Monday, October 12, 2015

Street Food dekat Korea

Assalamualaikum..

Masuk harini dah 4 hari kitorang dekat Korea. Cuaca dekat sini waktu pagi dalam 5-10 macam tu. Naik tengahari tak sejuk sangat dah dalam 15-20 and malam akan sejuk balik. Windy and kekadang ada hujan sikit-sikit. Sejuk dia sampai dalam kasut pon rasa sejuk beku. Kecut segala mala menda dalam baju hahaha. Tapi ongkampung kan? Biasa la gelabah. Jakun la kan time sesejuk macam ni sebab dekat Malaysia takde. Tsssk tasssk T_____T

Dekat sini I tengok sistem pengangkutan dia macam train, subway, bas semuaaaa bersistematik and waktu sangat sharp! Tadek delay-delay ok? Naik bas semua beratur and tadek rebut-rebut. Harga pon tak mahal mana and boleh pergi semua tempat. Taxi pulak korang boleh check online berapa harga dia contoh dari Ampang ke Subang Jaya berapa charge kena and pengiraan bayaran I boleh cakap 80% accurate. Memang best la sebab dorang maju and lebih efisyen dari Malaysia. Yang tu kite memang kena accept.

Orang dekat sini pembersih. Toilet walaupon takde pili air tapi dia punya shot aim baek je so tadek la sepah-sepah dekat lantai. Jadinya takde la bau hancing petai. Hahaha. Sampah sarap memang susah nak jumpa. Dengan tong sampah skali susah nak jumpa. Sabau aje la. Bab makan jangan risau. Banyak kedai ikan bakar and halal for muslim tapi tadek la pulak cop halal depan kedai. Kalau korang jenis nak confirm halal by Jakim baru nak ngap, makanya korang akan lapar and dapat kunyah kaki sendiri je la.

Keburukan/kekurangan? Mestilah ada. Paaaaaaling ketara sekali ialah they cannot speaks English. Tak payah la yang susah and advance sangat. Yang simple macam 'Where is Baby Department' pon dorang dah menggelabah nak jawab. Dah la Korean ni senang stress over. Salah jalan masa dalam taxi pon dah ketuk-ketuk kepala. Sebab tu dekat Korea ni every year banyak kes bunuh diri. 

If korang datang sini I suggest korang amek la guide. Macam I, I ambik student Malaysia. So senang la hidup. Mana nak makan, mana nak pergi, mana nak naik train or nak bargain harga barang or nak tanya soalan-soalan simple macam 'dalam kuih ni ada babi tak or what not'. Sebab dekat sini semua dalam bahasa korea. If dekat air tu ada tulisan English pon dorang akan tampal jugak tulisan Korea. Boleh? Sebab tu laaaa sini simple words in English pon dorang tak paham. Hesh! I masa dekat sini cakap melayu je. Kitorang cakap Melayu, dorang cakap Korea. Dah jadi macam ayam dengan itik tapi yang pelik tu, paham pulak. Hahaha.

Harini I nak share 'Street Food' yang I makan. Yang boleh makan ini je la. Yang lain tu tengok punya la sedap tapi mana la nak boleh makan. Blardihel. Semua yang I makan ni InsyaAllah halal and semua tak boleh dapat dekat Malaysia so kepada yang teringin I sangat bersimpati. Hahahaha.


Yang ni nama dia 'Ddong Bbang' or Kuih Tahi. Boleh? Taik pon nak buat makan ke? Memacam perangai orang Korea ni. Harga dia dalam 1,000 won 1 ni sama dengan duit Malaysia dalam RM3.80 macam tu la. Actually waffle biasa je. Dalam tu ada chocolate nutella. Sedap! Shein setel 4 biji. Kuih tahi ni ada dekat Insadong.



Yang ni pulak 'Kaeranppang' or Egg Bread. Harga dia dalam 1'600 won satu. Kira sendiri la duit Malaysia berapa harga. Sedap jugak! Ada manis rangup and ada sebijik telur dalam tu. Kitorang makan ni masa first day sampai. Dekat Myeondong.


Yang ni pulak 'Krepe' atau Strawberry Ice Cream Crepe dekat 'Jesky's Crepe' also dekat Insadong. Memang orang sana baca ikut bacaan. Crepe jadik Kerepe. Macam tu sebutan dia. Yang ni harga dia dalam 4,500 won. Mahal kan? Lebih kurang dalam RM13.50 macam tu la. Orang Korea makan crepe con macam ni bersih je. Tadek comot-comot meleleh krim dia ke apa. Takde. Kitorang makan habes comot pinggan. Kata Rachael kitorang punyai guide budak Sabah, ' Eiii apa ini Kaksu? '. Hahaha. Sebab dia dah biasa dekat sini orang makan bersih. Pinggan pon takde tumpah eskrem or chocolate. Tak paham aku.


Yang ni pulak Green Tea Ice Cream. Harga dia dalam 4,800 won. I la menggelupur nak sangat. Padahal time ni suhu dalam 10 macam tu. Kitorang makan ni dekat area Cheonggyecheon Stream (Air pancut dan sungai buatan). Nama kedai ni O'Sulloc Tea House. Kat luar sejuk, tapi dalam kedai biasa warm sebab dorang pasang heater dekat lantai. Best giler.


Yang ni paling thorbaik la. Satay Ikan (1,000 won sesucuk) dengan Takoyaki (3,000 won 6 bijik) sedaaaaap giler! Makan panas-panas tepi jalan dekat Cheonggyecheon Stream jugak. Bapak la sedap! Tako Tao tak boleh ke buat sedap macam ni ha?

Makanan lain macam restoran-restoran yang kitorang makan tu nanti later I share eh? Banyak sangat ni kalau nak share sekarang. Dah boleh buat 1 blog dah pon. Hahaha. Doakan la I merajin up entry. Kalau tak jadik la macam Europe. Lepas 2 tahun baru up entry. Hahahaa. Harini kitorang nak pergi Namsan Tower pulak. Hari esok baru nak shopping sikit-sikit dekat Dongdaemun. I tak beli apa sangat pon, currency Malaysia teruk la. So semua barang yang murah jadik mahal. Baju T-Shirt Hard Rock pon boleh jadik sampai RM180 sehelai so sapa yang kirim saja tak bagi duit I memang tak belikan. No money no talk. Hahahha

-eNd-

1 comment:

eda said...

entry mkanan tepi jalan wajib kene comment ..
giler kasu ... neh la impian eda kasu .. mkn mkan tepi jln mereka hahahahah ... sedap sgguh ..
len kali nk declare share perut la ngn kasu , ape kasu mkn eda dpt rasa jugak hahahahahhahahahaa tq tq tq tq haha a

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...