Monday, January 4, 2016

HOW RUDE PEOPLE CAN BE?

Assalamualaikum..

HOW RUDE PEOPLE CAN BE. Nak taip pon rasa sakit hati sebab teringat tapi takper la, I share kisah ni untuk berkongsi rasa jer la. Sebelum tu I nak bagitau bukan senang ye nak jadi Ibu? Nak mengandung dah satu hal mabok, nak bersalin sakit, nak membesarkan anak bukannya mudah. Nak mendidik lagi anak supaya anak jadik baik. Semua tu memerlukan kesabaran. Lebih-lebih lagi lingkungan umur 3-4 tahun yang tengah nak cuba semua perkara tak fikir buruk baik and usia tengah tantrum to the max. Bukan senang nak control budak tantrum and sebelum anda judge ibu-ibu yang mungkin pada pandangan mata korang ‘she is not a good mother’ atau nak melemparkan kata-kata yang tak sedap or menyakitkan hati, you better think twice sebab 1) Menyakitkan hati orang dengan perkataan dan perbuatan ialah berdosa dan Allah tu maha adil. I percaya, perbuatan yang baik akan dibalas dengan perkara yang baik.

So sebelum bercakap, fikirlah kalau korang berada dalam situasi pihak orang yang ko nak mengata tu. Apa rasa dia. OK? Easier said than done. Cakap memang senang. Sebab talk is cheap. Action speaks lauder than words. One more, untuk ibu-ibu pulak sudah-sudahla compare anak sapa paling hensem, anak sapa paling cepat cakap, anak sapa paling pandai semua ni. Please sensitive dengan perasaan orang lain. Buat apa nak compare-compare macam ni. Bukan dapat apa pon. Please be sensitive sebab kadang-kadang ada hati yang akan tersentuh dengan perbandingan. Sebab one of the reason yang buat things complicated dalam motherhood journey is S.O.C.I.E.T.Y. Semua ni berlaku dari saat melahirkan lagi SAMPAI la anak besar.

Anak ko kenapa macam tu, anak aku mcm ni. EH kenapa bagi itu, tak bagus. Anak aku bagi makan ni. Eh ko biar je anak ko makan eskrem no wonder la anak ko lembap. Eh anak kau ni lambat betul ABC. Anak aku dah sampai Z dah. Nyanyi  pon tak layan London Bridge, semua lagu Adele je. Anak aku dah tau kaler siap boleh beza merah dengan maroon. Anak aku hebat hebat hebat. Walaupoooon tak compare tapi situ pon dah ada sound nak compare secara tersembunyi. Senyap sudah la. Takyah beria nak cerita anak ko paling hebat ke apa. Udah-udah la.

Kiter emak-emak masing-masing ada cara tersendiri. Apa yang bagus pada nko, belum tentu bagus pada orang lain. Kalau tengok, and let them be boleh tak? Buat apa sebok hal orang nak jaga anak. Sendiri ada anak, sendiri buat la yang terbaik untuk anak masing-masing sebab soal penjagaan anak ni sangatlah subjektif. Takyah la beria nak berdebat sapa lagi hebat. Tak usah. OK? Kalau orang nak mintak nasihat, beri nasihat dengan betul. Agak-agak macam dah cross the line, back kepada niat asal untuk memberi nasihat. Bukan untuk jatuhkan morale orang ke apa. OK?

Anyway. Panjang pulak mukaddimah. Kisahnya macam ni.

Jumaat lepas I bawak Shein pergi Wangsa Walk dengan Kaklong and De semua. Masing-masing bawak anak sebab kitorang nak bawak bebudak ni main dengan sebelah bowling tu. Kan  ada macam tempat game bebudak. So Si Shein sebok la nak tolak stroller. Dia taknak naik, tapi nak tolak. Habes semua orang dia nak langgar. I dapat la elak dari dia langgar orang tapi puas la jadik traffic controller. Last-last dalam pada hati-hati tu, Shein terlanggar la jugak this one Makcik depan Concierge betul-betul depan Georgetown White Coffee. Lepas dia langgar Makcik tu, I tak kasik dah la dia tolak stroller. I mintak maaf dekat Makcik tu 2 3 4 kali. Dia ada la bebel-bebel. Biasalah Malaysian. Memang susah nak cakap ‘its ok walaupon politely kiter mintak maaf. Orang jenis macam ni, kiter sembah melutut pon takkan cakap baik-baik punya.


