Monday, January 4, 2016

Sambal Garing Che Nor - Mimy Hamid

Assalamualaikum..

Last week Mimi post pada I 2 pack Sambal Garing Che Nor. 1 I bawak balik kampung konon nak makan dengan nasik lepas tu nak amek gambar. Tapi bila dah sampai kampung and makan ramai-ramai, terus serbuuuuuu. Dah siap makan baru tanya, ‘gambar ambik tak?’ sekian takde. Lepas tu 1 pack lagi I bagi Dyba. Dia makan dengan bebudak ni dekat pantry. Makan dengan nasik. Dengan mee, ponnnnn sama. Gone with the wind. Dah syok makan lupa nak amek gambar. Memang sedap la sambal ni. Sebab dia garing, so korang boleh simpan lama and tak basi. Tak tumpah-tumpah and paling sesuai bawak pergi travel. Ikan bilis dia garing, sambal dia garing. Dah nama pon sambal garing kan? I makan cicah cekodok pon sedap. Masukkan dalam roti buat macam sandwich poooooon sedap.


Meriah Mimy jual Sambal Garing Che Nor ni. Order sentiasa ada je.


Sambal ni korang makan dengan nasik putih, lepas tu goreng telur goyang and kicap manis. Cukup weh! Memang cukup. Pakkal la azam baru nak kurus, kalau tak memang bertambah-tambah la makan. Makan dengan bubur kosong boleh, makan dengan mee goreng boleh, makan cicah cekodok boleh, makan dengan lempeng boleh pendek kata, letak je sambal ni dekat tengah-tengah meja, apa korang nak makan zaaaaapppp cedokkan ajer dalam pinggan. Sebab tu la umur sambal ni tak lama kalau dapat dekat I. Sekejapan dah habes. Kata Eisya kawan I, dia dah beli more than 2 dozen sambal ni semenjak memula keluar last year. No wonder la sampai sekarang dah more than 100,000 bekas dah terjual setakat ni di Malaysia. Ko giler ke apa? Mandi sambal ke apa orang Malaysia ni? Hahaha.



Close up Sambal Garing Che Nor

Kata la korang tadek buah tangan nak bawak balik kampung time kenduri ke kan? Bagi je sambal ni. Sungguh wei. Kekadang kiter kat kampung bagi gula la, beras kekadang telur kan? Kali ni kiter bagi Sambal Garing Che Nor. Letak atas meja makan, confirm laku. Nak kasik sebagai buah tangan pon boleh. Sambal ni bagus sebab tak sememeh. Kata la korang nak kasik presentation up skek, salin la bekas letak dalam balang kaca macam cake in a jar tu. Pon boleh. Orang memang makan. Malaysian ma? Dengan sambal kita tak boleh berpisah. Macam best buddy gitu. Lagipon Sambal Che Nor ni bukan la pedas mana. Pedas pedas manja je. Semua orang boleh makan. 



Sambal Garing Che' Nor

So apa tunggu lagi. Kalau berminat nak beli, boleh order dekat kawan I. Mimy Hamid. Dia ni blogger jugak. Kenal kan? Kata Mimy kalau nak pos pon boleh. Tapi kasik la berbaloi skek pembelian korang. Beli la 4 bekas terus. Postage RM6.00. Kalau COD boleh pergi dekat Menara TM Bangsar. Harga sebekas hanya RM6.00 sahaja.  Murah tuuuuu. I boleh cakap, Sambal Garing Che Nor ni ialah sambal yang paling murah dipasaran. Kan? Mana nak dapat harga sambal RM6.00 sebekas macam ni dekat Kolumpo? Takde.

Call/WhatsApp : 012-2056935

-eNd- 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...