Monday, October 12, 2015

Live update from Seoul

Assalamualaikum..

I dalam bas ni. Lama pulak nak sampai ke Namsan Tower. So boleh la update entry sikit. Kot ada yang rindu ke? Kan? Ke takde sebenarnya? Ok tak payah jawab. Haha. Ni I guna pocket wifi yang tuan rumah apartment kitorang sewa ni bagi pinjam. Takyah bayar pon. Tapi pocket wifi ni kekadang mereng. Sekejap pakai bateri dah kong. Kalau nak sewa pocket wifi ni harga dia duit Malaysia dalam RM28.00 sehari. Boleh kongsi sampai 4 5 orang. Boleh tahan laju cuma macam I cakap bateri dia cepat kong. 

Nah I belanja korang sekeping gambar Shein besuka ria main daun and lari-lari macam dalam cerita Hindustan. Memang enjoy giler la Shein dekat sini sebab kawasan luas siap ada yang main bola dalam park. Seronok tengok Shein kejar tupai masa tupai tengah makan chestnut. Bila tupai tu panjat pokok dia sama nak panjat jugak. Dah tu acane? Tak pasal I kena kejar tupai lain pulak. Naseb baik la banyak.


Tengok la dedaun maple, dah naik kaler merah dia. Cantik-cantik sangat. Tu yang Shein sampai baring atas rumput. Dah la sejuk. 


Korang kalau datang Korea, I suggest korang untuk datang Nami Island. Lebih-lebih lagi time spring and autumn macam ni. Memang cantik giler! Nak honeymoon pon ok. Kat sini ada banyak budget hotel. Tapi dari Seoul memang agak renyah la. Dah naik train, kena amek taxi atau bas then baru la naik feri. Pastu baaaaru sampai. So memang amek masa la. But worth it. Lagipon kat sini ada makan sedap. Ada nasik goncang! Sedap gileeeer. Makanan jugak yang I ingat. Hahahahhaha. Ok la. Dah nak sampai Namsam. Jumpa lagi!

-eNd-

1 comment:

aziekz said...

Shein.,dh mcm ank ong korea 😊sesuaiiii sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...