Thursday, December 31, 2015

Makan Sedap Di Pegaga Restaurant (LAGI???)

Assalamualaikum..

Sekarang ni memang I tengah giler meroyankan Restoran Pegaga dekat Ukay Boulevard yang I pernah share dekat entry sini. Ni semua Bapak la punya pasal ni. I rasa kalau makan dekat Pegaga everyday pon takde hal. Sebab apa? Sebab sedap! GF I yang bukan big fan of gulai ikan pon, bila makan Gulai Kalut dekat Pegaga ni boleh suka. Siap hirup kuah! Ko tengok penangan Pegaga macam mana. Sebelum ni I belagak ok? Kalau ajak lunch masakan melayu mesti ada je alasan. Kedai tadek aircond la, tak suka nasi campur la and macam-macam alasan lagi. Makan tu sekadar makan ikut majority la. Biasa Intan la punya pasal. Sebok nak makan Ikan Keli. Bila makan, kenyang. Dah tu. je. Takde excitement. Now semenjak ada Restoran Pegaga kesayangan I rasa macam I love Malaysian foods! Gitu.

Lagipon sini best wei. Makanan made to order. Bukan nasik campur tu. Lepas tu ada variety of foods. Exclusive sini. Maksudnya kalau nak buat meeting or jumpa client pon ok. Sebab waiter semua bagus. Ada wifi laju and parking pon selamat. Bahan-bahan yang dia guna fresh. Tak masin. tak tawar and tak kedekut bahan. Kuah santan pekat kaw-kaw tapi tidak pulak muak. Cuma biasa la kan makanan made to order kalau masakan melayu ni agak lambat sikit. Tapi tidak la lambat sampai rasa nak terbalikkan meja. Cuma tak la selaju fast food punya service. Ni paham ke tak I explen macam mana ni? Hahaha.

Haritu masa Annie ajak I makan, kata dia 'Ikut suka ko la nak makan apa. Janji aircond'. Ni sorang lagi specis sama macam I. Tak suka makan tempat panas. Tapi I tak boleh panas sebab I kan hyperthyroidism? Bukan sebab eksyen. Orang macam kitorang memang all the time hot gitu. Dalam aircond pon panas, apatah lagi kalau makan beratapkan zink, memang mengundang kakiku dimulutmu la. Hahaha. Bila I cakap nak makan nasik, Annie buat-buat terkejut. I cakap la, sini lain Annieeeeeeeeeeeee. memang sedap. Ko mesti suka punya. Annie pon tak cakap banyak. Kata dia, asalkan ada aircond dah. Dia waktu mengandung ni memang panas je badan. Lepas tu dia suka kunyah ketul ais. Sejuk sampai dalam perut. Hahaha. 



If korang first time makan sini. Please order this one. WAJIB. Bawal goreng. RM22.05 jer harga dia. Ikan bawal goreng rangup sedap nak mampos. Lepas tu ditabur dengan bebawang goreng, lada besar, daun kari dan serai. Lepas tu direnjis dengan kicap manis. Simple awesome! Si Annie makan sehingga ke titisan terakhir. Dia makan sampai ke tulang. I rasa kalau makan ni saja dengan nasik pon dah cukup. Huwaaaaa kenapa la sedap sangat!


Ini Si Annie pilih. Sekejap nak gulai telur, sekejap nak gulai ayam. But end up dia order ni. Pon sedapnya lahai. Korang tengok gambar pon dah tau sedap kan? Ayam Lemak Cili Padi Batang Bonar ni harga dia RM17.81


Yang ni la Gulai Kalut. RM15.69 harga dia. Resepi Tradisi Gulai Ikan Kembong Utara. Ponnn sedap. Dapat lauk macam ni cicah dengan cekodok perrrrghhh. Lepas tu memang dapat complimentary sambal belacan. Memang combo thorbaik la.


Sayur simple macam ni pon sedap. Ko dah kenapa??? Kailan Garlic Oyster ni harga dia RM11.45


Harini kiter amek dessert. I teringat kesedapan Banana Kataifi dekat Darby Park, so I order Bananas Gamelan ni. Crispy Baby Banana with Vanilla Ice Cream and caramel. RM10.39 sahaja. Makan, pejam mata. Sebab sedap sangat.

