Monday, March 7, 2016

Coconut Jelly, Sambal Ikan Bilis Mata Biru and Ciku

Assalamualaikum..

Kisahnya Dyba teringin nak makan Coconut Jelly Aseana lepas I update entry yang ni so Jumaat lepas, kitorang pon lunch la dekat Aseana. Dah pesan jangan makan heavy breakfast nanti kenyang tak best la nak makan tapi semua pon tak dengar cakap. Belaka-belaka dah makan banyak masa breakfast siap snack lagi. Sudahnya masa duduk, tanya Dyba nak makan apa. Dia cakap Coconut Jelly je, tanya Intan dengan Izzah dorang nak makan keropok lekor je. So I dengan Sarah je la yang beria nak makan. Sabar ajer la.  Tu pon decide nak makan apa berejam ok?

Naseb la orang tak ramai haritu. Sekejap nak tu, sekejap nak ni. ‘Kaksu nak makan antara Olio Seafood, Oxtail Soup or Beef Soup’, Sarah pulak tanya ‘Beef Steak or Cheese Burger’, tapi Sarah nak dessert. Dessert kita share. Tapi sudahnya tak makan pon sebab dah kenyang. Haha. Sesambil tu, I nak tunggu Sarah Zalman datang hantar Sambal Ikan Bilis. Ada 2 jenis, cili padi and cili kering. Menyirap je I nampak dia update dalam FB each time. Bila Sarah sampai memasing ‘Kaksu, jom la makan sambal tu. Mintak nasik.’ Boleh? Ko ingat ni Food court? Hahahaha. Jangan nak Original People sangat perangai. Tadi memasing cakap kenyang, tapi bila nampak sambal terus tertewas.



Sedap sangat-sangat keropok lekor dekat Aseana ni. Tapi mahal la. RM15.00 sepinggan macam ni. Kalau makan sorang-sorang ni, sama kenyang macam makan nasik.



Patty Cheese Burger ni pon sedap sangat-sangat-sangat. Very juicy. RM28.02, ada salad and fries. Fries pon sedap. So lepas ni kalau nak makan Cheese Burger sedap, boleh datang Aseana ajer la.


I mintak Oxtail Soup. Nama je Oxtail tapi yang ni Sup Tulang sebenarnya. RM21.98 pon sedap sebab dapat Sambal kicap. I curah semua dalam soup lepas tu tadek sorang pon boleh share sebab dah pedas. Ni pedas level Buasir Bunga. Cuma champion pedas je boleh makan. Haha. YES! Tak payah share. Macam I tak nampak Intan tu jeling-jeling soup I.


Tercapai hajat Dyba nak makan Jelly Coconut ni. RM16.04 sebiji. Nak murah pergi panjat pokok kelapa sendiri.


2 orang ni kalau naik kereta memang bermasalah. Kalau berebut, dedua nak duduk depan. Lepas salah sorang merajuk, dedua nak duduk belakang. Dah Izzah naik pangkat duduk depan. Izzah ok je. Intan tu kalau dengan Dyba je dia nak berebut. Kalau dengan Sarah dia tak kisah pon.


Sarah la paling mengalah. Dia tak kisah pon. Kekadang kena tinggal sebab lambat pon dia tak kisah. Hahahaha.


Satin shawl tu I beli dari Be_Anggun. Now ada banyak warna and ada promo. Korang pergi jengah dia punya Instagram. I suka! Now pergi kerja memang I suka pakai satin shawl. RM35.00 sehelai. Murah je.


Intan jerit-jerit kat Izzah suruh senyum bukak mata. Izzah memang kalau amek gambar senyum, mata jadik sepet.


Letak bunga kat lengan konon tak nampak la lengan debab. Comel baju Intan ada gambar basikal. Hehe.


Sarah ni isteri kepada kawan lama I. Abang Zalman. Kitorang kawan masa I kerja kat Pahang dulu. Dah kenal Sarah ada la 14 tahun. Now dia dah ada 4 orang anak. Body maintain.


Sedap Ya Amat sambal Sarah ni. Dia slow cook and masak kering-kering. Tengok memang renyah. Kata Sarah, tak larat nak buat meniaga sebab nak buat lama. Dia masak guna api perlahan, no wonder la sedap. I meratah macam tu je. Sarah guna Ikan Bilis berkualiti jenis mata biru tu. Amboi ikan bilis pon ada yang keturunan Mat Saleh ke? Hahahaha.


Yang ni pulak Sambal Lada Kecik. Sesuai la kalau korang nak bawak bekal pergi oversea. Memang sedap makan dengan nasi atau roti atau lempeng. Kalau nak order, boleh contact Sarah dekat FB dia.


Macam-macam face expression korang boleh tengok dekat sini. Hahaha.

Sebelum balik, singgah dulu Cold Storage. Ni tempat favorite Intan ni. Dia sebok nak belikan buah-buah untuk anak buah dia. Anak buah dia dah 6 bulan so dah start makan solid foods. Dia punya study pasal foods, macamkan dia yang emak. Nak beli kiwi sekejap nak sekejap taknak. Bila tak jumpa kata nak, bila dah jumpa kata mahal pulak. Lepas pusing-pusing bergaduh pasal nak makan ice-cream Magnum, Intan datang balik cari Kiwi. Lepas tu letak balik sebab dia cakap Kiwi Australia tak bagus. Taknak beli tu cakap je la taknak beli. Banyak pulak alasan. Dah la masa memula sampai tu confident cakap ciku tu Kiwi. Hahahaha.


Intan : KAksu, Kayla boleh makan Kiwi tak? (Sambil pegang Ciku)
Kaksu : Boleh Intan, tapi tu Ciku.
HAHAHAHAHAH

Aseana Cafe Bar
Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

-EnD-

3 comments:

Dyba Dbuh said...

esok bwk sambal tu nk rasa...kalau ada balanceee ^.^

Vicky Virginia said...

Hahaha..comel ja auntie intan..

Chooyaya! said...

Dya Dbuh : ok. dyba dah rasa kan?

vicky virginia : auntie sue tak comel ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...