Assalamualaikum..
Tahniah Anny
sebab selamat melahirkan baby boy kedua pada hari Selasa, 1st Mac
2016 di Subang jaya Medical Center. Baby sihat, comel and ada iras Aaron jugak.
Baby punya berat 3.3kg boleh tahan besar walaupon Anny punya peha and hidung
langsung tak besar masa pregnant (mana la keadilan dalam dunia ni). Gila
productive Anny dalam masa 3 tahun dapat 2 baby, terus I rasa tercabar. Si
Ellis pon otw balik tu tetiba cakap nak ada baby lagi sebab rindu. Masa beli
hadiah dekat Mother Care Subang Parade tu, dia punya meroyan tengok baby punya
toys macam apa je. Hahahaha.
Anny check in
hospital Isnin malam 29th February tu. Saspen dia takot baby lahir
masa tahun lompat, jenuh nak tunggu 4 tahun baru boleh celebrate birthday. Anny
bersalin secara induce. Totally lain experience dengan I sebab I bersalin cara
bedah so memang takde rasa sakit nak bersalin. Lepas operate je yang sakit.
Masa I tanya dia, sakit tak contraction lepas tu Anny jawab garang giler, ‘Sakit laaaaaaaa!!’ Dia cakap rasa macam
nak nanges. Hahahaha. Kata gangster pernah tumbuk pengkid? Kenapa nak nanges?
I pergi visit
Anny dengan Ellis sebab kalau nak pergi dengan Saz, berkuntau nak menyiapkan
Shein satu hal, lepas tu dengan jem lagi dari Ampang nak sampai Subang
alamatnya by the time sampai hospital waktu melawat dah habes. I memula plan
nak drive je dari KL ke Subang. Tinggi cita-cita walaupon routine driving Cuma dari
Ampang – Office – KLCC – Pavilion tapi cita-cita mesti mau tinggi. I ok je now
nak drive sebab Event Nuffnang memang I drive sendiri je sekarang ni. Asal ada
waze I ok. Tapi dia punya concentrate kemain macam apa je. Kalau I cakap I
drive jauh, semua orang macam tak percaya. Eh please ok? See the leg la! Tapi
memandangkan orang Kelana Jaya (Dyba) cakap jalan jem and probably I sampai
hospital pukul 10.00 malam (exaggerate giler) so Dyba suggest I naik LRT and
turun dekat Taman Jaya bebetul depan Amcorp Mall office Si Ellis.
Muka malu-malu naik train. Hahaha.
Mata pandang mana tu Dyba?
All the way
dari office I nak ke Ampang Park, I can’t stop talking sebab I excited. Ni
paling jauh ok I naik train? Biasa Damai – KLCC je. Hahahaha. Naseb ada Dyba
and Joe husband dia. Dorang turun last station dekat KJ and Intan go different
direction ke Wangsa Maju. Ni kalau I jalan kaki sorang nak ke Ampang Park LRT
station ni, memang I tak jumpa la train. Haahahaha. Masa dalam train I tak
tido. Selang 5 minutes tanya dekat Dyba dah sampai ke belum? Dyba pon tak tido
melayan I. Lepas tu makin dekat nak sampai, makin I nervous ok? Takot sangat nak
turun sorang-sorang omg. Dyba pesan, ‘Kaksu
ikut je mana orang pergi. Situ tempat keluar ok?’ Ellis pon dah tunggu
siap-siap depan Amcorp Mall. Dalam group semua tanya ‘Kaksu ok tak? Dah sampai ke? Kat mana dah?’ Anny pon sama naik excited berborak dalam
group WhatsApp bila I cakap I pergi office Ellis sorang-sorang . Ellis pon sama
impressed dengan I. HAHAHAHAHA. Dia cakap tak caya I boleh sampai sini
sorang-sorang. Eeee korang semua ni dah kenapa?????
Sebelum pergi
hospital, kitorang dinner dulu dekat Sushi King sebab I nak makan Salmon
Avocado Carpaccio sekali dekat branch
SUbanG parade tu takde. Kata dorang, yang ada cuma kat Sushi King
besar-besar macam KLCC, Midvalley macam tu. Keciwa. Tapi dalam kecewa I share
dengan Ellis makan bento mangkok kecik tu. Padahal dah janji dengan Anny yang
taknak makan nasik. Hahahahaha. Takpe, Anny taktau ni InsyaAllah. Kita bukan
tipu, cuma tak bagitau. Kan?
