Assalamualaikum..
Kelmarin Bapak and Mak ajak kitorang lunch sama
dekat Pegaga Restaurant - Ukay
Boulevard, MRR2 area Zoo Negara and berdepan dengan Honda Westar. Korang perasan
tak? Sebaris dengan Bebetotz. Kata Bapak, Uncle Nazri recommends dia makan
dekat sini. Mak and Bapak biasa la makan dekat sini. Kata Bapak lagi, sini
sedap. Jenis masakan dari Kedah/Negeri Sembilan/Masakan Melayu cuma service la lambat sikit. Tapi sebab
makanan dia sedap, so dia maafkan la. Hahaha kemain eksyen. I agak, one of the
reason kenapa sini lambat sebab dorang
punya makanan is made to order, walaupon style kampung gulai-gulai semua, dia
bukan macam jenis Nasi Campur yang kalau nak ambik terus. Sebab tu la makanan
sini semua dihidangkan panas dan segar. Gitu. Paham ke tak?
Memula I beranggapan biasa-biasa je la kot makan
dekat sini. Sama macam Restoran Melayu lain, tapi bila tengok hoi ni apa ni
parking depan restaurant belaka Bentley, Mercedes Sports, BMW X6 segala dari
siang I pergi, sampai ke malam tu tapau Gulai Kalut (sebab GF terliur I bawak
pergi rumah Kaklong malam tu). Must be
something. Kata Bapak, sini memang ramai Boss-Boss Melayu suka makan. Hang kena
cuba. Baiklah Bapak. Anakanda cuba, kalau tak sedap Bapak belanja. Kalau sedap
pon Bapak belanja. Haha. Kalau Bapak makan dekat sini menu wajib ialah Udang
Nestum dengan Gulai Ikan Kembong (Gulai Kalut). I pon macam ‘Hurm, gulai ikan?’ OKKKKKK.
Sekali bila sampai, telan ailio I ok? Bila rasa semua and masuk mulut macam
pedepowwww sedap siot! Especially Bawal Kicap dia. Dah jom tengok gambar. Ready
to terliur. Jangan cakap I tak warning.
Bapak’s
favorite. Gulai Ikan Kembong aka Gulai Kalut. Harga dia RM15.00 seekor. Ikan Kembong dia fresh. Rasa manis! Kuah gulai dia
pon sedap wei. Dia gulai Kedah tau? Bukan gulai Mamak. I taip ni pon telan
ailio. Blardihel.
Sazli
order Daging Salai Masak Cili Api. Harga dia RM22.05 semangkuk macam ni. Pon
sedap. Kuah dia pekat. Puas hati la makan.
I
punya favorite. Makan dengan nasik putih sahaja pon layan. Ikan Bawak Kicap.
RM30.00 seekor. I imagine, ikan dia masak kicap berkuah tu but bila sampai,
Ikan bawal salut tepung nipis je goreng garing. Lepas tu dia letak kicap macam
tu sahaja and on top letak bawang merah, bawang putih, serai, lada merah and
lada kering goreng garing. Peerrrrrghhhh! Simple tapi sedap!! Seriously sedap.
Yang
ni pulak is Udang Karipoley. Amenda nama Kel. Seeeedap jugak. I ada rasa macam
masin telur masin, lepas tu nestum langsung tak kedekut. Yang ni harga dia
RM34.00. Kitorang makan 4 orang just nice la. Tak membazir.
Sayur
kitorang order Baby Kailan Masak Oyster and Garlic. Pon sedap. Ko dah kenapa
yang simple pon boleh sedap macam ni? RM11.45 semangkuk.
Time kitorang makan ni, Si Shein tengah kepenatan
baru siap swimming and baru setelkan sebotol potato chips, so dia relax je la
layan Tobot dekat Youtube sambil baring dekat kerusi cantum. Kena pulak sini
Wifi laju so aman la Mak, Pak and Tok’s dia makan. I pon makan bertambah-tambah
(tu yang gemok). Sama naik dengan Mak, Bapak and Sazli. I la jadi waitress.
Sapa nak tambah, zaaaapppp I bangun tolong cedokkan nasik. Hope Bapak sayang I
lebih. Hahaha. Bapak order Juice Pegaga. Restaurant sini punya specialties. Harga
dia RM9.33 segelas. Bapak offer kami rasa air dia, kata dia sedap. I rasa macam
minum rumput. Haha.
I
ambik gambar candid Bapak. Dia taktau pon. Jumpa je dia, terus I cakap, ‘Bapak,
why are you so handsome’. Lantas Bapak jawab. ‘Well…. It goes withour saying’.
Selang 5 minute dia tanya I, ‘Hang nak apa ni dari Bapak?’ LOL
Mak
tekun makan. Jari dia halus runcing je. I wonder, kenyang ke dia makan sebab
jari kecik sangat. Kata Mak, ‘Pasai apa ambik gambar candid Mak? Mak tak ready.
Mai ambik balik lagi sekali’. I cakap, ‘Mak,
gambar candid pon dah lawa sangat’. Pastu dia gelak-gelak tutup mulut. Senang
je nak bodek Mak ni. Hehe.
Sazli
ni best friend Bapak. Anak jantan sorang. Sama la macam Shein dengan Sazli.
Also best friend. Tu nampak Shein punya kaki. Kemain relax silang panggung.
Ewah engkau.
Weekend bebaru ni I makan banyak giler. Masa nak swimming semalam, I berdiri depan cermin and
tengok Ya Allah, ni orang ke badak? Bosan dah jadik orang gemok. Pakai apa pon
tak cantik. Dengan babat selulit segala. Ah lantak la. Malas nak fikir. Janji
hari-hari makan sedap. (ayat ambik hati)
Ok.
Ambik gambar Mak lagi sekali. Lawa Mak! Spek baru sesuai dengan muka Mak. Mak,
nak uweeeeet!!
So, kepada penggemar Masakan Kampung yang
restaurant best ada aircond and wifi, boleh la korang cuba makan dekat Pegaga
ni. I pon dah janji dengan GF, nanti dia datang KL lagi I nak bawak dia makan
dekat sini. Semalam masa dekat rumah Kaklong I suapkan Shein waktu Mak solat
Maghrib, bila dia siap solat I dah basuh pinggan, dia tanya ada lagi tak? Dia
nak makan dengan cekodok. Tak sampai hati, I terus start kereta and belikan
untuk dia. Naseb la Bukit Antarabangsa dengan Ukay Boulevard ni dekat je. Tengok
Mak makan selera I rasa happy. Walaupon memula dia mengada ambik kuah je.
Geeeeraaaaam. Nasib end up dia makan jugak ikan. Mak ni memang suka je nak bagi
I sentap.
Pegaga Restaurant. Photo taken from here.
PEGAGA
RESTAURANT
No. 12-G &13-G, Ground Floor, Ukay Boulevard
Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
Tel : 03-41616569 Faz : 03-41616069
-eNd-
No comments:
Post a Comment