Friday, October 30, 2015

How To Eat Beef Sukiyaki

Assalamualaikum..

Tadi I dengan bebudak ni (Dyba, Intan and Izzah) makan dekat Sushi Zanmai. Si Sarabanon merempit pergi PWTC entah ada menda entah dekat sana dengan Fiza. I suruh dia left group. Hahahaha. Kitorang pergi yang dekat Avenue K tapi parking dekat KLCC. So kena menapak jauh la skek kan? Blakang Si Intan beria pakai kasut tinggi. Dah tau nak jalan jauh mengada pakai kasut tinggi kenapa lepas tu dia jerit  sampai keluar suara jantan, ‘Intan kan nak cantikkkkkkkkkkkkk’. Baru jalan sikit dah sakit kaki la, sakit pinggang la. Kata dia, ‘Intan ni kan orang tua yang terperangkap dalam badan orang muda’. Haaaa tau pon. Gitu nak masuk Spartan la apa la. Taik kentut la.

Kitorang jalan laju kan? Lepas tu dia kedek-kedek jalan kat belakang. Kata Intan, ‘Korang jalan dulu la, nanti Intan jumpa korang dekat sana ok? Salmon Banzai tu dekat tingkat berapa?’ Hahahahaha Ko tengok Si Intan ni dia memang sesuka-suki je nak ubah nama kedai orang. Bebudak ni memang memasing perangai menyirap ok? Dengan nak memujuk Izzah makan Japanese satu hal. Dengan dia mintak sugar nak letak dalam green tea satu hal.Hahahahaha.

Anyway, Harini I nak Tunjuk korang cara nak makan Beef Sukiyaki. Ke korang dah tau sebenarnya nak makan macam mana? Ke ke ke? Ah lantak la. Nak jugak Tunjuk. Sebab P to the O to the Y to the O, POYO.


Ni la Beef Sukiyaki. Harga dia RM22.80 and rasa dia seeedap! I suka ni. Si Aliah yang ajar makan beef sukiyaki ni. Tapi masa tu kiter makan dekat Sakae Sushi. Now Sakae Sushi dah tadek dekat KLCC, dekat Pavilion pon takde dah. Nyampah. Korang boleh nampak ada sup dalam pot, ada daging dengan ada telur.



Ini ialah daging Carpaccio dia. Dia hiris nipissssssssssssss sangat-sangat so senang nak masak. Tulur tu I campur dengan soyu and nitsume skek. Saja kasik flavor. Telur tu kocak-kocak sampai mesra kesemuanya ok?


Memula ambik daging nipis ni.


Lepas tu rendam dalam sup yang tengah menggelegak. Rendam dalam 5 saat. Jangan lama-lama nanti keras tak best la. Tapi kalau keras kan… Urmm Kbye. Haha.


Angkat! Renjis renjis dipilis sampai air semua tak menitis tis tis tis.


Celup dalam telur. Golek golek golek


Lepas tuuuu angkat.


And ngap!! (Wow, muka besungguh makan)

Dulu masa zaman I taktau nak makan, I lebur kan telur tu dalam sup. Hahahaha. Sian giler I merosakkan makanan orang. Korang jangan pelik tau celup daging tu dalam telur, itu la yang buat bertambah lemak berkrim. Sedap gilerrr!! Seriously korang akan suka lepas makan lepas ni. Lagipon soup dia ni lain dari rasa yang udon or ramen. Seeedap sangat-sangat. Intan and Dyba cakap sedap. Izzah pulak kunyah lama baru telan. Dia macam culture shock skek makan dengan kitorang. Tapi takpe, boleh lagi dibentuk Izzah ni. Kiter hidup kena ada variety, takkan la hari-hari nak makan nasik campur. Tak gitu?

Kepada yang terliur mintak maaf. Kata Sazli tak baik la share gambar makanan dengan orang. Kalau orang terliur kiter wajib bagi makanan dekat yang terliur. Hurmmmm. Kalau ikut cakap Sazli, I agak no more entry makan-makan la lepas ni. So korang rasa macam mana?

SUSHI ZANMAI (AVENUE K) Lot M-19, Mezzanine Floor, Avenue K, 
156, Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur. 
TEL : 03 - 2181 8810 
FAX : 03 - 2181 8810 

-eNd-

5 comments:

Anna Dayana said...

mana gambar kita? gambar kita yang mesra tu.. mana?

norasiahnasir said...

aku baru je komen kat IG..igt taknak frendd dah..

aku setuju dgn sazli ko tu..tapi hati aku keras..terliur oun aku sedut balik air liur tu.. blk umh aku goreng telur..celup kicap..kepit pakai copstik ..sama je rasanya kan..kan..



(dimana keadilan???)

Chooyaya! said...

anna dayana : tungu ler darling. ni baru entry intro. sebelum panas kiter kasik warm up. ok?

norasiahnasir : ha bagus. telur makan pakai chopstick pon rasa sedap jugak. haha

-eLyNhere- said...

dosa ke buat org terliur?

alaaaa.. tapi kalau takde entry macam ni sampai bebile pun makan nasik je la sbb takut nak try benda baru, kan?

saya harap org yg terliur tu cepat2 maafkan kak sue.
niat kak sue nak tunjuk makanan yg ada kat Malaysia ni kan? dan nak ajar org try benda baru kan? kan? hehe.

Anil Wanina said...

aaaaa.. kak suuuu.. telan ailiooooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...