Tuesday, January 26, 2016

Makan Simple Tapi Sedap (Part 3)

Assalamualaikum..

Cuti 3 hari ni I semangat masak. Sabtu buat Sambal Telur Pecah, Ahad pulak masak Sup Ikan Merah siap sambal kicap bagai. Bawang goreng tu I siap buat bawang putih dengan bawang merah ok? Semangat giler I. Bangga I dengan diri I. Hahaha.  I buat 1 lauk je sebab malas. Takyah beria la nak sayur apa bagai, makan satu lauk je pon dah cukup. Sambal Telur Pecah tu makan dengan nasik and kicap manis, ada orang tu sampai lupa la diet dia. Tengahari tambah 2 kali, malam makan nasik lagi. Tu sebab la I malas nak masak kat rumah selalu. Sebab nanti takot Sazli gemok. Hahahaha. Aci tak guna alasan tu? Kata Sazli, takper dia makan nasik Sabtu malam sebab Ahad tu ada run 5km dengan John, so nanti burn la balik calories yang dia ambik. Yeeeeee keeeeee? Takpe. Kita kasik chance sekali sekala. Start harini, malam makan sayur balik ok Papa? Love you. Bak duit.

Shein pulak I buat lauk simple dekat dia. Dia sekarang fasa memilih makan. Dia nak makan yang dia suka makan je. Kekadang roti canai makan sorang sekali 2 keping. I pon pelik amenda yang sedap sangat so nak try la secubit. Baru masuk mulut, Shein dah buat rampasan kuasa. Dia ambik yang dekat mulut I tu lepas tu dia makan. Boleh? Kedekutttttttttt giler! Hahahaha. Shein now makan ikut mood. Kalau dengan Mak Tok and Baba tadek masalah. Apa pon jalaaaan. Dengan I mengada lebih. Nak suap dia makan, kena lari sekeliling rumah. Tapi bila sampai hantu makan dia, portion nasik sama macam protion Sazli.


Untuk Shein, I gorengkan ikan bilis and bawang besar asing. Renjiskan dengan kicap manis. Gaul dengan nasik. Gone sepinggan. Semalam makan kat umah Maktok, I gaul Ikan Tenggiri Bakar dengan Kicap manis. Pon dia selera. Antara dua darjat betul makan dekat rumah I dengan rumah Maktok. Sana makan Ikan Tenggiri, sini makan Ikan Bilis Goreng. Hahaha. Tapi Ikan bilis siap kopek mahal ok? Sekali goreng RM4.00 kbye



I suka makan macam ni. Ambik nasik, letak sup banjir. Lepas tu letak segala sampah sarap dengan sambal kicap. Seeeedap! Takyah lauk lain dah. Ikan Merah ni I suka either masak sup or goreng garing je. Sekelar RM12.90 dekat Max Value. Ni mahal ke murah ni?


Resepi nak buat senang je. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun salam dan kulit kayu manis yang ada dalam pack Sup Ikan Adabi tu. Sampai la garing and naik bau. Lepas tu masukkan Sup Bunjut Adabi (Sup Ikan) and masukkan air panas. I suka masuk air panas sebab cepat nak masak. Perasakan dengan garam, ajinomoto (optional) and serbuk lada hitam. Masukkan Ikan merah. Masak dalam 6-8 minutes lepas tu siaaaaaap! Sebelum hidang tabur la bebawang goreng and daun sup. Ada orang suka masukkan kentang, serai, tomato. Pon boleh. Ni cara pemalas. Simple tapi sedap. Lawan dengan sambal kicap. Dia punya sedap, cenggini *thumbs up tepi peha, kaki bend sikit.


Yang ni pulak Sambal Telur Pecah. Resepi ada dekat sini

Kata Sazli, dia suka makan 1 lauk macam ni. Tak kacau the taste kata dia. Masa makan cakap sedap, dah siap makan cakap sedap, nak keluar rumah cakap lagi terima kasih. Package kiss and peluk siap. Hahaha. Memang macam tu la Sazli. Diberi didikan dari kecik supaya sentiasa appreciate orang. Untuk isteri yang suka dibodek macam I ni, memang suka sangat la. Kembang kempis hidung. Hehe. Tu yang buat lagi rajin nak masak tu. Kalau setiap kali masak hulur seratus dua hari-hari I masak. Hahahahahhaha (gurau). So korang, kalau taktau nak makan apa malam ni, boleh cuba resepi simple pemalas I ni ok? Good luck!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...