Wednesday, October 14, 2015

Makan sedap dekat Gosame, Sinchon

Assalamualaikum..

Semalam kitorang makan paling sedaaaap  sekali diantara yang paling sedap yang kitorang pernah makan. Sotong bakar dia terasa smoke dia and ikan dia pon lebih sedap! Kalau Munirah tak bawak kitorang makan dekat sini semalam maka tak dapat la rasa makan sesedap macam ni. So if korang pergi Korea, wajib makan dekat sini ok? Nama restoran tu ialah Gosame Restaurant dekat area Sinchon. Tak berapa jauh dari Nandaemun. Actually kawasan dekat sini semua dalam satu kawasan je. 5 hari dekat sini I rasa pusing-pusing dekat area sini jugak. Duduk lagi sebulan, I agak I dah terror la naik bas. Cecece. Padahal masa haritu Rachael (guide kitorang) hantar dekat train tinggal nak keluar gate pon dah sesat barat. Hahaha. Sebab sini gate dia ada namploh juta. And dorang memang hidup bawah tanah (subway) je. Atas bawah orang boleh duduk.


Satu set yang kitorang makan ni harga lebih kurang dalam 40,000 won. Lebih kurang duit Malaysia dalam RM160.00



Yang ni nama dia sundubu jjigae atau tofu sup. Memang sedap! Wajib makan setiap kali order


Sotong Bakar - Oojing o bokgeum. Sotong bakar paling sedap diantara semua tempat yang kitorang pernah makan. 



Ikan Bakar - godeng o gui. Ikan bakar. Ikan mackarel bakar. Orang sini makan memang ikan mackarel je. Sedapppppp!!


Sedap isi ikan mackarel ni. Nanti dekat Malaysia kena masak macam ni.


Sotong dia sangat la fresh. Masih kenyal-kenyal isi dia. Tak sangka pulak yang Korean Food laaaagi sedap dari Japanese Food. Seriously..


Macam ni cara nak makan dia. Amek daun salad, letak ikan and sotong lepas tu balut and ngap. Yang ni la impian I selama ni. Nak makan macam yang I biasa tengok dalam cerita Korea. 


Lada tu buat ulam. Pedas dia lain macam tapi rangup! Salad pulak buat balut lauk.


Gosame Restaurant dekat Sinchon. Korang waaajib makan dekat sini. Wajib!


Restoran ni ada dekat area-area lorong tersorok sikit la. Tengok la wayar dekat atas tu berselirat! Tapi dekat luar elok je. 

Nanti balik Malaysia memang kena cari la Restaurant Korean Food and kena masukkan dalam list makanan yang wajib dimakan. Kaklong tu kat sini asal nampak ada orang jual makanan dekat street mesti cakap 'Woi apa tu? Babi ke?' Hahaha. Asal nampak restaurant je mesti babi. Bongok la Kaklong. Dah la kaki berak! Asal makan je berak. Ada sekali tu sebab Kaklong nak berak masa tengah naik bas, so kitorang terpaksa kensel nak pergi Banpo Bridge untuk tengok show air sebab main berenti je tengah jalan and melilau cari jamban. Dah berak, boleh sesat pulak nak naik ke atas balik sebab tadi time nak berak main jalan je tak tengok jalan.

Kan kat sini subway dia sebesar-besar MidValey Megamall tu. Mana la tak sesat. By the time nak sampai balik bus stop dah lewat. So kensel la pergi Banpo Bridge. Tapi esoknya kitorang sempat pergi untuk tengok last show pukul 9.00pm, berlari-lari la kitorang nak mengejar last show. By the time kitorang duduk and dalam 2 minutes lagi show nak siap sekali ada announcement kata last show kensel. Pantek! Hahahahha. Memang bad luck la. 

Ok la. Nanti sambung citer lain. Ok? I nak makan-makan lepas tu nak bawak Shein pergi Lotte World. Memang mahal nak pergi sana sebab entrance fee pon mahal lebih kurang dalam RM140 seorang macam tu. Taxi pon mahal tapi takpe la.. Untuk bagi Shein happy... Lagipon Abah belanja. Tu yang paling penting. Jumpa lagi!

-eNd-

4 comments:

Mrs Little Voice said...

Mahal jugak makan kat sana tapi sotong tu mengancam betul

hajar mohd said...

That restaurant serve pork

Mijoe said...

Saya pun ada dgr pasal Gosame serving pork. Wallahualam...
Last time dah pegi makan kat sini...pasni boleh skip

Taiko Man said...

ada hidangan babi...

http://www.thevocket.com/restoran-halal-di-seoul-korea/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...