Thursday, January 28, 2016

Terubat Rindu

Assalamualaikum..

Selepas 3 bulan balik dari Korea and entry Korea sampai sekarang pun masih pending, AKHIRNYAAAAAAAAAAA!!!

Akhirnya harini I dengan Kaklong dapat makan makanan Korea yang lebih kurang sama macam dekat Seoul haritu. Ni bukan yang macam dekat Pavilion yang Shinramyun dengan Tteokbokki ok? Yang ni nasik dengan lauk pauk. Walaupon tak sama 100% macam dekat sana tapi ni kira bagus and sedap sangat-sangat dah ni. Masa dapat makan tu, Kaklong cakap ‘Dik, rindunya nak makan semua ni dik….. Teringat masa dekat Nami Island dulu. Best kan Dik? Bila lagi la dapat pergi lagi’. I pon air mata berjuraian sambil makan nasik habes 2 mangkok. Hahahahaha. Sedih memang sedih, makan tidak dilupakan sama sekali.

Kat Korea memang kelakar la. Kaklong, Ellis and Kaklong Ellis memang a good team la. Kaklong dengan masalah nak berak merata tempat la apa la. Macam-macam hal. Sazli pulak sporting. Kekadang dia offer I suruh jalan dengan Ellis, and dia jaga Shein. Masa dekat Palace tu, puas I ambik gambar dengan Ellis. Ada satu malam, kiter jalan 4 orang je pergi tengok air pancut and celebrate birthday I. Sazli dekat apartment dengan Shein. Bila ingat balik, rasa rindu Korea sangat. Hopefully one day dapat jejak kaki ke sana lagi. Ikutkan nak travel ni kalau pandai budget, pandai cari hotel murah tadek la mahal sangat. Lagi-lagi kalau korang jenis adventure and try backpacking, lagi la murah. Dulu masa muda takde komitmen, duit pulak tak berapa nak ada tapi time melambak. Ikutkan kalau nak pergi Lombok, Bali semua tu boleh sangat dah.

Now ada rezeki lebih, commitment pada keluarga pulak. Shein ni ha sekali yang buat renyah. Sian dekat dia nak usung kesana kesini. Macam Sazli, dia tau bini dia pantang nampak pekan, suka berjalan. So dia cakap nanti kalau anak-anak dah besar, dah pandai jaga diri, and time tu I pon dah banyak free time, boleh la travel jalan dengan kawan-kawan. Sambil usap kepala. I tau dia pujuk I. Hehe. Takpon tunggu ‘anak-anak’ besar sikit so that dorang boleh enjoy sama-sama dengan Mama and Abah. I pon harap yang sama. Biar kami sekeluarga sihat so that nanti boleh happy sama-sama bejalan dekat tempat orang. Mana-mana emak yang boleh bawak anak berjalan selamba macam Cik Epal tu, you have my respect la. Seriously. Susah tak susah bejalan dengan budak kecik ni, kitorang je tau. Melainkan ada maid 3 orang tu lain cerita.


Suka kau eh Kaklong?


Esok atau bebila I free, I share la dengan korang dekat mana I makan ni eh? Terasa smoky cili yang masak octopus bakar tu dalam tekak sampai sekarang. Chewy-chewy octopus macam makan getah sekerap tapi layan wa cakap lu. Hahahaha. Nama dia dalam Korean is Nakjibokem. Lepas tu kitorang makan spicy tofu soup (soondubujigae) and ikan bakar (jeongsik). Portion makan 4 orang, selamba makan 2 orang siap dessert besar besen. Setel semua. Bapak la terror. Terror ke kebuluran atau kejakunan I pon taktau. Hahahahaha. Yang pasti, rindu pada masakan Korea telah dibayar harini. Lalalalala. Malam ni tido mimpi Shah Rukh Khan la. **Tetiba.


-eNd-

No comments: