Wednesday, October 28, 2015

Kisah Hot Dog and Susu Pisang Binggrae (Korea)

Assalamualaikum..

Kisah Pertama - Hotdog

Kat opis kitorang ni, I dah taktau dah nak makan apa. Seriously… Haritu kitorang selalu order goreng-goreng macam Nasik Goreng, Mee Goreng semua tapi portion dia terlalu besar so kenyang sangat. Kalau kenyang sangat kuatir menjadik gemok pula. (Portion sikit pon salah, portion besar pon salah). Kekadang kitorang makan nasik berlauk. Lauk pon amek telur dadar, sayur taugeh dengan kuah apapa jer la. Dah taktau dah nak makan apaaaaaaa. Kesian sangat. Ayam penyet pon tak sedap. I ingat nak suruh Huda bukak la Fikcles dekat office ni, senang hidup I. Hari-hari makan Lontong Goreng pon tadek hal. Ada la kedai kecik-kecik jual macam waffle, jagung dengan hotdog. Tapi kalau makan tu je, mana nak kenyang kan? (Pulak dah).

Ada one day I dengan Intan nak makan hotdog. Kiter lawan sapa punya lagi cantik. Intan beria la nak rahsia tak bagi tengok dia punya (Ingatkan lawa la sangat). Kata dia tunggu sampai dekat meja. Time tu dia dah siap sebab dia amek hotdog cheese, I amek black pepper. Black pepper kena tunggu lama skek sebab baru nak masak. Dah la budak yang jual tu garang. Tapi kelakar la. Dia jenis melawan ok? I kan suka minuman yogurt. I tengok dekat sebulan, peti ais tu tak jugak refill dengan yogurt drinks. So I tanya la dia, ‘Dik, ni bila yogurt ni nak ada balik?’ Dia jawab, ‘Eh, suka hati la bila nak letak…’ OMG Melawan! Hahahaha. Tapi I tak kecik hati pon. Sebab tau dia gurau. Kitorang pon kekadang suka hingaq-hingaq dekat situ.




Yours truly punya



Intan punya

Sepah kan Intan punya? Hahaha. Dah la timun tunggang langgang. Lepas tu mayonnaise dia gemok. Kata Intan ‘Intan punya buruk la Kaksu. Sebab Intan tamak’, Hahahaha tau ponnn. Ala tapi makan rasa sama jugak pon. Sama jer kan? Tadek beza. Cuma presentation Intan agak buruk la. So Kaksu menang! (Ambik la KLCC pacak depan rumah).

Kisah Kedua – Susu Pisang Korea

Kisah kedua pulak. Semalam memang rasa rinduuuuuuuuuuuuuu sangat nak makan Susu Pisang yang I minum dekat Korea. Kat sana memang popular la Susu Pisang ni. Actually ada perisa strawberry and melon jugak tapi I paling suka yang rasa pisang. Korang takyah sebik-sebik la mulut tu. Ni rasa pisang sedap ok? Mild and ada rasa macam vanilla sikit-sikit tapi seeeeedap! I bila minum susu pisang ni lawas la berak. Best giler. So semalam I tanya dekat IG mana ada jual. Actually ada banyak tempat macam Jaya Grocer, KLIA 2, Jusco and Isetan jual Susu Pisang ni. Kebetulan dekat Ampang ni memang area orang Korea, so semalam I pon pergi la dekat Phill Mart area Ampang Point.


Sederet dengan Phill Mart tu ada la Korean Restaurant BBQ. OMG rindu giler nak makan spicy tofu soup and kimchi. Kata Kaklong Kimchi hamida. Sesuka-suki je dia bagi nama. Teringat mackerel bakar dengan sotong bakar, makan balut dengan salad and sticky rice. Huwaaaaaaaa sedapnya! Tak boleh jadi ni. Memang kena jugak pergi Korean Restaurant anytime soon tapi nak dapat yang sedap macam dekat Seoul rasanya macam tipis harapan. Anyway back to cerita Susu Pisang, yang ada dekat Phill Mart ni jenis dalam kotak. 200ml for RM3.18 kira murah la sebab dekat Seoul dalam RM4.00 macam tu.

Susu Pisang Binggrae dekat Korea

Susu Pisang Binggrae dekat Malaysia

Kata orang, rasa dia tak sama. Memandai je korang. Sama je la. 100% sama. Dah tentu la pengeluar sama, so sama je la rasa. Dalam kereta I dah setel 2 kotak. Seeeedapnyaaaaaa!! Nasib baik la Phill Mart dekat je dengan rumah I. Bebila nak, zaaaappppp terus sampai Phill Mart. Kepada sesapa yang nak cuba and terliur, boleh la cuba cari dekat tempat-tempat yang I sebutkan dekat atas tadi. Nanti habes je yang dalam peti ais, I nak refill stock. Sambil minum, sambil fe-feeling dekat Korea.

-eNd-

2 comments:

KhadijahAdibah12 said...

Assalamualaikum kaksu,

saya beli kt NSK Jalan Kuchai Lama. hehe..
Nsk tempat lain tak pasti pulak...

buat sendiri pun senang... boleh google. T__T
general bahan dia susu, esen pisang, vanilla, warna kuning.

pernah buat sekali. rasa sama . sedap jugak (pasan)

heeee.. selamat mencuba.

CikFa said...

kaksu, kat Jusco (AEON) pon ade jual. memula cam takut nak rasa. sbb tak bape suka pisang. tapi sekali dah rasa omagaddd sedap gila. hahahahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...