Hari Kejadian



So I pon mintak pada Shein stroller tu and suruh dia duduk dalam stroller. Masa ni la drama tantrum Shein start. Dia nak terbalikkan stroller tu, lepas tu nanges kuat giler baring atas lantai. I calm je. I try nak hug dia tapi tak berjaya. I patut dukung dia and bawak dia jauh dari orang tapi dekat tengah-tengah alam tu I takde nampak tempat yang I boleh pergi kecuali dekat luar. Dekat luar bahaya pulak buat dia menerpa lari ke tengah jalan dah satu hal. Nak dukong dalam keadaan dia meronta-ronta I rasa tak daya sebab Shein 20kg yer? Time ni maka ramaaaaaaaaaaaaai la keluar dari kedai masing-masing and enjoy the show between Mama and Shein.

Tiba-tiba ada sorang Makcik (Makcik terus walaupon muda lagi sebab dia jahat sapa suruh) umur lebih kurang dalam 45 tahun dengan suami and anak dia dalam umur 12 tahun I agak, berhenti and cakap pada I.’Ha, ni drama apa ni pulak?’ I ignore je. Lepas tu dia jalan terus but slowly la. Dari jauh I dengar dia cakap, ‘Gigittttttttttttt! Gigit je tangan Mak ko tu sampai putus’. Sebab masa tu Shein tengah gigit tangan I. I biar jer. Sebab ada la rasa frust dengan Shein. Tak habes dekat situ (Maybe tak puas hati), dia cakap lagi kuat-kuat, ‘Kalau anak aku, aku bagi penampar je!’ and still I ignore her. I istifar banyak-banyak and letak Shein dalam stroller. Shein pon dah puas kot dapat gigit I masa tu and dia dah calm down.

Orang semua pandang. Memang enjoy sangat tengok show I and Shein and maybe orang ingat I bergaduh dengan Makcik tadi ni. Imagine eh? RUDE giler kot dia? Padahal Me and Shein dalam our area je. Langsung takde sentuh dia, apatah lagi Shein membaling barang orang or whatever memang takde. It just me and Shein. Dia bukan ganggu sesiapa pon. But ada jugak manusia yang agaknya rasa puas dapat sound-sound and sakitkan hati orang macam Makcik tu. Ikutkan hati I, I nak je cakap. ‘Hoi, who do you think you are nak cakap macam ni dekat I? Apa anak I buat macam ni pada you sampai you nak cakap such words? Kalau I cakap I nak lempang anak you apa you rasa sekarang? KimK la’. But I remember Saz ajar I. If nampak orang bodoh, let them be. Jangan dilayan. Nanti kita sama level je dengan dia.

Masa Shein tengah main-main I tengok je dia. Apa la budak macam umur dia tau selain dari nak main? Allah nak uji I dengan Shein, patut I terima. Bukan dia uji dengan sakit yang bukan-bukan pon. Masa ni tetiba I rasa sebal. Rasa macam nak carik balik Makcik tadi tu and sound dia balik. Tetiba rasa geram sebab biar. Balik tu I bagitau Sazli and Sazli cakap, ‘You did the right thing. It’s ok… Jangan fikir dah. Sebab dalam dunia ni memang ada manusia macam tu. Nanti kalau berlaku pada dia dan keluarga dia, dia tau la’. Time tu tiba-tiba I rasa macam satu kejayaan sebab dapat melawan marah I. Alhamdulillah. But dalam masa yang sama, I doakan semoga Allah balas balik perbuatan dia menyakitkan hati I tu. Dia  tak fikir agaknya kalau I tak maafkan dia, maka berdosalah dia pada I sampai akhirat.

For some people, dorang rasa parenting ni is simple thing. Nak cakap main cakap je. ‘Kalau aku ada anak, aku akan pastikan anak aku tak nakal macam ni.’ Nak cakap main cakap je. Jangan takbur, Allah tu kalau nak uji macam-macam cara. Sebelum nak keluarkan kata-kata fikir dulu. Jangan senang nak judge orang tak tentu hala. Nampak budak nanges dekat kedai makan, nak pandang pelik. You tau tak by doing that, morale kiter emak-emak ni boleh down? Bukan senang yer nak handle budak-budak macam umur Shein ni? Sampai satu peringkat, I rasa macam taknak bawak dia keluar and phobia. Takot dia buat hal but yet sampai bila taknak face the world? Dia pon nak jugak berjalan and main-main. Tapi sebab wujudnya manusia yang macam ni, buat kita rasa down.

