Monday, March 28, 2016

Din din at Ozeki with Shariffah

Assalamualaikum..

Last Friday night I ada dinner date dengan Shariffah - Principle sekolah Shein dekat Ozeki. Actually kitorang postpone dah almost a month. Memula postpone sebab Mr. David (Shariffah husband) punya birthday dinner, the following week, Sazli ada bola. Lepas tu pulak I on my GM diet plan and last week pulak I busy bawak Mak shopping last minute for Kakyang Engagement so only this time yang I free. Tu pon kalau ikutkan I taknak makan banyak sebab I on diet, tapi Ozeki maaaaaaaaaaa. Mana boleh tahan. So goodbye diet for one day, and malam tu I makan banyak giler siap dessert Pavlova dekat Alexis lepas tu. Balas dendam.

I was so happy dapat makan dengan puas hati and ni la the only time after 3 weeks my diet program and I count my calories, avoid rice and avoid sugar yang I enjoy my foods so very much. Sambil makan, rasa macam sebak semacam. Drama sangat. Haha. Masa makan tu, kitorang diam je sebab masing-masing kebuluran. Kitorang sampai lambat sebab jem teruk dari rumah I nak sampai ke Ozeki. Ikutkan Shariffah nak order banyak lagi tapi I sabarkan dia. Pesan jangan tamak. Naseb baik dia ikut cakap I. Lepas dah siap makan, Shariffah mintak trolley sebab dah tak larat nak jalan. Mata pon dah layu. Lepas makan, terus nak tido. So old you Shariffah. Friday night patut party. Ni pukul 10.30pm dah nak tido. Apa barang??? Haha.



Introducing Ms Shariffah. Shein's Principle. 


Seronok la borak dengan Shariffah pasal school and perangai Shein dekat sekolah macam mana. Kata dia, time Taekwondo orang lain tak tunduk hormat lagi, Shein dah tunduk. Lepas tu dia tunjukkan Shein punya favorite spot menyorok dekat mana masa dalam kelas. Both Syariffah and Mr David sangat baik dengan the kids. The teachers at Building Blocks International also baik-baik. Ada sorang ni nama dia Ms Gabriella from Portugal. Also baik sangat. I senang hati semenjak Shein dekat sini. Turun dari kereta je, heret beg sendiri masuk sekolah. Dia happy pergi sekolah and kitorang semua senang hati la bila Shein at school. Bapak especially. Dia suka la orang sayang dekat cucu dia.

Budak-budak dekat sekolah ni pon bagus. Jenis tak abusive and respect each other. Kalau ada sapa-sapa nak balik, dorang akan hug each other. Main sama-sama and dorang bijak. Try la borak dengan budak umur 5 - 6 tahun yang belajar dekat sini, korang akan ternganga. I pernah tanya Rayyan (anak Syariffah), ada berapa warna dalam rainbow, dia siap explain macam mana rainbow tu jadik. Bukan setakat tau warna je ok? Mula la mata I mengecik sebab I feel stewpid, baik I lari sebelum dia tanya I balik. Mampos kalau jawab salah. Hahahaha. 



As always. New Style Sashimi.




I belanja lagi 1 gambar (Cari pasal)




Penuh meja. Semua habes ye? Jangan main-main. Nasik tu sebutir pon tak tinggal.




Woman's problem. Biar lapar macam nak pengsan pon, makanan sampai kena ambik gambar dulu. Mintak izin sebelum makan. Haha.



Biar la orang cakap sapa ambik gambar sebelum makan ada mental problem. Kisah pulak aku? Haha.



Lepas dinner dekat Ozeki, kitorang sambung makan dessert pulak dekat Alexis GE Mall. GE Mall is my favorite place ever!

Sepatutnya Jumaat malam tu je la makan suka-suki tapi I extend I punya cheat day sampai Ahad. I ate Maggie Mee Soup, Pempek, Nasi  + Sotong + Lala dekat Mr Teppanyaki and paling win, I makan nasik sepinggan dengan Sambal Hitam Mama Rish. I makan dengan telur and kicap. Huwaaaaaaaaaaa so heaven! Rasa macam Ya Allah ni la nikmat dunia. Dah la tadek exercise, so pagi tadi saiko sangat. Sampai office terus timbang. Naik balik 1kg, tapi lepas membuang turun balik. Phewwwww. Hahaha. So today, I start balik my GM diet. Harini boleh makan buah je la dengan air kosong. Tapi I agak, diet I ni akan berjaya sampai Jumaat je sebab Sabtu ni balik Jengka. I dah cakap pada Mak, I nak suruh dia buat sambal sotong + petai dah tu kalau Mak masak, takkan nak tenung je kan?

Kata Intan, boleh makan nasik tapi segenggam je. Ha, itu yang susah nak buat tu tapi kena la cuba. Kata nak kurus, kan? Ahad – Selasa pulak I holiday dengan Syariffah and 3 family dari sekolah Shein dekat Balok Kuantan, so nanti dorang plan nak makan Nasi Dagang la, nak buat BBQ la. So I akan sambung balik diet hari Rabu. I nak cuba curi masa untuk exercise. Tapi dah 3 minggu ni, sehari pon tadek masa lagi. Haritu I skipping dapat la sehari. Susah sebab Shein sebok kacau nak skipping sama. Sazli kata, boleh alternate dengan dia jogging or pergi gym waktu malam. See how. Harapnya berjaya la.

Anyway, Thank you Shariffah for the lovely dinner. I enjoy my foods very much and I hope you enjoy it too. Nanti kita try makan lain pulak. Yang penting, portion makan kena sama banyak sebab I taknak gemok sorang-sorang. Haha.

22, Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, MalaysiA


-eNd-

2 comments:

Mimy Hamid said...

sue ko ni ngan sesapa mudah mesara...ngan pengetua pun kamceng...

Chooyaya! said...

Mimy Hamid : Sebab dia pon best. Sekepala :)