Monday, November 2, 2015

Makan Makan Makan Makan at Sushi Zanmai

Assalamualaikum..

Sebelum Intan tanya lagi pasal entry kitorang makan-makan dekat Zanmai Sushi Jumaat lepas, baik I update. Stresssssed ok! Hahaha. Si Intan memang, kalau ada gambar dia kan? Nanti selang 30 minutes dia call and tanya, ‘Kaksu, bila nak keluarkan citer pasal yang ada Intan tu’ Menyirap je kan? Anyway, kitorang pon sebenarnya memang dah lama giler tak makan Japanese Food. Bila suap tu ada la menggigil-gigil sebab jakun.com kecuali Izzah la. Muka dia macam monotonous je. Nak kata suka tak, nak kata tak suka pon tak. Dia boleh la makan Japanese Food ni walaupon banyak bunyik kata ocha tu tawar la apa la. Haha. Untuk Izzah, 3 bulan sekali boleh la kot dia ikut kitorang makan Sushi? Kalau dia taknak, dia boleh tinggal makan dengan budak HR nama Aizat tu.

Korang pon, kalau sesapa yang suka makan Japanese Food boleh datang Zanmai Sushi ni sebab kat sini makanan dia sedap and harga dia pon tak la mahal. Stendet Sushi King jer pon. Cuma dekat sini wayyy sedap and banyak variety of foods. Pada yang tak boleh makan raw fish, ada je makanan lain yang dimasak. Dia punya Soba pon sedap! Next time I nak order soba jugak, dengan Sukiyaki, dengan Summer Roll dengan Salmon Sashimi. Eh. Tetiba banyak pulak ko tingin eh? Hahahaha. Salad dia pon sedap tau! Tu pon kena masukkan dalam list. Kalau nak puas hati, bungkus je sekali dengan Restoran Zanmai Sushi tu letak depan rumah. Ikan tepi. Kata Sazli, ‘Bila nak pergi Sushi Zamani?’ Memacam nama la yang Sushi Zanmai ni dapat. Sushi Zamani la, Salmon Banzai la. Haha.


Yang ni nama dia Summer Roll. Salmon Sushi dalam dia ada mayonnaise and top dengan amenda rangup tu entah. Sedap giler. 6 ketul for RM18.80. WAJIB order tiap kali datang sini.



Izzah makan Tori Kaarage Don. Size kecik. RM11.80 sahaja. Kata Fiezul dulu masa I bawak dia makan kat sini, ‘Pasaipa kasik saya makan nasik dengan ayam masak kicap?’ Hahaha


Intan order Tempura Udon. Small. RM14.80. Memang sedap la Udon dekat sini.


Dyba pulak order Tempura Ramen. Small jugak. Harga RM14.80 sahaja. Bebudak ni order mee  tu konsep dia mengikut size badan. Dyba kecik, so dia pon order la mee kurus. Hahahaha.


Izzah order Hako Kani maki. 6 pcs RM6.80 sahaja. Dalam dia ada crab stick. Untuk beginner yang baru makan Japanese Food, boleh makan menda ni.


Dyba order Salmon maki. RM7.80 untuk 6 pcs


Yang ni I punya. Sukiyaki (RM22.80) Cara nak makan I ada share dekat sini. Yang ni I punya favorite. (Semua pon favorite sebenarnya)


Dyba punya (lagi), Salmon Sushi RM4.80 untuk 2pcs


Sebelum makan amek gambar dulu. Tengok Si Izzah punya baju dah macam pokok krismas bergerak. Hahahaha. Dyba pulak muka putih bersih semenjak makan Zenia Collagen tapi kena berenti consume semenjak pregnant ni. Takper Dyba, lepas bersalin sambung ambik ok?


I pon sama dengan Izzah pakai hijau merah.


Kata Intan snap lagi sekali la Kaksu. Yang paling manja. Hahahah. Memang manja sangat ni!


Ha, hamek kau disitu. Linchennnnnnnnnn semuanya.

Total bill kitorang makan cuma RM113.00 jer pon. Banyak macam ni RM113.00 memang murah sangat-sangat. If korang nak datang on Friday, buat reservation 2 3 hari awal sebelum nak datang kalo tak full. If korang walk in waktu lunch, memang jarang la yang tak beratur. Kitorang aritu pon dekat 40 minutes jugak tunggu. If lagi 10 minutes, ada yang I meroyan dekat depan tu sebab lapar. Kalau weekend pon long queue jugak. Dulu Avenue K ni I nampak macam mati je, now makin lama makin banyak restaurant. Nando’s pon dah ada. Kat tingkat atas pada Sushi Zanmai ni ada 1 Korean restaurant, nanti kena datang la cuba.

SUSHI ZANMAI (AVENUE K) 
Lot M-19, Mezzanine Floor, Avenue K, 
156, Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur. 
TEL : 03 - 2181 8810 
FAX : 03 - 2181 8810 


-eNd-

4 comments:

Mimy Hamid said...

semua pun sedappppppppppppp aku suka sushi zanmai

Anna Dayana said...

intan prefer susi king...

hutang setel kan..rm 25.30 kikikiki

Norehan Othman said...

Kak su.. Sukiyaki kt sakae sushi pon ada eh..? Nak try

Alyza Fisol said...

feberet ni...suka makan kat sini sebab puas hati...sedap...boleh kata every month wajib pergi makan sekali...haha