Percayalah. Buruk macam mana, nakal macam mana pon perangai anak kita, kita takkan sanggup orang lain judge and benci anak kita. Kita benci takpe. Orang lain jangan. Sebab takde Ibu yang nak anaknya membesar nakal, buas. Semua nak mereka jadik yang baik-baik sahaja. Mereka mungkin ada cara mendidik anak yang might look wrong pada mata kita but sapa kita nak judge and pertikai cara mereka. Kan? After all, yang betul untuk kita tak semestinya betul pada orang lain sebab PARENTING IS SUBJECTIVE. Tak perlu nak berbalah cakap sapa betul sapa salah. Takyah create issue la senang cerita. Unless la kalau ada yang rude sampai tetiba datang ludah muka ko, yang tu lain cerita la. Kan?


-eNd-

13 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

mentaliti masyarakat...
Kadang2 dowang tengok, mulut cakap dulu baru fikir..

kanak2 tantrum...kemonla nama pun kanak2...
kalau kanak2 tu x tantrum sepanjang hidup dier..something wrongla...

Anak yang sihat die akan melalui semua proses ni...
Dan mak ayah memang kena banyak sabar...

kalau ayula...
ayu lagi marah pada mak ayah yang anak die mengamuk die pegi pukul dan lempang anak depan org ramai...

apa tindakan hebat sangat ke pukul anak di khalayak?...

ayu lagi salute orang yang terus sabar dan cuba kawal anak....

ayu dah melalui semua tu...

ada lagi yang best ayu pernah kena "tahu beranak jer, jaga anak tak pandai"...

masa tu rasa nak sumpah jer mulut puaka tu..biar die 7 keturunan tak beranak langsung...tapi kita ni orang2 yang berfikir...so kita mula dengan rasa sabar..tarik napas....dan biarlah orang2 yang bodo itu terus berkata2 untuk menambah dosa2 mereka...

Amni Jamaludin said...

Kak suuuu i faham sangattttt. Anak sedara i pun jenis lasak.. alaaa biasa la tu. buat bodoh jeee.. bg i asalkan budak2 tu happy tak kacau kita nak buat pape, biar je dia.

Ease Elias said...

huwaah..kak su..me paham sangat..sbb anak kan 2 & 3 tahun..dua2 lelaki..sbb tu kalu terserempak dgn budak yg tgh nangis ke ngamuk ke..kalau dekat kita sama2 pujuk..

a z m i r said...

sabar ye kak su. tahniah kak su menang sebab dapat lawan rasa marah. allah bukan uji kita dengan anak je, mungkin makcik (makcik jugak sebab dia jahat) tu juga ujian dari allah.

wallahualam.

Buddy Bard said...

Kak Su sabar k... faham sangat situasi mcm tu, istighfar banyak2..semoga kita semua di beri kesabaran yang maha tinggi...

sy pernah baca, anak yg Lasak ni sebenarnya BIJAK, InsyaAllah tu yg sy pegang n sebut dalam hati "Anak aku Bijak, Aku kena sabar banyak2".

yatiyahya said...

being a mother is the best lesson to learn...
enjoy it kobis..! nanti shein dah besar..u will miss those moments.. :)

Love Story said...

sue.....sy salah seorang silent reader sue...suke bace coz u sgt honest dengan life u..ngan cara u....and sometimes 1 jeles tgk u dengan kengkawan rapat u so close to each other....btw i pon ader 2 orang anak...sulong lelaki 6 tahun dis year and 2nd girl 2y...and my eldest son sejak dari kecik sampai sekarang mmg sangat2 aktif sampai kan pernah i stress sangat2....pikir kenapa anak i camni ..tak mcm anak org lain...

kdg2 family sendiri pon tak beri support, juz said...ee,,buasnye budak ni..tak penah lagi ader yang buas2 cam ni...tgk cam abg/kakak (cousin) duduk diam je...i rase sangat kecil hati...but i diamkan aje sbb x tak bergaduh plak kan...

