Tuesday, January 5, 2016

Makan Sedap di Pegaga (Lagi dan Lagi) Hahahaha

Assalamualaikum..

Aisyah bising bila I asyik promo makan dekat Restoran Pegaga. Sebab kata dia ‘Nanti semua orang tau, café jadik sesak la. Biar la kiter dua je yang makan sedap dekat situ’. Boleh? Kedekut  punya budak. I pulak kalau ada tempat makan sedap mestilah share dengan korang semua. Takkan la nak gemok sorang-sorang? Mana aci! Pegaga punya pasaaaaaaaaaaaaaaal la I punya badan naik sekilo ni sebab 2 3 minggu lepas memang wajib ye seminggu 2 kali makan dekat sini. Lepas tu kalau makan macam esok nak mati. Memang tadek la amek 1 2 lauk mesti 3 4 punya. Lepas tu nasik selagi ada dalam bekas, konsep dia HABESKAN ajer semua sampai linchennn. Sebab nak elak pembaziran. Haha. Lauk dekat sini pulak wajaq punya sedap so rasakan la ko gemok dekat situ. Hahahah.

Kali ni I makan dengan Syira. Syira cakap dia pon dah gemok sebab kuat tido. Ok bagus. Alang-alang ko gemok, jom la makan nasik harini sepuas hati. Syira pon ONNNNN. Hahaha. I cakap pada dia, ‘Ko duduk diam-diam biar aku order SEMUA’. Syira pon menurut perintah. Bagus. Kata Syira I order banyaknya lauk. Ni macam nak makan 3 4 orang. Habes ke Su ni? Syadapyu Syira. Ko makan je. Jangan banyak bunyik. Harini aku nak makan sotong dengan udang. Saja nak order lauk lain. Nanti next visit ambik lauk lain pulak. Muahahahaha. Tapi Ikan Bawal Goreng memang wajib ambik. Syira cakap sedap. Memang la sedap. Ko giler tak sedap??? Sapa yang tak rasa Bawal Goreng dekat sini memang menyesal la. Sedap giler ok? Rendam dengan sependa ke apa? Hahahahaha.

Actually masa datang kali ni I baru perasan actually ada Lunch Set Promotion yang lebih value for money. Ada nasik + lauk + air sirap selasih + ulam available dari pukul 11.30am - 3.00pm. So selama ni I pergi order lauk satu satu lepas tu asing nasik semua. Patut la mahal. Hujung entry I letak balik eh menu untuk Lunch Set. Korang kalau datang sini time lunch, amek Set tu je. Lebih value for money.


I nak makan udang. Last time dengan Bapak dah makan Udang Karipoley. This time kite try Masak Lemak Cili Padi Tempoyak. Harga dia dalam RM33.00 semangkok macam ni. Udang gemok. Tempoyak fresh. Kuah pekat. mampos punya sedap.




Yang ni pulak Lunch Set yang dapat air + ulam + nasik. Nama dia Sotong Putih Sambal Tumis Bawang Gajah. Harga dia RM17.81 je pon. Ada readers cakap tak sedap tapi I makan haritu sedap je. Maybe dia dah improvise resepi and dah upgrade kot? Worth to try.


Wajib order. Bawal Goreng Rangup Kicap Manis. Set. RM22.05


Kalini kiter try la sayur taugeh goreng ikan masin. Sedap jugak poooooon. RM11.45 semangkok macam ni.


Pinggan I. Ko tengok la ni wei, kalau tak terliur memang cacat otak. Hahahaha. Sedapnyaaaaaaa (Dan air mata pon bercucuran)


2 orang punya makan. Ko Ghaser?


Syira. Kot ye sedap, mulut tu jangan nak senget sangat. Haha.


Ni la Lunch Set Menu tu. Korang kalau nak makan, amek set ni ok? Murah. Semua dapat.

So amacam. Terliur tak? Kata Sazli kalau I letak dalam FB atau blog lepas tu orang terliur, I dah berdosa. Sudah. Dah tu acane ni? Maksudnya lepas ni dah tak boleh la nak share makan-makan dah la kan? Hahahaha. Sebab confirm akan terliur punya la. Sedang I yang sendiri punya badan pon dah terliur, ni kan pulak korang. Tapi seliyesssssssss memang sedap makan dekat sini. I nak ajak Sazli pergi lagi la weekend ni. Kalau dia taknak, dia tido luar. Hahahahaha. So kepada yang teringin, korang boleh pergi lunch time ni. Ada masa lagi. Dengan ucapan ‘Kalau makan sedap di Pegaga, jangan lupakan Dinda disini’.

PEGAGA RESTAURANT
No. 12-G &13-G, Ground Floor, Ukay Boulevard
Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2), Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
Tel : 03-41616569 Fax : 03-41616069

-eNd- 

3 comments:

Norhidayah Mohd Kaharuddin said...

Kaksuuuuuuuuuuuu, kite oghang kedah. haritu pegi Kl terus cari Fikcles, pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kaksu. Lontong goreng 2, sandwich, sliders, squid salted egg makan 2 oghang je ape citerrrrrrrr. Sedap gils la kaksu. Tenkiu rekemen. Sempat jumpa kakhuda, comey laaaa. Masa nak bayar taknampak dia dah. Baru nak habaq reader kaksu kot dapat diskaun hahahahahahaha

Nur Aishah said...

Hahhaha apa hal mkn dgn syira yg x gemuk tu??boleh laa...ada berannn sini lah mkn dgn yg bebenau gemok. Baru tau cukup x cukup 4 lauk! Mau kna order dr atas smpi bwh menu....baru rare! Hahhaa.. jgn esk jmpe..dh keliru mana 1 su..mna satu esah.. buerkkk

sechantek sofea said...

oooo..entry ni la ye su..hihii
ape laa..org citer pasal mkn dia meroyan sakit otak..sah sakit otak..hihii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...