Friday, November 27, 2015

Stride Ride Offer up to 50%

Assalamualaikum..

Ila, Ira & Ida kecoh dalam group bagitau Stride Ride ada sale dari Jumaat – Ahad. Semua kasut yang max harga RM209.00 akan jadik RM100.00 kalau beli 2 pasang. If 1 pasang jadik RM120.00 sahaja. Ini sudah bagusssss. Si Dyba pon dalam mabok morning sickness dengar Sale terus meroyan nak pergi beli kasut. Kata dia nak bawak Sophie jogging. Semangat! Kalau nak jogging kena la beli kasut baru. Tapi I tengok kasut Sophie yang Dyba beli tadi is Elsa Frozen siap ada blink-blink. Hahaha. Diva sangat jogging pakai kasut blink-blink. Kalau Michael Jackson hidup lagi makan hati la dia.

Dah la semua kasut kat sini kalau pijak nanti keluar lampu-lampu. Terujaaaaa!! Untung la bebudak zaman sekarang. I dulu masa sekolah rendah sukan, itulah kasut sekolah, itulah kasut sukan. Sobss.

Korang kena pergi Stride Ride ok? Sebab sale 3 days only, tapi untuk  Member Card Holder jer. Kalau takde Member Card takper, pinjam kawan punya. Kalau takde jugak padan muka diucapkan. Kalau nak datang, elok la bawak anak sekali sebab kasut ni semua kalau dah beli tak boleh nak tukar. I ambik Shein punya size 10 UK. Kalau besar takper, boleh pakai stoking. Si Shein kan suka sangat lari? So lepas ni dah ada sport shoes selesa la sikit dia lari. I ingat nak bawak dia lari dalam Stadium. Lebih selamat macam tu and tadek la kiter risau nak kena langgar kereta ke apa. Lagipon ada lampu-lampu. Woo Hooo!! Malam ni jugak la kena jogging kalau macam tu. Haha. Mama pulak yang excited.

Stride Rite KLCC
Second Level LC-202 Suria KLCC, Kuala Lumpur City Center, Malaysia
Location : Depan Mother Care, Sebelah Toy’s R Us


Yang ni Shein punya. Star Wars - Harga asal RM209.00 jadik RM120.00
I beli 1 je bagi mengelakkan pembaziran. Cecece.




Yang ni Sophie punya. Myra Pink - Harga Asal RM189.00



Yang ni paling win la Sophie punya. Frozen - Harga asal RM209.00

Memandangkan kitorang dah ada Soto Anora dekat office so kitorang nak makan lite-lite je la. Tapi Si Intan tak dapat decide what to eat. Sekejap nak burger, sekejap nak pizza. Si Dyba pulak taknak makan apapa. But end up kiter semua makan Hawaiian Chicken Burger dekat Fuel Shack – Food Court KLCC. Burger dekat sini I tengok boleh tahan sedap. Orang pon ramai queue. Yang I makan tadi chicken patty dia mampat tapi tak dry.I suka and I memang suka Hawaiian Burger sebab ada nenas. Tingat lagi dulu KFC ada Hawaiian Burger, I selalu makan. Tu pasal la masamemula datang KL berat I 49kg and dalam masa 3 months berat naik 16kg. I rasa I hebat and I sangat bangga. Berat naik belas kilo dalam masa 3 bulan, turun pulak dalam masa 6 juta tahun. Mereput la ko kat situ gemok sampai mati. Haha.




Hawaiian Chicken Burger - RM13.80




Tu Intan tengah queue nak tuntut fries. hahaha. Sedap jugak burger dekat Fuel Shack ni.


Dah siap makan, dah siap shopping semua, Si Intan ajak ambik gambar dekat Christmas Tree dekat depan KLCC Park tu. Dalam hujai renyai, sanggup Intan redah. Orang pandang je. Hahaha. Dah kenapa Indon 3 orang ni sanggup berhujan ambik gambar? Hahahaha. Lepas tu agak sia-sia sebab quality gambar setarap sampah. Kata Dyba, takpe nanti minggu depan kiter datang lagi KLCC untuk ambik gambar. Baiklah. Ko amek la gambar 2 orang, Kaksu dah taknak terlibat.




Merry Chrismas! Yang ni sebelum pintu keluar nak ke KLCC Park. Berebut amek gambar dengan budak kecik mana entah. Obviously kitorang menang. Hahaha.



Gigih amek gambar dalam hujan renyai. J A K U N. Kata Dyba, 'Wow... Macam dekat London!' Pernah pergi ke Dyba? Hahahaha.




Si Intan ni memang suka la buat show tetengah orang ramai dekat KLCC ni.

I cakap pada Intan, kalau boss I marah lambat masuk, suruh dia marah Intan la sebab Intan yang punya pasal kiter semua lambat. Lepas tuuuuuuuuuuu masa dah sampai dekat office nak masuk parking ada hati dia cakap macam ni dekat I, ‘Kaksu drop Intan kat lobby boleh?’ Ewah ewah sesuka-suki. Ingat Kaksu driver Intan? Dah tadek. Kiter kena susah senang bersama. Tapi masa naik atas, naseb boss I cool jer. Hehe. Harini Izzah tak join sebab dia kata dia tak larat. Pening kepala. Si Sarah pulak merempit dengan FIza nak makan Nasi Minang dekat Kampung Baru. Budak tu suka makan gulai tunjang. I pon suka. Walaupon bila makan tunjang tu macam makan tayar basikal.

Pernah makan ke tayar basikal persoalannya. Kbye.

-eNd-

No comments: