Monday, December 21, 2015

FIKCLES with Mak and Bapak

Assalamualaikum..

Setelah 18 tahun Mak nak pergi makan dekat FIKCLES, semalam la baru kitorang sampai dekat sana. Imagine la makan tahun jugak Mak nak sampai ke Fikcles. Plan banyak kali kot? Last minute ada je la yang membuat plan kansel. Tapi I selalu la tapau untuk Mak kalau I makan dekat sini. Dia punya favorite is Salted Egg Squid Wrap dengan Sliders. Masa last 2 weeks kot Huda ada terserempak dengan Bapak dekat Kudu masa depa tengah beratur nak beli Nasi Kandar. Balik tu Bapak habaq dekat Mak, lepas tu dia lagi la suka and tak sabar nak pergi Fikcles. Lagipon selama ni kalau birthday sapa-sapa memang kitorang kan sign mati ambik kek dengan Huda. Haha.

Semalam kebetulan Bapak also tak main golf so dia kata dia pon nak ikut. I ingat Bapak ‘demam’ sebab dia memang takder der nak makan jauh-jauh sampai dekat TTDI. Dia kan forever Ampang punya orang. Hahaha. Kat Ampang pon always tempat yang sama je kitorang pergi. Kata Bapak, ‘Bapak pi ni sebab ada Shein. Kalau dengan hangpa tak pi pon takpa’. Haha. Gile eksyen Bapak. Nak ikut kitorang tu cakap jer la nak ikut. Ni nak eksyen-eksyen dah kenapaaaaaa? Kitorang datang lunch hour. Gerak dari Ampang dalam 12.00pm, sampai sana just nice Abang Sham tengah perform. 

Kitorang duduk dekat luar sebab Bapak kata dia tak tahan duduk dalam, hingaq sangat. Kata Bapak, ‘Ooo Sham Kamikaze ka tu? Ha. Bapak kenai dia’. Mak pon tak tergezut, sebab sejak bila Bapak kawan dengan musician ni? Sekali Bapak cakap, ‘Aku la kenai dia, dia tak kenai aku. Sama macam Najib jugak la’. Menyiraaaaap je Mak.


Memang dah lama I nak try air ni. My all time favorite is Green Tea Frappe. Yang ni nama dia 'Master Yoda'. Korang dah try ke belum? Try la weh sebab sedap gilerrrrsssssss!!


Kitorang order 4 5 jenis makanan lepas tu makan share. So that everyone boleh rasa macam-macam foods. I order Lontong Goreng, Salmon, Nasi Goreng, Spaghetti Carbonara dengan Salted Egg Squid Wrap. Lepas tu tapau pulak 2 set Sliders, 1 Lontong Goreng and Huda bagi pulak 4 pcs Bread Butter Pudding. Makan 4 orang, dia punya makanan sebanyak ni. Dengan segala cappuccino and tea lagi. Hahaha. Balas dendam ke apa ni? Ni Mak la ni. Dia cakap 'Mak nak rasa semua yang sedap'.  Lepas tu bila semua makanan sampai, dia cakap takkan ni jer? Order lagi Su. OMG Mak. Bawak bersabar. Haha.




My all time favorite. Wajib order setiap kali datang. Shein makan papadom tu, cicah dengan eskrem Milo. Boleh je kau kan Shein?




Salted Egg Squid Wrap. 




Salmon. Punyalah sedap!




Wifi pulak sekarang laju giler dekat Fikcles. Langsung takde buffering. Dulu ala kura-kura so student ramai la suka lepak sini. Surf internet sambil coffee. Si Shein ada internet maka aman damai la kitorang nak makan. Kasik upah eskrem Milo. Setel.




Bapak makan Nasi Goreng. Takdak komplem macam masin ke apa. So pass. Phewwww! I punya nervous tunggu Bapak punya feedback makan macam Fikcles ni I ada share dekat sini ok?




Tenkiu Mak belanja kitorang. Mak sebok tanya, sini ada tempat shopping dak? Dia lupa tu ada Bapak mai skali dengan kitorang. Kalau ada Bapak, lepas makan baaaaalik. Takde nak menyinggah. window shopping ke apa. Haha. One day nanti kita jalan 2 orang ye Mak? Shein tinggal dengan Baba and Abah dia.




