Assalamualaikum..
Kalau ada sesapa yang fikir macam ni, ‘Harini aku nak sarap mee hoon goreng la,
taknak makan nasik lemak. Nanti gemok’. You are totally wrong. Sebab
sebenarnya kalori sepinggan Mee Hoon Goreng adalah lebih banyak dari kalori
sepinggan nasik lemak ikan bilis + telur mata kerbau. Sepinggan Mee Hoon Goreng
= 630 kalori dan Nasik Lemak = 420 kalori. Beza banyak kan? Sama jugak macam
ni. Malam taknak makan nasik berlauk. Nak makan nasik goreng je. Tak banyak
sangat lemak. Padahal kalori dalam sepinggan nasi goreng sama dengan mee hoon goreng jugak and kalori
sebiji burger pulak ialah 475 kalori. Tu kalau normal burger. Tak termasuk nak
burger double, special or tambah cheese.
Lepas tu sapa yang rasa makan mee goreng lagi
menggemukkan dari mee hoon goreng, poooon salah jugak. Jumlah kalori tidak
bergantung pada size mee. Hahaha. I selalu la macam ni. Beria poyo taknak makan
mee goreng takot gemok. Padahal Mee Hoon pon sama jugak menggemukkan.
Menggemukkan kalau tak control portion and ambik
beribu-ribu kalori dalam masa sehari lepas tu tak exercise. Makan pulak dengan
milo ais tabur lepas tu every meal complete dengan dessert and between meal,
ambik pulak snack yang high sugar level. Tapi let say korang pagi makan 2
keping roti = 156 kalori, lepas tu tengahari makan 2 ketul ayam goreng = 260
kalori, and petang sebelum pukul 8.00 malam makan Mee Hoon Goreng = 630 kalori so
total kalori intake is 1,046 kalori still acceptable. Malam jogging 30 minutes
so burn balik 283 kalori.
Dry Curry Hor Fun = 420 kalori
Black-pepper Spaghetti = 412 kalori
Macam mana nak kira berapa jumlah kalori yang kena
ambik untuk korang? Ada jalan pengiraan dia. Berat badan dalam pounds x 13 so
itulah jumlah kalori yang kita patut ambik. Ni paling simple la calculation.
Ada yang kena kira by umur jugak. Yang tu lebih accurate. Nak kira pounds
pulak. Berat dalam kg x 2.20462. I kasik contoh berat badan I.
66kg x 2.20462 = 145.50 pounds
145.50 x 13 = 1,891
So itulah jumlah kalori yang I kena ambik every
day. Untuk perempuan disarankan mengambil 1,600 – 2,000 kalori sehari.
Make it simple for me. Ni mungkin kalau Kevin Zahri
baca ni mampos kena marah. Hahahaha. Macam I, untuk sekarang ni memang I
kurangkan pengambilan gula harian I macam I avoid air manis and dessert. Ada la
jugak terbabas here and there tapi I manusia biasa yang kuat makan and tak
dapat menahan godaan. I cuba ambik less than 800 kalori setiap hari and ada
time, I ambik dalam 600 kalori sahaja. Actually kalau korang boleh buat eat
clean macam Atkins punya style yang tadek sos semua tu, lagi bagus but again, I
pencinta kicap. There’s nothing I can do with that. Hahahaha.
Korang fikir macam ni jer la. Dari minum segelas
strawberry milk shake yang probably ada 739 kalori tu baik korang makan 2 peha
ayamg goreng = 260 kalori dengan kentang putar = 100 kalori baru 360 kalori
kan? Lebih kenyang. Ayam pulak, kalau korang rasa bahagian dada paling kurang
kalori, korang salah. Asyik salah je, mati la… Hahaha. Sebab Chicken Breast =
342 kalori berbanding peha 130 kalori. Sebenarnya banyak la yang I sendiri
silap dalam percaturan pemakanan seharian I. Dulu I ingat I tak makan nasik,
tapi minum milo kotak je I dah kurus tapi padahal kalori dalam air manis ni
kekadang lagi banyak dari sepinggan nasik + 1 protein + 1 sayur. Seriously.
Ok, kalau nak makan nasik pulak, biasa ambik
sepinggan kan? Kurangkan into half untuk permulaan dan cuba ambik lauk banyak.
