Friday, January 22, 2016

Ruffles + La Costena Salsa

Assalamualaikum..

Hari kelmarin I teman Sarah pergi Isetan nak beli barang untuk buat hamper CNY. Boss dia taknak jenis yang dah siap sebab dalam tu ada menda merepek-repek and banyak jenis yang ada liquor. So boss dia request Sarah beli barang and buat hamper sendiri. Let say RM500 boleh dapat apa, sekali dengan upah wrap. Customize sendiri hamper tu macam mana.  Lebih puas hati. I teringat I pernah buat kerja macam ni dengan Boss I untuk hamper hari raya so I suggest Sarah buat dekat iSetan KLCC la. Sini korang boleh beli barang (tapi syarat 100% mesti semua dari iSetan), bagi bill pada dorang and dorang akan wrap cecantik. Boleh collect the same day tapi dorang tak buat delivery la. Ke ada buat eh? Yang tu I dah lupa. Korang kena tanya sendiri. Haha. Kata la korang nak 20 unit, korang just bagi dorang sample 1 unit je, lagi 20 unit dorang akan buat sendiri.

Sarah mintak I suggest apa nak bagi. Kata Sarah biar nampak ada class skek. 100% ialah makanan. So I pon pilih la Nescafe Gold, balsamic vinegar, olive oil, garam bukit, black pepper with grinder, sos nandos, Chocolate Ferrero Rocher and Lindor, mini pretzel, Corn Chips Ruffles siap dengan Mexican salsa, olive, mini pretzel, tabasco sos, Nestle fitness cereal, Nutella and nak nampak element Chinese skek kitorang amek dried mushroom dengan white coffee Aik Cheong. Ada lagi kot a few yang lain tapi I dah lupa. Total barang is RM399.00, upah wrap and bakul semua dalam RM37.00 tak silap I. Ni kalau dapat hamper macam ni more than puas hati and harga barang dalam hamper ni is harga sebenar hamper ni. I tau kekadang ada some company yang buat hamper ambik untung sampai almost 100%. So, I suggest if korang nak puas hati boleh buat cara kitorang ni. Customize your hamper, lagi puas hati.

Pung-pang citer pasal hamper ko dah kenapa? Padahal yang I nak share ialah pasal snack. Hahaha. Masa dekat sana, I ternampak ada satu Mexican Salsa yang murah. Less than RM15.00 untuk 475gram punya bottle. Tengok ingredient semua pon past. So I pon beli la. Nak try tengok macam mana. Sedap ke tak sebab I memang suka makan corn chips dengan salsa. Yang buat tak suka sebab usually bottle salsa ni kemain mahal sampai 20-30 hengget (or I yang tak jumpa yang murah, tu I taktau). Kalau makan dekat Chili’s wajib ambik Nachos and Salsa. Dah la boleh refill and makan sampai pengsan. Tingat Kaklong and confident level dia. Dia order macam ni. ‘Nak cachos!’ I punya la gelak. Kata Kaklong, betul la tu sebab budak tukang amek order tu paham. Hahahaha.

I nak try Ruffles this time sebab terpengaruh dengan Neelofa. Dia letak dalam IG dia. Biasa I suka Lays more. I dah rasa haritu sedap jugak. I ambik jenis Sour Cream and Onion. Sedap! Cuma if nak makan dengan Salsa, I prefer original flavor punya corn chips, baru layan. Ruffles banyak flavor lain, sama la macam Mr Potato and corn chips yang lain. Dulu masa I try Perfecto pon sedap jugak. Makan dengan corn, tomato and button mushroom. Kalau rajin, korang boleh letak corn chips dalam tray, letak salsa or whatever atas dia yang korang nak lepas tu tabur cheese. Bake sampai cheese cair. Ponnn sedap. Antara rajin dengan malas jer la. Nak lagi kaw letak chili pickles ada dia. Pedepow!



Ruffles Sour Cream and Onion. Harga dalam RM11.00 macam tu dekat iSetan. Kalau dekat tempat lain I rasa lebih murah kot?



La Costena Home Style Mexican Salsa. Cukup pedas, cukup masam. Seeeedap! Berebut-rebut makan dengan Intan. 1 botol 475 gram ni cukup untuk 2 pack  corn chips. Dalam dia ada Tomato, Jalapeno Pepper, Onion, Coriander, Salt, Vinegar and Monosodium Glutamate. Semua selamat and halal.


Ruffles + Salsa


Tengok la sapa yang beria makan. Hahaha.


Intan memang suka la makan menda-menda macam ni. Dia punya suka, macam semua ni dia yang punya T__T



Semalam I nampak ada Mission Tortilla Chips ni sale dekat Max Value. Satu pack ni RM5.00 je kot? Murah. Poooon sedap makan dengan my La Costena Salsa


Ni la hamper yang I dengan Sarah customize tu. Simple je wrapping dia. Tapi bagi mata I, cukup lawa dah ni.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...