so aku selalu tgk tip2 parenting tentang anak2 yang super duper lasak....and mohon doa juga spy i diberikan kesabaran yang tinggi dalam handle anak lasak but the same time sabar dalam harung mulut2 orang yg dok mengata itu ini tntang anak i...being mother we will protect our child kan..


alhamdulillah sue...until now, i boleh handle seme benda ini especially mulut2 puaka....i juz let them be...sbb i rase kite ni Allah dah pilih untuk anak2 camni..sbb kite ni kuat nak hadap seme benda ni ...i cume harap orang2 yang tak faham dengan keadaan anak2 yang cmni...sedar yang 1 hari nnt derang akan rase mcm ni....biar tau langit tu tinggi ke rendah.


panjang bebeno menulis nyer....hehehe.....so sue we will be great mother to our child..in sha Allah...semoga kite or seme2 ibu di luar sana yang mempunyai masalah yang sama mcm kite ni...akan tetap sabar and chill.....assalamualaikum...

hidayahanne said...

Hi.. i'm new to your blog. This is a very nice post. How could people be so rude. Saya pon pernah lalui benda2 cmni.. N rasa geram sampai kadang2 taknak bergaul dgn orang mcm ni.. Pape pon.. Nice to meet you. ;)

CikFa said...

Rasa mcm nak suruh kak su lalu sebelah die sambil tolak shein cakap kadar yg die dgr "saya tak maafkan macik dunia akhirat" . Saya yg baca pon geram kaksuuuu

Suria said...

tingginya kesabaran u, klu i cannot tahan memang siap lah ko makcik..
budak kot apa dia tahu.

eh sakit la hati huhuhu

Shima Ahmad said...

Suuuu...same thing pernah happened to me abt 14 years ago (now my son tu dah 18 thn). Dia mmg budak hyperactive sampai i bwk dia jumpa child psychiatrist for treatment. I fobia sgt sbb dia sgt buas smpi taknak bwk kuar jln2..but as u said la, sampai bila kita nak kurung dia kat rumah cmtu? So satu hari tu gi sogo, I pakaikan leash kat bdn dia. But u knw la bila dia pegi jauh takkan kita nk rentap kuat2, anak kita tu kan. My son ni pulak dok main celah2 baju yg gantung2 tu..siap main cak2 semua. Accidentally dia sudah termasuk dlm skirt sorang pompuan ni. U knw wht she said? Walaupun i dh mntk maaf smpi tahap nk sembah kaki dia? "u better keep ur dog at home. Guna tali pun tak guna la kalau ank perangai camni". Masa tu i rasa mcm nk kasutkan je muka dia but no words came out from my mouth pun sebab terlalu marah sampai bdn menggigil. Pastu that bitch pon blah. Taktau la kenapa perangai sesetgh org cmtu..sesama islam kot? I understand exactly how u feel su. My peluk cium for ur shein. Keep on being a good mom..i know u can do it :)

Unknown said...

Salam kak,slma ni silent reader je,tp bla bc entry ni,trase nk komen..ntah tba2 sebak bc entry ni..kte bnci xpe,jgn org bnci ank kte.sb tu bla ank sy nakal or wt prngai,sy yg mrah dia,sy tkt trasa ati klu org lain yg mrah ank kte.wlaupn dpn kte org akn wt baik dgn ank kte,tkt di blakang kte sbaliknye kn kak..

Cici said...

kak su, my eldest son pun jenis tantrum jugak. berguling menjerit. I takde lah jadi tunggul, I tegur, jentik kaki, warning and memacam lah I boleh buat. Tapi orang dok pandang macam tengok sarkas pulak.

kat mall, mamak or bawah rumah kalau dia jerit jerit semua pandang. sampai ada sekali tu I dah stress, I cakap kuat kuat,"lihin, jangan lah macam ni. semua orang pandang kita tau, Mommy tak suka lah". sekor sekor majal. lainlah kalau nak tolong dukung , setakat tolong tengok baik takyah.

I kalau bawak dia keluar kena keluar sekapal terus. tak pernah lagi keluar berdua. I dah lah tak larat nak dukung dia. haih.