Thursday, March 3, 2016

LRT, Anny and Van Jenazah

Assalamualaikum..

Tahniah Anny sebab selamat melahirkan baby boy kedua pada hari Selasa, 1st Mac 2016 di Subang jaya Medical Center. Baby sihat, comel and ada iras Aaron jugak. Baby punya berat 3.3kg boleh tahan besar walaupon Anny punya peha and hidung langsung tak besar masa pregnant (mana la keadilan dalam dunia ni). Gila productive Anny dalam masa 3 tahun dapat 2 baby, terus I rasa tercabar. Si Ellis pon otw balik tu tetiba cakap nak ada baby lagi sebab rindu. Masa beli hadiah dekat Mother Care Subang Parade tu, dia punya meroyan tengok baby punya toys macam apa je. Hahahaha.  
Anny check in hospital Isnin malam 29th February tu. Saspen dia takot baby lahir masa tahun lompat, jenuh nak tunggu 4 tahun baru boleh celebrate birthday. Anny bersalin secara induce. Totally lain experience dengan I sebab I bersalin cara bedah so memang takde rasa sakit nak bersalin. Lepas operate je yang sakit. Masa I tanya dia, sakit tak contraction lepas tu Anny jawab garang giler, ‘Sakit laaaaaaaa!!’ Dia cakap rasa macam nak nanges. Hahahaha. Kata gangster pernah tumbuk pengkid? Kenapa nak nanges?

I pergi visit Anny dengan Ellis sebab kalau nak pergi dengan Saz, berkuntau nak menyiapkan Shein satu hal, lepas tu dengan jem lagi dari Ampang nak sampai Subang alamatnya by the time sampai hospital waktu melawat dah habes. I memula plan nak drive je dari KL ke Subang. Tinggi cita-cita walaupon routine driving Cuma dari Ampang – Office – KLCC – Pavilion tapi cita-cita mesti mau tinggi. I ok je now nak drive sebab Event Nuffnang memang I drive sendiri je sekarang ni. Asal ada waze I ok. Tapi dia punya concentrate kemain macam apa je. Kalau I cakap I drive jauh, semua orang macam tak percaya. Eh please ok? See the leg la! Tapi memandangkan orang Kelana Jaya (Dyba) cakap jalan jem and probably I sampai hospital pukul 10.00 malam (exaggerate giler) so Dyba suggest I naik LRT and turun dekat Taman Jaya bebetul depan Amcorp Mall office Si Ellis.


Muka malu-malu naik train. Hahaha. 



Mata pandang mana tu Dyba?

All the way dari office I nak ke Ampang Park, I can’t stop talking sebab I excited. Ni paling jauh ok I naik train? Biasa Damai – KLCC je. Hahahaha. Naseb ada Dyba and Joe husband dia. Dorang turun last station dekat KJ and Intan go different direction ke Wangsa Maju. Ni kalau I jalan kaki sorang nak ke Ampang Park LRT station ni, memang I tak jumpa la train. Haahahaha. Masa dalam train I tak tido. Selang 5 minutes tanya dekat Dyba dah sampai ke belum? Dyba pon tak tido melayan I. Lepas tu makin dekat nak sampai, makin I nervous ok? Takot sangat nak turun sorang-sorang omg. Dyba pesan, ‘Kaksu ikut je mana orang pergi. Situ tempat keluar ok?’ Ellis pon dah tunggu siap-siap depan Amcorp Mall. Dalam group semua tanya ‘Kaksu ok tak? Dah sampai ke? Kat mana dah?’  Anny pon sama naik excited berborak dalam group WhatsApp bila I cakap I pergi office Ellis sorang-sorang . Ellis pon sama impressed dengan I. HAHAHAHAHA. Dia cakap tak caya I boleh sampai sini sorang-sorang. Eeee korang semua ni dah kenapa?????

Sebelum pergi hospital, kitorang dinner dulu dekat Sushi King sebab I nak makan Salmon Avocado Carpaccio sekali dekat branch  SUbanG parade tu takde. Kata dorang, yang ada cuma kat Sushi King besar-besar macam KLCC, Midvalley macam tu. Keciwa. Tapi dalam kecewa I share dengan Ellis makan bento mangkok kecik tu. Padahal dah janji dengan Anny yang taknak makan nasik. Hahahahaha. Takpe, Anny taktau ni InsyaAllah. Kita bukan tipu, cuma tak bagitau. Kan?


Ellis cakap I macam Pengawas Pusat Sumber. Pakai baju cream dengan skirt brown and shawl ala-ala brown. Boleh?


 Salmon Avocado Carpaccio. Seeeedap! Ni I makan waktu lunch dekat KLCC

Sampai hospital I tengok Anny muka cantik je macam tak macam lepas bersalin. I dulu muka pucat and sembap debab badak tapi Anny tetap maintain jelita macam Rozita Che Wan (Tetiba). I tanya Anny, dia dah kurus ke belum? Dia cakap dah. Confident tu. Suka I. Kitorang borak gelak-gelak macam biasa. I love Anny and Ellis. They’re my sweetheart, my soul mate and memang click giler. With them, I jadi diri sendiri. Semua menda cakap boleh jadik lawak. Alan husband Anny pon dah paham sangat dah kalau kitorang bertiga bising macam mana.


