Assalamualaikum..
Ahad bebaru ni I keluar dengan Kakyang and Shein
pergi KLCC. Saja je bawak Kakyang jalan-jalan and makan dekat Chilis sempena
birthday dia yang ke 22 tahun. Tak lama lagi dah nak jadik bini orang dah. Muda
lagi Kakyang dah nak kawen. Bagus. I dulu 22 tahun tak fikir langsung nak mendirikan
rumahtangga ke apa. Tau enjoy je. Bak kata Abang Usen, ‘Amboi dik, bukan main sosialis aku tengok engkau dulu’.
Hahahaha. Sosialis pon boleh je. Rindu pulak Abang Usen, dah lama sungguh tak
jumpa dia. I kawen umur 28 tahun, get pregnant masa umur 31 tahun and dapat
first baby masa umur 32 tahun. Rasa macam dah tuwee baru nak ada anak, tapi
sebab Anny dapat first baby lagi lambat so takper la. I selamat. Hahahahaha.
Tapi Anny dah nak dapat anak number 2 anytime soon, so kira macam mana sekarang
ni?
Bagus kawen muda ni. Let say kawen umur 22 tahun
kan? Lepas tu beranak la rapat-rapat. By 30 tahun, anak dah ada 4 orang lepas
tu besarkan anak je. By 35 tahun, anak-anak semua dah besar and kita pon dah
boleh ada masa untuk diri sendiri. Memang la struggle masa anak-anak kecik tapi
bila anak dah 5 tahun InsyaAllah semua ok. I plan tahun ni kena pregnant and
ada anak jugak. InsyaAllah. Umur pon makin lama makin banyak. I nak at least 3
orang anak. Kalau boleh nak 4. Sempat ke? Hahaha. Kena beli van la kalau anak
4. Mati la. Macam Kaklong, dia dapat Kaseh masa umur dia 39 tahun. Pon macam
best jugak. Kata dia, dia ada kawan dekat rumah. I pon tengok dia close dengan
Kaseh. Actually beranak awal or lewat ni subjective. Ada yang ok, ada yang tak
ok tapi apapa pon kena bersyukur sebab at least kita ada zuriat sendiri dan
mampu mengandungkan anak sendiri.
I ada ramai kawan yang try to conceive but masih
takde rezeki sampai sekarang. Macam tu lagi sedih. Kan?
Kakyang my fav niece. Kitorang macam kawan. Share story and secret's. Hehe.
Nanti ada masa, I akan share journey I macam mana
to get pregnant. OK? Ramai close friend yang I advise guna cara ni, ramai yang
berjaya. Yang penting usaha kena sungguh-sungguh jangan half way. Lepas tu both
side kena usaha, bukan one part je. Impian dengan usaha kena seiring. Kalau cakap
teringin nak baby tapi usaha pon nak taknak. Buat kerja half way anace? Mintak
dengan Allah tak sungguh-sungguh, usaha tak bersungguh so sebenarnya kat situ
kita boleh nampak that person nak anak sungguh-sungguh ataupon dah selesa hidup
berdua. I pon bukan senang nak pregnant. Kena jumpa doctor and do procedures.
Bila fikir balik, rasa macam syukur dapat jugak Shein tu. Yang penting
mula-mula kena usaha. Usaha yang bersungguh. Lepas tu Tawakkal and akhir sekali
kena Doa. OK?
Dah terpanjang dah bebel. Padahal tadi nak cakap
pasal shopping and makan dengan Kakyang. Hahahaha.
I memang plan nak shopping dengan aman damai. So
what I did is, I tak bagi Shein tido masa dekat rumah. Now masa tido Shein is
pukul 3.00pm keatas. Awal atau lambat, dia tetap akan tido siang sekali sehari.
Paling lewat pon pukul 5.30pm. So masa dekat rumah, I biarkan dia main and tak
bagi dia tido. Kitorang sampai KLCC dalam pukul 4.30pm and tak lama lepas tu
Shein pon tido dalam stroller and aman la I shopping dengan Kakyang. Habes
shopping kitorang decide nak makan dekat Chili’s sebab Kakyang nak makan Molten
Chocolate Cake. I cakap pada Kakyang berdoa la Shein tido lagi supaya aman kita
nak makan, sekali anak Pak Arab mana entah menjerit kuat giler lepas tu lari
langgar-langgar stroller Shein, so Kakyang pandang I, I pandang Kakyang. I
expect drama sebab Shein kalau tak puas tido dia memang cranky. Ye betuuuuuul,
maka lepas tumpah segelas Ice Lemon Tea RM8.50, lepas kena tampar dekat tangan,
baru la Sheindong behave.
Tenkiu Kakyang teman Makcik shopping. In return, I bagi U makan sedap. Hehe.
Kitorang dedua tak berapa nak lapar sebab lunch lewat so share he Triple Play ni. This is one of my favorite dekat Chili's. Chicken drummet (buffalo wings) tu I boleh makan sepinggan. Pedas masam cicah dengan honey mustard nyummmmmmm.
Molten Chocolate Cake.
Akhirnya di conquer oleh Shein. Serious muka dapat makan chocolate cake dengan ice-cream. Sehingga ke titisan terakhir Shein makan. Kakyang hanya mampu memandang. Hahaha.
Shein suka isi ayam goreng ni. Memang sedap! Besungguh dia cakap, 'Hurmmmm yummmmmmm!!' Sambil makan, sambil goyang-goyang kepala. Enjoy sangat dia.
Siap makan, kitorang balik. Everything is smooth
kecuali Shein tumpahkan air masa tengah makan tu. Dia baling iPad kena dekat
gelas, tu yang tumpah. Lepas tumpahkan air, terus merajuk sendiri. Tau pon buat
salah. Hahahaha. Tapi tu satu je la, yang lain Shein ok je and behave kalau
letak dalam stroller. Tu je syarat dia. Kalau bagi dia jalan, memang huru-hara
la jawabnya nak mengejar. Memang basah la ketiak. Stroller tu pon kena pakaikan
belt. Ada this one time, I pakai stroller payung Toy R Us tu, Shein boleh
berdiri lepas tu jalan dengan stroller terikat dekat pinggang. Boleh imagine
tak macam mana? Hahahaha. Bongok Shein.
Chili’s Grill and Bar
Level 3 Suria Klcc,
Jalan Ampang, 50088
Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +60 3-2164 1400
Hours: 10AM–10PM
-eNd-
2 comments:
kaksu mane beli bip mcm shein tu? nk beli utk si sopi tu..klw x pakai stress je tgk makanan kena kat bajuu..dh kena salin baju lainn
dYBA dBUH : kaksu beli kt wangsa walk.
Post a Comment