Nanti lama-lama korang biasa la. Makan more veggies tapi protein kena ambik
supaya dapat meningkatkan metabolism badan kita. Kalau tak ambik protein at
all, memang lambat turun as kita punya metabolism low and fat burn process akan
slow jugak unless kalau kita guna Atkins and GM diet. Tu lain cerita. Yang tu,
kita tipu badan kita. Kononnya kita kebuluran takde gula dalam badan, so lemak
akan bertukar menjadik energy. Usually badan akan burn calories but dengan Atkins
and GM diet, badan akan burn fat. Paham tak konsep dia macam mana? Walaupon ada
yang cakap Atkins and GM ni sebenarnya mengurangkan air dalam badan je, bukan
fat tapi bagi I ikut la penerimaan masing-masing.
Orang nak kurus dengan cara mana, lantakkan ajer.
As long as tak harm your body and sampai meninggal dah la. Haha. Nak eat clean
100% and taknak makan process foods etc sampai tahap mana yang boleh pergi pon?
Makan kat restaurant pon bukan all the time offer clean foods kan? Still letak
penambah perisa dan sos sos jugak. So agak susah. But again, itu terpulang pada
diri masing-masing. If boleh control, please control. Eat healthy foods every
day. But I, I go for moderate. I want to enjoy my foods sometimes. Isnin –
Jumaat I diet, control my calories intake and sugar, try to eat clean as much
as I can but weekend is my cheat day.
Tapi cheat day yang berpada la. Hahahahaha. Sebelum
makan apapa, kalau tak sure just Google berapa banyak kalori dalam satu-satu
makanan tu. Ok? If fikir pasal unhealthy foods ni, sampai mati la tak boleh
makan rendang ayam and kari daging sebab banyak guna santan and all. Tapi,
takkan la nak makan rendang and kari every day? So, masa raya tu apa ada hal?
Makan ajer la rendang semua. Sapa yang taknak, biarkan dia. Biar dia nanges
mengadap dinding makan sayur while we enjoy our foods so very much. Yang
penting biarlah beserdahana, drinks lotsa plain water and detox by drinking
green tea. Lepas tu exercise. So balance.
Sekian perkongsian untuk kali ini. I pon sebenarnya
susah nak buat macam yang I share, but I cuba. Tak turun banyak pon takper,
tapi ada penurunan every month. Kena ada determination and kesedaran dari dalam
diri. Yang paling penting, BMI kena balance. Slowly turun takpe but surely.
Nanti at the end of the day, bila kita dah mampu tersenyum depan cermin dalam
fitting room, masa tu la kita rasa semua usaha kita selama ni worth it. Good
luck!
*************************************
Testimonial
dari pengguna Transgluta.
Dah almost setahun I menggunakan Transgluta and
kulit sendiri makin bersih dan cerah. Ada yang mengamalkan konsep tunggu dan
lihat and teragak-ragak nak keluarkan RM69.90 sebulan untuk berkulit cerah.
Pilihan masing-masing sebab ramai yang dah menyesal bila anak buah, kawan and
office mate cerah semenjak consume Transgluta. Kalau rasa tak semestinya kulit
gelap tak cantik, ikut suka kek ekau la Milaaaaaaah. Tapi kalau nak berkulit
cerah satu badan, WhatsApp I 0129184042 now. Beli sebotol Transgluta RM69.90, 2
botol RM129.90, 3 botol RM194.90 Free Zenia Foundation. Okbye!
-eNd-
1 comment:
salam su,
jangan laa ambik less than 1200kcal sehari. nanti metabolism u turun and u akan hilang muscle. sayang muscle okay!
cara u elak gula tu dah betul dah. cuma i rasa u boleh ubah sikit part2 mee, ayam goreng bagai tu. boleh makan wholewheat pasta/spaghetti or brown rice. ayam boleh grill. or makan ikan grill ke. u kan terer masak.
i bukan nak ngutuk u ke ape. i sayang u okay (eh tetibe sayang blogger). ye laa sape nak buat lawak samdol kalau u sakit.
i suggest u banyakkan lagi baca pasal low calories diet and clean diet.
apa pun.. nanti boleh ahh join ur hubby gi gym ke ape.. at least u blh burn extra calories :)
Post a Comment