 Masa ni I fikir I selamat la pasal I makan nasik, sekali masa I duduk sebelah Anny sekali dia pandang I lepas tu tanya, ‘Ko makan nasik eh Suraya?’Aaaaaaa macam mana ko tau Anny? Mulut aku bau  kuda ke?’ Hahahaha. I cakap Ellis tu order yang set 2 mangkok kecik tu, so I taknak membazir tapi tu je I makan sikit tak sampai 5 suap. Anny cakap I tak boleh tipu dia sebab dia boleh rasa. Lagipon Anny ada sixth sense sebab dia sejenis Manan. Maksudnya orang kalau tipu dia ke, backstab dia ke apapa at the end of the day dia akan tau. Mak seram. So orang-orang yang nada sixth sense kita kena panggil dia mana. Lepas tu kalau lipas kita pangil dia ‘Karim’, ok?

Ingat, dorang korang tak kurus takpe. Janji muka I kurus. Pesan banyak-banyak kali dekat Alan macam tu. Hahaha. Alan pon melayan ajer la.

Balik dari Hospital tu I naik dengan Ellis la, lepas tu dia hantar I dekat office I dekat Menara Felda. Naik je tingkat 3 I nampak Van Jenazah. Blardihel. I memang takot Van Jenazah, Rumah Mayat and hantu jenis Pocong. Lalu je Van Jenazah tu I dah menggigil rasa badan. Mata nak jugak pandang side mirror check van tu walaupon takot. I cakap pada Ellis kite park level 4 lepas tu naik jalan kaki ke Level 5 tempat I park kereta sebab nak naik tingkat 5 kena ada access card. Sampai tingkat 5, I ambik kereta I lepas tu turun ke Tingkat 3 balik sebab nak bayar parking Ellis. Park depan pintu yang ada Autopay Machine tu. Betul-betul depan Van Jenazah memang I suka giler la *tangan kebahu. Patut tadi ambik je la kereta Ellis dulu dekat Tingkat 4. Ni nak jugak turun Tingkat 3 dulu. Dah kena lalu sekali depan Van Jenazah.

So berapa kali dah lalu? Naik tingkat 4, turun tingkat 3, naik balik tingkat 4, lalu balik tingkat 3 dah 3 kali lepas tu nak jadik cerita, patut lepas lalu van tu, I terus ke kiri and keluar dari parking. Lepas tu I pergi ke kanan and sampai hujung nampak dah jalan mati. Shit shit shit. Ni dah macam cerita hantu ni. Yang jenis kalau nak selamat, kena lalu kubur balik. Macam tu la. So kena lalu balik Van Jenazah tadi lagi sekali hahahahahahha. I pon patut boleh je reverse tapi saja nak test, kot nampak apapa alang-alang kan? Baru puas hati akuuuu. I lalu laju je lepas tu pandang balik side mirror. Boleh? Hahahaha. Tak keluar lagi parking, I dah call Ellis. Dia cakap dia pon pelik kenapa I kona kanan. Dia ingat I saja nak bagi dia jalan depan. Takde der I nak bagi dia jalan dulu. I ni kata la kalau jumpa hantu, I selamat kan diri sendiri je. Kata la time tu Ellis patah kaki tak boleh jalan, lantak la ko kat situ. Yang penting aku selamat. Hahahahaha.

Keluar dari parking terus I rasa lega. Dekat office parking tu ada je orang tapi yer la, masa tu dah 10.30 malam. Kereta pon banyak dah takde. Memang la nampak seram. Eeee dorang pon dah kenapa parking Van Jenazah dalam ni? Kan ke seram tu? Dah kalau orang kerja balik lewat tetiba tengah lalu kat situ, dia bagi hi beam lampu? Takyah buat lain pon, confirm lencun. Hahahaha. Ellis cakap I comel sebab takot Van Jenazah. Eh memang laaaaaaaaaaaaaaa. I jenis lemah semangat ok? Esoknya I bagitau Mak I pon dia mengekek ketawa. Sabar je la. I sampai  je rumah, terus mandi and solat. Ajak Shein tido terus. Lepas tu belah kanan letak bantal. Walaupon dah sempit tapi nak jugak letak bantal. Saiko giler.

Fuh! Panjang giler entry ni. Puas hati ko kan Kak Tini? Semalam komplen kata entry tergantung. Dari pengalaman naik LRT, ke Visit Anny ke Van Jenazah semua ada. Moga anda terhibur. Sekian terima kasih. Okbye!

-eNd-


2 comments:

ease elias said...

ya allah kak su..finally jumpa jugak spesis sama..sy pun takut van jenazah..kalau pi masjid yang x biasa mcm kat kampung2..lagi nak rasa psiko bila tgk keranda jenazah parking tmpt open..aduhhh..sejuk darah..pastu latest seriau ngan karpet masjid yg ada kapas lekat2..maknanya tmpt tu baru lepas ada solat jenazah..huhuu

Chooyaya! said...

ease elias : eeee ko dah kenapa yang sampai kapas tu pon boleh terfikir?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...