Thursday, January 7, 2016

What is your Shell story?

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*


Assalamualaikum..

I still remember, 28 years ago, kalau Ayah nak isi minyak motor mesti dia akan cakap, 'Ayah nak pergi Shell isi minyak'. Padahal Shell yang Ayah cakap tu cuma petrol pam takde jenama yang biasa je. Bukan Shell pon sebab kawasan kampung kan? Mana la ada stesyen minyak Shell time tu. If ada pon, dekat pekan yang berpuluh batu jauhnya dari kampung I. Tapi memang dari I kecik lagi, I tau if cakap nak isi minyak or stesyen minyak, mesti sebut Shell. Shell ialah perkara pertama yang terlintas dalam kepala I. Stesyen Minyak and Shell sangat sinonim dengan I, dari I kecik sampai la sekarang. Now, kalau nak isi minyak MESTI pergi Shell. So Shell memang dekat dihati I dari kecik sampai la sekarang.

Korang tau tak yang Shell ialah Oil and Gas Company yang pertama di Malaysia? Stesyen minyak pertama Shell dibuka pada tahun 1962, maksudnya Stesyen Minyak Shell dah ada dekat Malaysia sejak 53 tahun dahulu. No wonder la kan, dari dulu lagi, Shell sangat terkenal di Malaysia and always jadi pilihan pertama rakyat Malaysia. Shell ialah sebuah Syarikat berasaskan petroleum yang beroperasi diseluruh dunia yang berasal dari Belanda. Syarikat ini bermula pada tahun 1907 hasil gabungan dua syarikat kecil iaitu Royal Dutch Petroleum Company dan The "Shell" Transport and Trading Company.


Shell Malaysia


Selain dari korang akan dapat lebih kilometer dengan Shell, now Shell Malaysia sudah memulakan program transformasi sejak dari 3 tahun yang lepas yang dipanggil 'Selamat Datang ke Shell'. Mereka menjanjikan standard perkhidmatan dan hospitaliti serta perkhidmatan pelanggan dengan kualiti yang tinggi jika anda mengunjungi stesyen minyak Shell.

Sebelum korang park kereta nak isi minyak dekat stesyen minyak Shell, dari jauh korang akan disambut dengan ramah serta senyuman dari petugas Shell. Biasa mereka akan cakap 'Selamat Datang ke Shell'. Rasa amat dialu-alukan oleh mereka. Kita disambut dengan senyuman and as a customer, of coz kita akan rasa happy, kan? Nanti ada la yang akan tolong cucikan cermin kereta, tolong isikan minyak and kalau beli barang dekat kedai serbeneka Shell 'Select', semua yang ada dikaunter akan menyambut anda dengan senyuman.  They are always happy to serve us. Sebab tu la, I sentiasa pastikan hanya isi minyak di Shell kerana selain dapat lebih kilometer dengan Shell, I jugak berpuas hati dengan layanan mereka kepada pelanggan. Kadang-kadang masuk Shell hati tengah stressed sebab masalah dekat sana-sini, tapi bila semua petugas senyum rasa sejuk sangat hati.

Lebih-lebih sekarang, dekat Stesyen Minyak Shell selain dari ada kedai serbaneka 'Select', mereka juga ada deli2go yang serve fresh pastries and quality coffee. If nampak deli2go I la yang paling happy sebab pastries dekat sini semua fresh. Kadang-kadang dah penat jalan jauh, we need a break kan? Dapat lepak sekejap dekat deli2go, makan roti and minum coffee, which really freshen up our body and mind. Korang boleh check stesyen minyak Shell yang ada deli2go dekat sini. Anyway, Shell has over 950 petrol stations in Malaysia! Kat mana-mana pon ada stesyen minyak Shell sekarang ni, termasuk la di kawasan pendalaman diseluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.


deli2go

Masa tahun 2006 dulu, I ingat satu peristiwa habes minyak dekat area Keramat on the way nak ke Kampung Baru yang I takkan lupa sampai bila-bila. Dah la indication minyak dah kedip-kedip dari Setiawangsa lagi tapi tu la, tetap gigih nak bawak kereta and nak jugak ambik Apam Polkadot dulu dekat Kampung Baru, baru laaa nak isi minyak. Degil sangat. Akibatnya dekat depan Masjid Damai, kereta I tersadai betul-betul dekat simpang trafic light tu. Masa kereta I berhenti tengah-tengah jalan, ada Polis Trafik datang tolak ketepi and terus blah lepas dah tolong. I was so blur masa tu. Nak nanges pon ada. Dah la panas, henpon bateri kong. So I menung je pandang depan. Memang mengharapkan miracle je la yang boleh tolong I time tu.

Tetiba ada sorang abang bawak motor ni berenti dekat I and tanya I kenapa. I cakap minyak habes. Dia suruh I tunggu sementara dia tolong belikan minyak. Lepas 10 menet, dia datang balik and isikan I minyak so kereta pon dah boleh jalan. I nak bagi dia duit, tapi dia cakap dia tolong ikhlas and tak ambik duit yang I bagi. Dia pesan suruh I isi minyak terus sebab yang dia isi tadi sikit jer, tak jumpa bekas yang besar kata dia. Lepas bagi salam, abang tu pon pergi. I pon meneruskan perjalanan ke Kampung Baru and singgah Shell untuk top up minyak. Kang habes lagi, tak pasal jer. Masa nak pergi kaunter untuk buat pembayaran, I nampak Abang yang tolong I tadi dekat counter. Rupanya dia kerja dekat Shell!

I introduce diri I pada dia and dia ingat I. I cakap terima kasih banyak-banyak and again, I offer dia duit kopi tapi he refuse to accept. Dia cakap, dia rasa bertanggungjawab untuk tolong sesiapa pun yang dalam kesusahan yang dia jumpa dekat mana-mana. Allahuakbar. Baiknya hati Abang Shell ni. Sanggup bersusah payah menolong I, a stranger yang dia tak kenal tanpa mengharapkan balasan. Baik sangat hati Abang Shell tu. I doakan supaya dia dihindari dari keburukan dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu.

Itulah pengalaman I dengan Shell dan Abang Shell yang takkan I lupa sampai bila-bila. So, apa pengalaman korang dengan Shell? Jom la share sama-sama pengalaman korang dengan Shell. It could be intimate, funny and memorable as mine. #ShellKita #StationStories

-eNd-

2 comments:

InaYusoff said...

cerita saye dengan shell?

tiap kali balik kampong..nak isi minyak kat SHELL memanjang penuhhh..beratur kete...
adoidoidoiiiiii.........

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Lebih prefer minyak shell dari yang lain. =)
mmg lebih kilometer