Tuesday, October 6, 2015

Kemelah Bound - Part I

Assalamualaikum..

Sabtu bebaru ni kitorang pergi ke Kemelah untuk visit Pakcik Saudara I, Ngah Jue sebab dia tak berapa sihat. I dengan Sazli and Shein 1 kereta, Kakyang and Edi satu kereta (Tetiba Edi masuk dalam ini cerita. Haha). Mak, Kaklong, Abang Long and Kaseh dah pergi awal sehari sebelum sebab nak sleep over dekat sana satu malam. Kitorang tak boleh pergi awal sebab cuti pon ada-ada ayam je. Dah paras hidung so sebab tu balik hari. Ahad pulak Sazli ada Standard Chartered Fun Run (Yang cancelled due to haze). Kitorang gerak dari KL awal pagi selepas Subuh and sampai around 10.30am macam tu dekat Kemelah. Jalan smooth je. Cuma jerebu agak teruk la belah Johor sana. Nak bernapas pon susah. Kiter yang duduk dalam kereta pon pedih mata. Thank you Indonesia.

Sampai sana terus melawat kawasan. Kaklong tengah potong daging salai nak buat Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Campur Daging Salai. Perrrghhhh taip pon dah merembes ailio. Daging Salai tu buat sendiri eh? Everything prepared from scratch. Dekat rumah Ngan Ju and Ngah Yam ada barn. So dorang nak bakar ikan/daging/ayam nanti guna kayu api jer u’olls. Ko ada? Lepas tu ada pulak tempat letak kayu api macam cerita Bawang Putih Bawang Merah dulu-dulu. Very traditional. I sukaaaaaaaaaaaaaa. 

Blakang rumah pulak ada pokok buah kelapa. Si Sazli and Edi la kena panjat pokok yang sama pendek macam Shein tu jer. Kite wanita-wanita jelita buat kerja kat dapur. Menu semua sedap-sedap harini. Menyesal haritu makan sikit jer. Cis! (Yer ker sikit? Haha)


Ni dorang tengah buat kerja sebenarnya. Lepas tu I panggil ambik gambar dekat luar. Terus semua keluar and zaaaaap pose. Siap prop cawan dekat tangan yang sorang tu. Haha. Mak tengah bancuh air kelapa yang Sazli and Edi kait.



In between nak mandikan Si Shein. Masa datang sini dia tak mandi. Sampai Kemelah baru mandi. Panas haritu so dia berlenggeng la sekejap. Sebok orang nak masak, sebok nak tolong. Lepas tu nasib baik ada Kakak Kaseh and Kakak Kira (Anak Kak Bonot) so boleh la Si Shein main sama-sama. Macam orang besar dah anak Mama.


Hi Edi. Apa ko buat kat kampung Makcik aku? Hahaha.


Ni la bangsal yang ada dapur kayu api macam ni. Best giler kan? Kata Kat Bonot, nak bakar Ikan buat style macam daging salai. Masak guna haba, bukan api direct. Yang tu baru sedap rasa smokey. Memang sedap pun!


Korang tengok la kat bawah tu siap dah kayu-kayu untuk dibakar. Best kan? I suka bau kayu api and asap macam ni. Rasa macam dekat kampung-kampung je. 


Ni pulak bangsal untuk letak kayu api yang size besar. Ko ada? Tepi tu ada pokok pandan, and blakang tu ada pokok kelapa. Dah la bersih. I suka giler.


Blakang rumah tanam pokok bunga jugak. Sebelah tu pokok limau purut.


Sapa tak kenal boleh la kasik penampar.


Abang Long tengah machine kelapa. Kata Kaklong, santan kelapa kat sini manis. Sebab fresh dari pokok, kupas terus machine. Tak macam dekat KL. Semua tak fresh. Tu kepala sapa tu? Sebok je nak tengok. Tu kalau boleh, dia nak menolong tu.


Ada tempayan siap. Ni Kak Bonot. Dia ada kembar seiras nama Kak Kedil. Very unique name kan? Baik Kak Not ni, ringan tulang. I suka. Dah la kelakar. Nanti asal barang takde, 'Kak Not, belacan habesssssss'. Dia pon jawab, 'Baikkkkkk' Terus zaaaapppp start motor pergi kedai. Kang dia sampai rumah ada je menda lain pulak tadek. Menyirap je dia. Hahahaha.


Mak tengah cuci pucuk ubi rebus. Mulut tu nak muncung jer. sampai boleh ikat dengan reben.


Kakyang berseri-seri semenjak dua menjak ni. Kupas bawang pon muka cantik je. Ehem-ehem.


Ni la daging salai yang Kak Not buat sendiri. Habes dikerjakan Kaklong SEMUA. Hahahaha.


Potong nipis-nipis nak letak dalam Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi. Tu pisau yang Kaklong guna tu memang menyirap ok? Potong agar-agar pon tak berapa nak lut. Hahahaha.


Ketopot Metopot Metayang Mama ni sebok nak bercinta dengan I dekat dapur. Dah la bau masaaaaaaaaam. Bau kambeng!


Korang tengok la. Ikan ni masak dia dengan haba je. I gigih la beria tambah kayu api bagi api besar sekali Kak Not cakap, 'Kochep, jangaaaaan. Memang masak guna haba je youuuuu'. Baiklah.


Ni la kelapa dari belakang rumah. Bapak la sedap. Yer la, yang tukang kait tu pon darah manis. Gittew. Hahaha. Kakyang mesti meyirap je baca ni.

Menu masa haritu kiter share next entry la eh? Korang tau la masak guna kayu api ni sedap dia macam mana. Masak pulak dengan perkakas kampung macam kuali kemek, periuk lama, lesung batu yang alu dia batu sungai. Memang sedap dia lain macam. Macam GF, dekat rumah tu ada satu kuali yang level dia tinggal campak je dalam paya tapi yang tuuuuuuuuuuuu lah yang dia suka guna. I pon suka. Kalau masak nasik goreng jadik sedap. Barang lama ni kekadang sayang nak buang. Sebab tu la sependa tadek getah kendur-kendur macam roti kirai, yang tuuuuuuuuuu lah jugak yang kiter suka pakai. Kan? Hahahaha. Dari periuk terus cerita pasal sependa. Ko dah kenapeeee????

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...