Friday, October 30, 2015

THE RED JUICE IN RAW RED MEAT IS NOT BLOOD - Dinner at Menate

Assalamualaikum..

Dah nak waktu lunch ni, sedang elok la kalau update gambar makanan terbaru. Jangan kata korang, I yang taip ni also merembes ailio sebab teringat keenakan steak yang I makan dekat Menate dengan Sazli and Shein the other day. Kisahnya a day before, kitorang tengok tv  ‘Jamie at Home’. Dia masak lamb. Skali dia suap masuk mulut and makan je, lepas tu dia cakap sedap, Sazli pandang I and I pandang Sazli. Terus Sazli cakap ‘Esok kiter pergi Menate Bubu’. Settt. Ingat dia pandang ajak masuk bilik. Saspen jugak. Hahahahah. Kitorang memang suka makan kambeng. Sazli la terpaling suka, I number 2 je. Tapi kalau ada depan mata memang tak elak la. Lagi-lagi kalau gravy dia sedap. I suka BBQ sauce kalau makan kambeng. Ada orang suka mint sauce.

Dalam banyak-banyak tempat kitorang makan, lamb ribs and lamb dekat Menate la yang terpaaaaaaaaaaaaaaling sedap. If steak, I suka lagi dekat VS sebenarnya. Sebab dia macam berperisa sikit. Dekat Menate ni dia serve memang original daging macam tu. I agak dia only put salt and pepper je sebab taknak kacau rasa meat. So memang sesuai untuk pencinta rasa daging sebenar You got what I mean? But sesekali I also suka daging yang macam ni. I suka my steak medium rare. Always. If welldone or medium memang makan la tapi sambil tendang-tendang kerusi sebab tak puas hati. If Sazli, steak dia suka Medium Well. Kalau medum rare or medium dia tak boleh nak telan. Tapi bagus jugak la dia tak suka sebab selamat la steak I. HAHAHAHAHA.

I pernah la sekali order Medium. Bukan Medium Well tau? Bila makan rasa macam haih la. What a stupid decision. Rasa macam dah rugi RM80.00 sebab order this kinda steak. Time tu I dekat VS. Dah la amek premium cut Sirloin. Menyesaaaal. So that was the last time la I order Medium Well. No more after that. Korang tengok la, if daging tebal order la medium, if nipis mintak medium rare ok? So that tengah-tengah dia tu tak la banyak sangat merah. I perasan dekat Menate ni if mintak Medium Rare mesti tanya 2 kali sambil buat muka pelik. Orang tau la apa yang orang nak makan. Suka hati la nak order apa. Dulu sekali dekat VS waiter siap tanya balik kiter tau ke Medium Rare tu macam mana, ni dekat Menate pulak. Memang cari pasal la. Bagi I tu macam insulting. Macam la kiter ni bodoh sangat taktau apa yang kiter order. **rolling eyes.


I order this steak. Nama dia Grain - Fed Strip. Harga dia RM53.90
Masak medium rare. Sedaaaapnyaaaaaaa. Nampak juicy sangat kan? **Telan ailio

I suka steak yang belemak-lemak sikit macam ni. Serve dengan mash potato and coleslaw. Coleslaw dekat sini sedap sebab ada honey mustard.


Sazli order Lamb Rack. Harga dia RM56.10
Dia makan sorang je. Setel semua!


This is how my steak look like. Medium rare. Luar dia garing, dalam dia juicy. Actually ni color dia dah enhance. Korang tengok gambar bawah ni macam mana Medium Rare should look like.


I tak pernah cuba lagi rare or blue rare. Kata orang kalau makan angus steak, better amek blue rare. Tapi harga dia hamagad boleh beli handbag coach 1 kot? Melampau. I kalau tengok harga black angus mesti akan cakap macam ni, 'Dia ingat dia sapa yang nak mahal-mahal ni? Lembu je kot???' Hahahaha

Masa I masukkan dalam FB ada la yang komen cakap I makan darah semua. Kekadang rajin la nak explen, kekadang malas. So lantaklah mengkome kalau nak kata I makan darah ke apa. Tapi sebab harini I baik hati so I nak bagitau yang Medium Rare Meat is not a blood. Baca dekat sini for full article. Dalam daging yang korang tengok merah tu is not a blood. Hampir kesemua darah dah keluar masa haiwan tu kena sembelih. OK? Yang merah tu ialah air yang bercampur dengan protein yang dipanggil myoglobin. Yang membezakan white meat and read meat ialah tahap myoglobin yang terdapat dalam daging tu. Makin banyak myoglobin maka makin merah la daging.

Macam daging putih seperti ayam, korang akan nampak a very little warna merah sebab myoglobin dia rendah. None like daging lembu yang mempunyai tahap myoglobin yang tinggi. Myoglobin ialah protein yang menyimpan oksigen dalam sel-sel otot. Kira macam sepupu dengan hemoglobin la. Hemoglobin ni simpan oksigen dalam sel darah merah. Sebab tu kalau orang leukemia dia pucat je sebab kurang oksigen dalam darah. Dia nak berubah dari read meat kepada white meat. Ni I cakap macam ni nak kasik korang paham. Hahaha. (Memain eh Suraya)

So please stop cakap I makan darah ok? I bukan specis pontianak. Perception ni kena betulkan. THE JUICE IN RAW RED MEAT IS NOT BLOOD. Understand? Ok kalau paham bagus.



Shein ni lagi enjoy makan eskrem milo dari makan steak.


Sambil layan iPad. Aman mak engkau nak makan. Tenkiu Shein.

Kitorang datang awal. Habes je Maghrib zaaaapppp dah sampai ke Menate Ampang ni. Dalam 30 minutes lepas tu almost full house. Rezeki Menate la lepas kena maki dengan Azwan Ali. Habes semua orang tau and jadik viral. Dulu I tengok Menate ni sendu mak enon je. So owner Menate ni should thanx to Azwan Ali la. Sebab kalau tak kerana kisah dia merempan yang silap cakap Menate tu as ‘menatang’, maka Menate tak la sepopular macam sekarang ni kan? Azwan Ali pon satu. Dah salah tu mengaku jeeeeee la. Ni beria nak defensive tahap mentibang laut. Anyway, lantak la situ ko Azwan Ali, janji aku puas makan steak. Hoyeah!

Menate Steak Hub
16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang,
Ampang, Selangor, Malaysia

-eNd-

1 comment:

Nur Aishah said...

HAHHAHA haduiii laaa word si budak suraya ni.
Kejang pankreas2 i.. dari cancer hati setiba menjadi cancer pankreas piula..nauzubillahh..TQ su provide info pasal red meat ni semer. i lah kot slalu fikir daging tak masak tu as a darah. Takut tumbuh siong.. eh ye la kot su.siong u makin pjggg.. :p.

Bila nak ngeteh??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...