Oh, just untuk information korang, Restoran Pegaga ni bukan saja menghidangkan Masakan Melayu tapi ada jugak Western Foods macam Steak, Chicken Chop, Fish and Chips, Pelbagai jenis Pasta dan Sandwich, Masakan goreng-goreng macam Nasik Goreng pelbagai jenis, Mee and jugak side dishes yang menarik macam segala jenis Cok-Kodok and keropok. So let say ada yang nak makan western pon, korang boleh je makan dekat sini. Tadek hal. I ada ni ha snap gambar senarai Menu. Macam malas pulak nak share. Tapi kang nanti ramai yang tanya harga la apa la, so I share la jugak. Nyampah.


Restoran Pegaga - Menu Air


Restoran Pegaga - Menu Main Asian Delight and Western


Restoran Pegaga - Menu Noodles / Pasta and Sandwiches


Restoran Pegaga -  Lunch and Dinner Set, Vegetables


Restoran Pegaga - Menu Side Dishes


Restoran Pegaga - Lunch Sajian Rasa Kampung

Harga dia tadek la macam makan dekat restoran nasi campur tapi I nak kasik tips. Kalau nak makan dekat sini, makan 4 orang sebab lauk satu hidangan tu cukup untuk 4 orang. Let say korang amek 4 lauk, 4 nasik putih, 1 dessert, 4 air sedap (bukan warm water) total lebih kurang dalam RM100.00 macam tu. Include tax. So sorang cuma bayar RM25.00 jer la. Murah la kira dengan lauk pauk banyak macam ni, sedap, ada aircond, ada wifi laju. Kan??? Kalau makan 2 orang macam kitorang ni pon ok je. Hahaha. Kata Annie, dia kenyang giler sampai rasa macam nak terbelahak. Dalam kenyang tu, air dia sahaja minum dah berapa gelas? Air suam 2, ais 1, teh tarik 1, air bali ke apa entah dia order masa mula-mula. So berapa gelas Annie minum? Pau lagi air suam I 1 gelas so Annie minum total 6 gelas. Hahaha.



Linchennnn ok? Ko tengok pinggan Annie? Sebutir nasik pon takde. Tapi Annie makan la banyak mana, badan dia macam tu jugak pon. Ni dia dah 8 months pregnant, mana ada nampak perut dia. Orang mengandung relax je tak gemok dah aku yang tak mengandung beria debab kenapa?


I love Pegaga! Muka happy la sebab makan sedap.

Kata Annie, dia tersangat la puas hati makan dekat sini. Lain kali nak bawak parents dia pulak makan. Haaaaa baru ko tau kan? Aku cakap sedap ko buat muka. Masa sampai bil, kitorang kena dalam RM100.00 lepas tu Annie tanya I, 'Wei, apa kiter makan sampai seratus ni?' Lepas tu I tak jawab. I pandang je dia and kecikkan mata je. Lantas Annie senyum menayang gigi. Hahaha. Bongok Annie. Chill and lepak giler kitorang makan haritu. Tak rushing langsung and puas makan sehingga ketitisan terakhir. Makan tak kelam kabut macam ni memang best. Take time. Suap pon kunyah 40 kali. Kata sunnah Nabi? I sangat-sangat rekemen korang untuk cuba makan dekat Pegaga ni. Please pilih lauk yang I suggest dulu, lepas tu next visit order lauk lain pulak. OK? 

Giler babi panjang entry ni.  Nampak sangat excited lebih. Hahahaha.

PEGAGA RESTAURANT
No. 12-G &13-G, Ground Floor, Ukay Boulevard
Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
Tel : 03-41616569 Fax : 03-41616069

-eNd- 

4 comments:

Amanda Suria said...

menarik..boleh cuba nanti ni...

Chooyaya! said...

amanda suria : sila sila. kalau makan, kenang daku dalam makanmu. hehe

Nur Aishah said...

Yang pi beriya pomot ni pehal su?? Abis la full house! Biarlah kita bdua je jd pnunggu gua pegaga berhantu ni haa..hahaha

Zie Azi said...

pegaga lagi..hahaha akhir2 ni rmi pulk mempegaga.berhantu tol tempat ni..wa waaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...