Friday, March 4, 2016

Makan Sedap di Ozeki

Assalamualaikum..

I selalu kan share yang I makan dekat Ozeki Tokyo Cuisine ni? Kalau dah lama tak makan nanti jadi rindu. I agak dorang pakai mandrem. Hahaha. I suka giler makan dekat sini. Makanan dia memang variety tapi yang I order balik-balik menda yang sama sebab rasa macam can never get enough of dia punya Teppan Teishoku. Sedap gilers ok? Tak pernah I makan yang sesedap macam ni. Since 13 years ago masa Japanese Boss I bawak makan dekat sini the taste never change. Kaklong pon selalu join I dengan Boss Jepun (Masa kerja Pahang dulu) dinner dekat sini siap bawak Ayang. Ayang kecik lagi time tu and Kaseh still dalam syurga lagi. 

Sekarang Ayang dah besar and dah nak bertunang dah dengan Edy kawan sekolah I. Time tu Kaklong mana reti makan Sashimi lagi. Bila sampai Sashimi Moriawase depan mata dia, Kaklong telan air liur je. Dah la ada this one time Fuke-San orderkan dia escargot lepas tu kata Kaklong, 'Siput Babi apa boss ko kasik aku makan ni Kochep?' Hahaha. Masa tu macam tak boleh nak masuk ke tekak Sashimi dengan escargot ni. Sekarang cuba ko kasik? Sekor salmon pon boleh habes, sedozen escargot licin sekelip mata. hahahaha.

Dish dekat sini Japanese infuse with Italian. So ada la caviar, escargot, ada spaghetti as well tapi infuse Japanese la. Next time I nak try order yang lain pulak. Bagi I, dekat sini harga dia boleh tahan, tak mahal sangat except for dia punya Sashimi. But worth it to try sebab sashimi dia sangat fresh. Let say korang ada RM50.00 boleh je makan dekat sini. Tapi takyah mintak appetizer and dessert. Minum pon air sejuk je. Hahahah. Kesian giler. Sebab sini Teppan Chicken Teishoku dengan Teppan Seafood Teishoku tak sampai RM40.00 pon. I really recommend this restaurant kepada penggemar makanan Jepun. Kena try ok? Jom tengok gambar. Gambar banyak sebab ni I pergi 2 kali. Dinner dengan Ellis last week dengan Lunch with Kaklong semalam.



Yang ni is Teppan Seafood Teiskoku. Korang tengok pon dah tau sedap. Complete ada Udang, Sotong, Salmon, Crab Stick and veggies. Makan dengan white rice lepas tu dapat miso sup, chawan mushi (steam egg custard) as well. Memang kenyang. RM39.00



I punya all time favorite. Teppan Chicken Teishoku. Set dia sama dengan gambar atas. RM28.00 sahaja. Berbaloi harga ni sebab memang sedap sangat sangat sangat.


Ellis try Tokyo Teishoku. Set jugak. Yang ni set Beef Teppan. Semua sama macam Chicken and Seafood Teishoku except nasi dia bagi garlic fride rice and ada 4 slice sashimi and 2 prawn tempura. Memang kenyang giler makan set ni. RM68.00 harga dia.


Jom close up sikit. Beef dia sangat lembut. Memang cair dalam mulut. Combination sos dengan scallion is brilliant and sedap. Sangat. Okbye.


Sashimi ni sangat la fresh. Ada 4 so sorang dua. Takyah gaduh. Hahahaha.


Ni la set Tokyo Teishoku. Ada salad, beef, fruits, sashimi, chawan muchi, ebi tempura, garlic fride rice, miso sup and 3 sayur kecik-kecik tu amenda? Yang penting sedap.


3 i skali ngap gone.


Gralic Fride Rice ni makan dengan sambal air mata sedap jugak. Hahahaha.


Yang ni nama dia Agedashi Tofu. RM15.00 4 ketul. 


Yang ni memang siang terbayang malam merindu. I boleh makan hari-hari. Cuma kalau makan hari-hari orang pergi kerja pakai baju ko pergi kerja pakai sependa je la. Hahaha. New Style Sashimi ni harga dia RM78.00. I taktau la macam mana dorang buat tapi rasa dia masam-masam memang sedap giler tolonglah!


Close up skek.


Ellis cakap tak payah la letak selalu gambar dia dalam blog I. Nanti orang menyampah. Ok baik. I letak gambar  muka dia kena tutup dengan handpone je.


Tenkiu Sazli belikan iPhone, upah jualkan dia punya PS3 haritu. Hahaha. Upah lagi mahal dari barang yang dia nak jual.


Seronok tengok Kaklong enjoy makan. Doakan aku murah rezeki ye Kak?


I duduk tempat yang sama masa makan dengan Ellis and Kaklong. Pose pon sama. Ala-ala candid la kononnya, padahal.

Kaklong tak habes-habes cakap terima kasih. Dia makan slowly je sebab betul-betul nak enjoy the foods. Dia kata dia rindu nak makan dekat sini, akhirnya semalam tercapai hajat nak makan. Seronok tengok dia excited setiap kali makanan sampai. Lepas tu makan sekejap, ambik phone tangkap gambar hantar dalam group. Ayang berasap je. Hahahahaha. Kata dia sampai tak tahu nak makan yang mana satu, semua dia nak makan. InsyaAllah lain kali, kita makan lagi dekat sini ok? Dah dalam kereta pon Kaklong cakap 'Kochip sedapnya sashimi tadi. Thank you Kochip belanja aku. Setiap kali solat, aku doakan Allah ampunkan dosa-dosa nko, murahkan rezeki nko'. Iyer la Kak. Sama-sama kasih. Hutang aku bila nak bayo? Hahahahahaha

Anyway, kalau korang curious makanan apa lagi ada dekat Ozeki Tokyo Cuisine ni boleh click sini untuk full menu. Now promo 15% off untuk lunch dengan dinner. So boleh la datang ramai-ramai ajak kawan, sanak saudara.

22, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, MalaysiA

3 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

Dyba Dbuh said...

idea utk dinner nnti bday JO...sbb dia penggemar Japanese Food.
Thankyou kak su ^.^

Chooyaya! said...

adda syuhada : sedaaaaapppp

dyba dbuh : ok, nanti dyba makan kt sini ok? joe mesti suka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...