Assalamualaikum..
After 2 weeks baru ada masa nak share gambar-gambar
sekitar Majlis Pertunangan Ayang and Eddy yang lepas. Tapi entry ni gambar
hantaran, dewan and family jer la eh? Gambar tetamu nanti I share bila rajin.
Hahaha. Kang kalau letak banyak-banyak sekaligus korang tu bukan boleh percaya.
Pepenat I membebel, nanti scroll-scroll lepas tu dah. Nyampah. Terutamanya
Yatie. I know you read this. Buat kerja Yatie. Jangan fikir pasal bonus je. Dah
la bonus tahun ni paling sikit dalam sejarah I pernah dapat. Naseb baik
Transgluta dengan AnnySuraya RTW punya sale boleh tahan. Boleh la beli handbag
LV 2 bijik terus. Hahahahaha.
Preparation Kaklong buat slowly dengan bantuan padu
dan tidak berbelah bahagi dari Abang Long (Ketua Pengawas hahaha), Ayang,
I tolong sikit-sikit and Atin serta ahli keluarga lain. Meriah la group Anak
Cucu Sulatin dengan kitorang punya preparation dari hantaran, pelamin, dewan,
menu makan, mekap, baju etc. Asalnya taknak buat Majlis Pertunangan sebab ini
semua cost! Haha. Tapi Abang Long seronok sangat, dia mintak buat jugak. Plan
asal dari nak merisik hantar cincin dan sepersalinan dekat rumah Mak di Jengka
terdiri dari ahli keluarga rapat sahaja, tetiba berubah jadik ‘Majlis Pertunangan’ dekat Jengka jugak
lepas tu terus upgrade buat Majlis Pertunangan dekat Bilik Perdana 2 & 3 di
Dewan Perdana Felda siap pelamin, mekap cantik, makan sedap, door gift, deco
semua. Lepas tu family member ada warna tema. Ko ghaser ni semua sapa punya
kerja? Tak lain tak bukan ialah Abang Long.
Takper la, dia happy nak dapat menantu handsome and
baik so kita bagi chance dekat dia. Most of this hard work and decision maker
and penyumbang pada kejayaan Majlis Pertunangan ni ialah Abang Long la. Tak
pernah tengok dia bersemangat macam ni. Kitorang ada lebih kurang dalam sebulan
lebih je nak buat preparation. Semua smooth je. Ayang and Eddy sediakan barang
hantaran lepas tu gubahan kitorang upah kedai buat. Check out below penyumbang
kepada Majlis Pertunangan Eddy and Ayang yang berlangsung pada 19 Mac lepas.
Menu/Pelamin/Deco : Package Pertunangan D’Saji
Pelamin : Onn Aziz
Gubahan Hantaran : Juwita Weddings
Photographer : Norlida Rathi
Door Gift : Ain - 017-3077375
Kek & Macaroons : Huda Glory
Baju Ayang : Butik Nonie's
Hand Bouquet : Khaterine Florist
Make up Ayang, Kaklong and De : LinDa
Make up Makcik over : Shae Taib
Baju Makcik : AnnySurayaRTW
Simple Pelamin Bertunang dari Onn Aziz
Table Arrangement
Pintu Gerbang
VIP Table
Guest Table
Sirih Junjung
Kek
Pukut Kuning
Persalinan
Buah-Buahan
Macaroons
Chocolate
Make up Makcik Bakal Pengantin by Shae Taib. Make Ayang by LinDa
Both make up by LinDa
Hand Bouquet by Katherine Florist. Lawa kan? RM100.00 je.
