Monday, November 2, 2015

R U D E

Assalamualaikum…

Harini nak sessi luah perasaan sikit la. Sebab rasa macam dah sebuku didalam dada. Kalau tak luahkan rasa macam menyirap and makan dalam pulak. Lepas tu I kalau marah nanti kuat makan, kalau dah kuat makan jadik geeee, ge apa? Geeemok. Pandai. So kena luahkan la untuk elak dari jadik gemok. Haha. Lepas luah ni I agak, akan ada rasa a bit relief la kot? InsyaAllah…



Kena cuba buat macam ni


Transgluta by Zenia

Korang tanya la mana-mana seller, apa yang dorang paling tak suka. Back out buyer. Kira macam kiter melayan sebanyak mana soalan, sampai up ke 2 3 hari drag conversation. But end up yang bertanya tu diam macam tu je. Kot yer pon tak jadik cakap ‘takper la kak, takde budget, nanti bulan depan or bebila saya dah ada budget, saya carik akan balik. Mintak maaf yer?’ So yang tukang jual pon rasa la macam sejuk sikit hati. Walaupon dok layan soalan macam-macam, padahal nak close deal jual Trangluta harga RM95.00 jer ponnnnn tapi layan jugak la yang tanya sampai soalan yang tak terjangkau dek fikiran macam glutathione tu sapa yang jumpa dalam ‘medical’, ko mampos nak jawab dekat situ. Tup-tup lepas 2 3 hari diam.

Ada yang cakap dah bank in tapi sebenarnya tadek. I pon dah macam malas dah nak cakap, ‘masih tak masuk account sis’. Lantak la ko kat situ. Nak tipu kalo, carik la orang lain. Tadek bukti duit masuk dalam account, I malas nak argue tanya kenapa tipu etc. Tak kira lagi yang tanya number account bank 2 3 kali cakap kali ni confirm nak beli, nak beli tapi sudahnya tadek. Diam macam tu jer. Tak baik giler ok buat orang macam ni.

Review Blog

Yes, I do blog for fun and bila traffic dah tinggi sekarang walaupon tak la tinggi macam Beautiful Nara tapi cirit ok nak menten min 10,000 view sehari? Ada yang email cakap nak review iklan, tapi budget RM20.00 acane? RM20.00 untuk blog yang min view 10,000 sehari korang rasa acane eh? Logic tak? Sian lah pada I yang cirit untuk sampai ke tahap Chooyaya Secret Garden punya level sekarang. Jangan la buat I macam kemaruk sangat nak review sampai korang sesuka hati letak RM20.00/entry. Sedangkan lifestyle blogger yang total pageview 600k and view sehari 2,000k pon ada yang charge RM350.00/entry.

Ok la if ada yang tanya… I akan jawab. Usually I tak bubuh harga tapi I akan tanya budget. I akan bagi harga yang semurah-murah selagi I mampu sebab niat nak tolong orang berniaga yang tadek budget untuk buat marketing tapi jangan la lepas I layan 10 email lepas tu buat diam je. No wonder ada 2 orang Blogger Famous ni, dorang malas nak layan orang tanya review sebab macam ni la. Punya la kiter layan elok-elok, siap bagi number henpon semua lepas tu buat diam. Tak bagitau pon tak jadik ambil etc.

At least kalau takde budget, bagitau la terus terang. Cakap mintak maaf tak cukup duit and terpaksa postpone. I tak marah pon. Cuma bila I dah reply elok-elok email, jawab WhatsApp sampai drag 2 3 hari, lepas tu korang diam. Tak baik macam tu. Apa salahnya berbuat baik sesame manusia. Lagipon I layan semua yang email macam kawan sendiri. Boleh gurau-gurau. Takde masalah. I tak pernah pulak eksyen tak tentu pasal. Tapi end up ada yang balas I macam ni. Sentap pulak aku.

Tanyalah sapa yang pernah deal dengan I. I takder pon nak ‘ketuk’ sapa yang nak buat review. I akan tanya berapa budget and always open for discussion. But tolonglah hargai I punya penat lelah untuk menten view I sampai tahap sekarang. I pon InsyaAllah masih boleh hidup dengan selesa if tak ambik review tapi please jangan layan I macam I ni kemaruk sangat dengan duit review sampai nak bagi RM20.00/entry. Ok? Tak baik macam tu. Pernah jugak terfikir untuk taknak dah buat any review selain dari yang Nuffnang tapi how if ada yang betul-betul serious and ikhlas serta baik hatinya and betul-betul nak meniaga?

Dengan I ni simple je. If orang buat baik dengan I, tak berkira semua I boleh bagi more. Tapi once ko dah buat palat, bagi la banyak mana pon I dah taknak. I m e r a j u k forever. Untuk sesapa yang pernah deal dengan I and buat senyap lepas 2 3 hari email and drag sampai 20 conversation, I pesan 1 je. Jangan buat orang lain macam korang buat I. Allah tarik rezeki korang tak pepasal jer. Please hargai masa yang I dah luangkan untuk korang. OK? If I tak halalkan masa I yang terbuang untuk korang, menjawab la dekat akhirat sana nanti.

-eNd- 

7 comments:

Irfa said...

Mcm2 karenah

Mimy Hamid said...

terluah ko sue...sabar ye sue..org baik byk dugaan heheh

CikFa said...

Kaksu, letakla sesiap harga review kat blog.. contoh cam blog review between rm50 - rm200. So kalo bajet kurang pepaham seniri la. Kadang sbb kita ni terlalu baik hati tu yg mintak murah. Ade mintak free. Hati kne keras sket la..

misz sheyla said...

selalu jumpe customer tanye mcm2 lepas tu tak jadi beli...tpi xpe la..anggap bukan rezeki..pling xboleh bla...yg kate dah bank in tu la...tapi sampai ke sudah xmasuk2...ckp bank in pkai bank lain..tgok xde pun duit float ke ape...

sharifah diyana syed bohori said...

Macam macam ea kak..cirit je deme ni :p

Innanie Ariffin said...

Agreed with this 100% especially the part review fee. akak kena RM 20/entry sy pernah orang tanya RM 10/entry. nangis kita baca whatsapp dia kak.

Kadang fikir, adakah blog kita ni pakai internet semua free subsidi kerajaan? hehehehe!

Agak-agaklah

Alia said...

Aku pernah jugak la orang tanya rate kalau nak buat review, tapi tak pernah jawab (bukan bajet diva, tapi sebenarnya terkezut sebab ada orang nak suruh aku review product dia walaupun blog aku ni pun mcm hidup segan mati tak mau je). Aku tak pernah tau common rate utk review brapa, heck, nak buat design pun aku tak tau rate brapa. Hahaha. nampak sgt mmg tak professional kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...