4 engine, kalau satu jatuh lagi 3 boleh back up
Kaklong : BABI (and terus walk-away)

Hahahahaha. Kaklong memang menyirap je kalau I menyakat dia pasal kapalterbang. Dia cakap masa pergi Bandung naik 2 jam flight pon dia asyik mengaji je. Dia seram. Sazli pon sama takot jugak. Tapi kata Sazli sebelum naik kapalterbang dia berdoa macam ni pada Allah. ‘Ya Allah, andai ini perjalanan aku yang terakhir, aku redha’. Kena pulak Shein semalam asyik nak main atas riba I. Nak korek mata, korek hidung and manja bukan main. Dia kisah apa turbulence ke apa. Lagi goyang lagi dia suka. Siap baring atas lantai, kaki silang panggung layan Upin Ipin dekat iPad. Boleh?

Nanti minggu depan bebila I free I share pasal Korea ok? Now layan gambar Shein je la dulu. Ni pon I terus masuk kerja harini sebab ada Latihan Nasyid. Tadi full rehearsal. Habes mampos segala suara tak keluar. Hahaha. I lagi la kan? Orang dah seminggu practice, I baru datang harini terus full rehearsal memang kejung macam tu je la sebab lagu mana hafal. Tak tau apapa. Terus jadik macam Ramli dalam cerita Pendekar Bujang Lapok. Si Ajis baca bunyi syair, Si Sudin baca bunyi Arab, Si Ramli baca tak bunyi apa-apa. Hahahhaha bangang.


Shein memang Sazli balut dia kasik warm sebab weather kat Seoul kekadang boleh jadik sejuk sampai 5-10 macam tu. Lagi angin, lewat petang and hujan renyai-renyai. Lagilah sejuk! Dalam pakai t-shirt biasa, lepas tu pakai baju lengan panjang and luar pakai jacket lagi pulak.  Macam dah bagitau je last time kan? Takper la. I kan peramah. Haha. Kasut Shein tu berbaloi la belikan dekat Doc Martin sebab tahan lasak. I ikat sampai ke belakang so tadek la tercabut.




Time ni dekat Bukchon Village. Sebok la Si Shein nak amek gambar sama lepas tu mintak nak tengok lepas snap. Mengadaaaaa.



Yang ni Si Shein masa dalam Lotte World. Dalam ni tak sejuk sebab usually tempat tertutup dorang pasang warmer.



Time ni pulak dekat Nami Island. Time ni la sejuk sebab angin + hujan so menggigil giler.



Yang ni kitorang otw nak pergi Gyeongbokgung Palace. Angin sejuk macam ni memang Shein nak membuta jer la kerja. Syukur sangat keputusan beli Aldo Compatto sehari sebelum depart memang berbaloi-baloi. Selesa la Shein sebab stroller ni boleh baring. Walaupon tak flat habes tapi at least tadek la baring duduk macam stroller payung Toy R Us tu.




Ni pulak dekat Insadong. Shein duduk je dalam stroller. Sesekali je I lepaskan dia. Sebab dia sejenis huru-hara. Lepas sekejap dah gone.



Best giler Stroller Aldo Compatto ni. I bawak masuk dalam cabin terus, tadek hal. Boleh buat macam beg and sandang. Berat dalam 5.5kg je. Apa ada hal?

Memula Sazli cakap dia nak bawak Quinny Moodde sebab nak bagi Shein comfortable baring and tido. I macam tak berapa setuju walaupon Sazli kata it’s ok dia boleh handle alone. Kemain kompiden. PadahaI Moodd tu bapak la bagak. I baca dalam blog, orang cakap kat Korea ni if nak naik subway and bas, better bawak folded stroller sebab ringan and senang nak angkat. Skali memang betul. Nak guna subway, dorang ada tangga je and bukan all the time ada escalator and lift pulak macam leceh sebab nak kena queue kan? So Aldo Compatto ni memang terbaik woh! Tak menyesal I beli. Serious berbaloi.

I beli dekat The Baby Store Malaysia. Haritu Sazli ambik sendiri dekat Shah Alam. Masa kitorang beli tu tengah promotion so harga dia RM659.00 jer. Ringan, boleh fold, boleh baring and bentuk dia sebijik macam Yoyo Zen. Memang takde beza tapi harga jauh lebih murah. Yoyo Zen kan thousand over? Aldo Compatto ni baru RM659.00  I suka gilerrrrrrrrr stroller ni!! I suggest, mana-mana korang yang nak bawak anak-anak travel, better la guna Aldo Compatto ni. Serius senang nak handle and berbaloi sangat-sangat. Lepas ni senang la kalau nak jalan berdua dengan Shein sebab Aldo Compatto ni kan boleh baring? So takyah dah la nak pasang Modde Shein tu.

WhatsApp/Telegram : 0193320722
Seksyen 22 Shah Alam
Website : www.thebabystore.com.my

-eNd-

1 comment:

nina said...

Kita pon dah beli kat the baby store sejak kaksu review kat instagram dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...