Door gift (Brownies)
Makan sebenarnya sedap-sedap. Nasi minyak berlauk ikan sweet sour, rendang, gulai daging, acar semua. Lepas tu ada Mee Kuah, Laksa Johor and kuih muih traditional, beserta dengan teh tarik, fruit punch and buah-buahan. Service D’Saji memang la meletop-letop. Kerja kemas, cepat and organize all the time. Dewan pon cantik, tempat pon sejuk so tak payah risau apa. I ingat nanti nak buat cukur jambul adik Shein (Yang entahkan bila tu) dekat sini je. Basic package pon actually harga tak la mahal sangat, tapi kalau nak tambah-tambah menu tu kena la ada extra charge. But still, bagi I D’Saji always bagi khidmat yang terbaik pada client. Gambar makanan tak ambik sebab I diet masa hari kejadian. So dari sakit hati, baik takyah ambik gambar terus. Hahahaha.
Rombongan keluarga Eddy seramai lebih kurang 35 orang sampai dalam pukul 11.30am diketuai oleh Pakcik Eddy (I tak ingat nama dia) and Ketua dari pihak keluarga kami ialah Uncle Ayang (Belah Abang Long) Brigadier General Datok Dr. Zahari Jusoh. Abang sulong Abang Long. Belah kitorang semua perempuan. I takde adik beradik lelaki, ayah pon takde. Sian I. (Kalau sian bak uwet) Hahahaha. So, hasil perbincangan Majlis Pernikahan dan Persandingan telah ditetapkan pada 19th November 2016 di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda. Hantaran is rahsia (artis sangat). Majlis buat siang hari. InsyaAllah doakan semuanya berjalan lancar. Gini lah eh? Mak ayah serta makcik kerja Felda, so majlis Ayang punya majlis pon conquer by Felda jugak. Hidup Felda! *Tetiba
Uncle Ayang yang baju biru, Babah ayang yang sebelah dia. Belakang tu Along and depan yang eye shadow kemain pink tu Kaseh. Happy birthday Kaseh! Today is Kaseh's birthday :)
Sesi Perbincangan antara wakil lelaki dan pihak perempuan.
Kakak Eddy sarung cincin pada Ayang
My niece Atin and cucu I, Auliyya
Along pon nak try pelamin. Kasik chance.
Ayang, De and Siti Nurhaliza
Pengantin Lama
So kitorang ada 8 bulan nak buat persediaan sebelum
majlis sebenar berlangsung. Dewan dah book, make up Ayang Kamell pon I dah
book. Harga berapa Ayang tak bagitau I lagi. Dia cakap seram nak charge I
berapa. Boleh? Ayang memang tau selalu over dengan I. Dia charge mahal-mahal
dia tau la nasib dia macam mana nanti. Hahaha.
Dekat sini, I mewakili Abang Long and Kaklong nak
ambik kesempatan nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan this beautiful event yang menyatukan dua keluarga. Tak sangka jodoh
Ayang dengan kawan sekolah I. Dulu Eddy datang raya rumah I as kawan, lepas ni
as a family. Ko ghaser?? Hahahaha. Thank you pada keluarga Eddy yang
sporting-sporting belaka and special thanks untuk D’Saji dan pada semua
keluarga dan kawan-kawan yang memeriahkan majlis. Seriously dah macam majlis
kawen I tengok. Tinggal nak nikah lepas tu panggil orang main kompang je. Hahahahaha. Majlis all went well seperti
yang dirancang. Cuaca pon ok je, takde hujan. Panas sampai petang.
Motif nak cakap pasal cuaca? Hahaha. Padahal majlis dalam dewan.
Abang Long and Kaklong
Ayang and Eddy. Amboi Kakyang, happy sangat tu. Diet ok? Sebulan sekilo. Cukup lapan bulan, 8 kilo hilang. Haha.
Anak cucu Sulatin
Oklah, cukup untuk harini punya entry. Next entry I
share pulak gambar sepanjang majlis berlangsung dengan lebih detail ok? Photo courtesy
dari handphone I, handphone Kakyang, handphone Atin. Gambar dari official photographer
I tak dapat lagi. Sebenarnya buat apa nak bagi I pon. Bukan I punya majlis pon. Motip? Hahahahahaha. Till
next entry. Bye!
-eNd-
1 comment:
sue,berapa ek sewa dewan kat situ.ke staff dapat harga lagiii murah.hehe
Post a Comment