Tuesday, December 1, 2015

Resepi Siakap Stim Ikut Suka Aku La

Assalamualaikum..

Harini I nak share resepi Siakap Steam pulak. Cecece semenjak 2 menjak masak ni beria la hari-hari nak share resepi. HAHAHAHAHA. Kasik chance please? I memang macam ni. Masak ikut mood dan permintaan. Kalau dah merajin, hari-hari masak sampai bila Sazli taknak makan or tingin nak makan dekat luar pon I paksa dia makan jugak sebab I nak masak. Nanti I saiko dia cakap ‘ni dah beli ni kalau tak masak membazir you. Lagipon masak sekejap je’. Gittew. Dah siap masak, I hidang depan dia lepas tu tunggu dia makan sambil telan ailio. Mata dah bergenang-genang nak tunggu dia komen cakap sedap. Hahaha. Perangai sangat.

Resepi Siakap Steam ni konsep dia ialah ‘ikut suka hati aku la’ and I letak apa yang ada dalam peti ais. But basic thing yang kena ada limau nipis and halia sebab nak elak rasa hanyir ikan. I beli sekor, tapi kerat dua sebab Sazli nak makan sorang. Lagipon bekas pengukus I kecik. If korang tadek pengukus tadek hal, boleh guna microwave. Set je 30 menet, siap. Microwave rumah I dah rosak, ada orang tu janji nak beli lain, tapi sampai sekarang tadek pon. Nyampah.

Siakap Steam dengan Cendawan



Bahan-bahan
  1. Ikan siakap dicuci bersih
  2. Bawang putih 3 ulas – diketuk
  3. Halia 1 inci – dihiris panjang
  4. Bawang besar sebiji – dihiris bulat
  5. 10 biji cili padi – dipotong
  6. 3 batang serai – dimayang halus
  7. 1 biji tomato – dipotong 8
  8. 2 genggam cendawan tiram
  9. 2 tangkai daun ketumbar
  10. 4 sudu sos tiram
  11. 1 cube ayam
  12. 1 sudu gula
  13. 1 biji juice limau nipis
  14. 1 sudu kecik serbuk lada hitam

 Cara Membuatnya
  • Memula lumur ikan dengan sos tiram
  • Lepas tu masukkan semua bahan-bahan yang disediakan tadi
  • Jangan letak air sikit pon sebab nanti sayur-sayuran and ikan akan keluarkan their natural juice
  • Kukus selama 30 minutes atau sehingga ikan masak
  • Siaaaaaappppppppppppppp

Senang je nak buat and sikit tak renyah. Kalau masak guna microwave lagi la senang. Takyah nak keluarkan pengukus lepas tu nak kena basuh pulak. Hahaha. Pemalas punya orang. Nak basuh pengukus pon berkira. I suka la version I sebab cukup rasa semua. Masam manis just nice. Sazli suka cili padi tu potong-potong macam tu sebab dia suka kunyah. Ada orang suka letak cili padi ketuk. Ada yang letak sebijik-sebijik so bila nak makan dengan orang tak kuat pedas, tadek la masalah sebab sapa nak pedas, picit la cili padi tu sendiri. If korang nak letak sayur-sayur lain pon boleh je. Let say tadek sayur-sayur pon takpe. But basic thing kena ada  halia dengan limau nipis la. Yang lain tu pelakon sampingan je.

Jangan lupa cuba resipi ni ok? Kalau tak cuba dowan fwen. Kbye.


-eNd-

4 comments:

cikel said...

Salam..saya suka baca rsepi dari kaksu..sebab simple sgt..semlm saya try resepi sambal telur hancur kaksu.. huhuhu..bertambah-tambah saya dgn ayah makan..thanks kaksu.. :)

Chooyaya! said...

cikel : ha a, resepi kaksu mmg simple je. janji sedap! hehe

adda syuhada said...

yummy..

sheila arshad said...

tang daun sup ke ketumbar tu napa tak letak ngan akar sekali?? hahahahha kuang ajaq tak soalan ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...