Kata Sazli, 'Legend meet Legend'. Bapak tu memang idola Sazli la. Dia cakap dia nak jadik manusia yang beperketi mulia dan berjaya macam Bapak. Dia memang anak yang taat. How Bapak raise Sazli anak tunggal, langsung tak spoil. I hope Shein also nanti akan ikut Abah dia. Jadik anak yang taat pada Mama and Abah. InsyaAllah kami la Ibu Bapa paling bahagia dalam dunia. Dengan syarat, kena dapat wife best macam Mama la. Eh.




Mak cakap, 'Best sungguh harini. Happy. Makan sedap. Kenyang. Dapat jumpa artis. Dapat kenal rapat dengan Tuan Kedai yang ramah dan baik. Yang bestnya Mak termasuk dalam golongan gemok pendek'. - Referring to this photo. Hahahaha.

Mak memang asyik cakap thank you je sebab kami dapat drag Bapak sampai pukul 2.30pm. Kami pon saspen, sempat tak ni nak tunggu pukul 2.00pm sampai Abang Sham habes perform. Haha. Mak kan nak jumpa sangat dengan Abang Sham? Bapak pulak jenis lepas makan nak balik je. Tapi naseb baik dia layan borak dengan Abang Taufik and dia pon enjoy dia punya Cappuccino. Kata Bapak, Cappuccino sini rasa macam dekat Milan! (Maksudnya sedap la tu). Lap peluh la Huda. Haha. Lawak betul. Bapak ni memang tau buat I getting on my nerves. (Macamkan ada share dekat Fikcles).

Nak balik tu, macam biasa la kalau I datang sini samaada dengan kawan-kawan, dengan Sazli or family maka akan ada la situasi 'gaduh manja' dekat cashier sebab Abang Taufik and Huda tak kasik bayar. Setiap kali macam tu la. Dah la ni dengan tapau satu kereta, laaaaagi dia nak belanja. Bapak insist nak bayar jugak. Kata dia, business is business. Kalau nak belanja makan, nanti kami mai rumah hangpa. Gitu. Anyway, thank you Abang Taufik and Huda for good hospitality. Always warm je. Ni la 2 manusia baik hati, berjaya tapi langsung tak belagak I pernah kenal. Abang Taufik tu own business Oil and Gas company tapi dekat Fikcles dia jadik waiter je. Langsung tak kekok. Mat Saleh pon kerja dengan dia. Jangan main-main ok?

Orang Kaya yang berjaya biasa macam tu la. Tak belagak. Tak sombong and tak look down on orang lain. Ni orang yang tak berapa kaya, jenis handbag pergi kenduri pon pakai Longchamp je tapi nak hina orang yang pakai handbag pasar malam as rempit. Cakap orang out of her league la apa la. OMG perangai manusia belagak macam ni memang really sick la. Emos pulak bila ingat. Anyway korang, jangan lupa datang Fikcles bila-bila ok? Kami menjanjikan hanya yang terbaik untuk anda.

11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Phone:+60 3-7732 4885

-EnD-

6 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

sedap2 nyerrrr

Unknown said...

kak suu kalo review makan mengancam abis..
anyway, dah lama teringin nak try fickles..semalam dapat offer soh carik tempat makan best sempena besday tapiiii alahai otak blur tak ingat langsung fickles.. ruginya lahaiiii.. skarang menyesal pon tak guna..hahahaa

nape k.su tak makan minggu lepas? kompem akan ingat tau sebab setiap entry kak su wajib i baca..huhuuu (tetiba salahkan kaksu plak)

honey bedazzled said...

Cara u cerita pasal bapak u sama giler macam bapak i. Hahaha rasa macam baca pasal bapak sendiri boleh x. Haahahha

Chooyaya! said...

AyuArjuna BiGoshh : One day kiter pergi sana. Sama blogger lain waktu monthly review.

Zee Suhaini : Kenapa pulak minggu lepas? Kaksu tak paham. Kekadang kaksu lampi jugak. hehe

Honey bedazzled : bapak u sure hensem. :D

Unknown said...

Sue jom dating sini.. ktini pernah sampai sekali je. Berjaya memujuk kawan2 gathering kt sini. Bayangkan hiruk pikuk 30org dlm kedai nie hahaha.. nk g lg manjang x lepas.

Unknown said...

sebabnya kalo kaksu gi minggu lepas sure zee boleh mark kat otak so minggu ni boleh la terjah..zee ni jenis pelupa..dah banyak kali kot kaksu citer pasal fickles ni..tapi tu la..tunggu 'special day' lenkali plak..jauh tu TTDI..