Ellis cakap I macam Pengawas Pusat Sumber. Pakai baju cream dengan skirt brown and shawl ala-ala brown. Boleh?
Salmon Avocado Carpaccio. Seeeedap! Ni I makan waktu lunch dekat KLCC
Sampai
hospital I tengok Anny muka cantik je macam tak macam lepas bersalin. I dulu
muka pucat and sembap debab badak tapi Anny tetap maintain jelita macam Rozita
Che Wan (Tetiba). I tanya Anny, dia dah kurus ke belum? Dia cakap dah. Confident
tu. Suka I. Kitorang borak gelak-gelak macam biasa. I love Anny and Ellis. They’re
my sweetheart, my soul mate and memang click giler. With them, I jadi diri
sendiri. Semua menda cakap boleh jadik lawak. Alan husband Anny pon dah paham
sangat dah kalau kitorang bertiga bising macam mana.
Masa ni I fikir I selamat la pasal I makan
nasik, sekali masa I duduk sebelah Anny sekali dia pandang I lepas tu tanya, ‘Ko makan nasik eh Suraya?’ ‘Aaaaaaa macam mana ko tau Anny? Mulut aku
bau kuda ke?’ Hahahaha. I cakap
Ellis tu order yang set 2 mangkok kecik tu, so I taknak membazir tapi tu je I
makan sikit tak sampai 5 suap. Anny cakap I tak boleh tipu dia sebab dia boleh
rasa. Lagipon Anny ada sixth sense sebab dia sejenis Manan. Maksudnya orang
kalau tipu dia ke, backstab dia ke apapa at the end of the day dia akan tau.
Mak seram. So orang-orang yang nada sixth sense kita kena panggil dia mana.
Lepas tu kalau lipas kita pangil dia ‘Karim’, ok?
Ingat, dorang korang tak kurus takpe. Janji muka I kurus. Pesan banyak-banyak kali dekat Alan macam tu. Hahaha. Alan pon melayan ajer la.
Balik dari
Hospital tu I naik dengan Ellis la, lepas tu dia hantar I dekat office I dekat
Menara Felda. Naik je tingkat 3 I nampak Van Jenazah. Blardihel. I memang takot
Van Jenazah, Rumah Mayat and hantu jenis Pocong. Lalu je Van Jenazah tu I dah
menggigil rasa badan. Mata nak jugak pandang side mirror check van tu walaupon
takot. I cakap pada Ellis kite park level 4 lepas tu naik jalan kaki ke Level 5
tempat I park kereta sebab nak naik tingkat 5 kena ada access card. Sampai
tingkat 5, I ambik kereta I lepas tu turun ke Tingkat 3 balik sebab nak bayar
parking Ellis. Park depan pintu yang ada Autopay Machine tu. Betul-betul depan
Van Jenazah memang I suka giler la *tangan kebahu. Patut tadi ambik je la
kereta Ellis dulu dekat Tingkat 4. Ni nak jugak turun Tingkat 3 dulu. Dah kena
lalu sekali depan Van Jenazah.
So berapa kali
dah lalu? Naik tingkat 4, turun tingkat 3, naik balik tingkat 4, lalu balik
tingkat 3 dah 3 kali lepas tu nak jadik cerita, patut lepas lalu van tu, I
terus ke kiri and keluar dari parking. Lepas tu I pergi ke kanan and sampai
hujung nampak dah jalan mati. Shit shit shit. Ni dah macam cerita hantu ni.
Yang jenis kalau nak selamat, kena lalu kubur balik. Macam tu la. So kena lalu
balik Van Jenazah tadi lagi sekali hahahahahahha. I pon patut boleh je reverse
tapi saja nak test, kot nampak apapa alang-alang kan? Baru puas hati akuuuu. I
lalu laju je lepas tu pandang balik side mirror. Boleh? Hahahaha. Tak keluar
lagi parking, I dah call Ellis. Dia cakap dia pon pelik kenapa I kona kanan.
Dia ingat I saja nak bagi dia jalan depan. Takde der I nak bagi dia jalan dulu.
I ni kata la kalau jumpa hantu, I selamat kan diri sendiri je. Kata la time tu
Ellis patah kaki tak boleh jalan, lantak la ko kat situ. Yang penting aku
selamat. Hahahahaha.
Keluar dari
parking terus I rasa lega. Dekat office parking tu ada je orang tapi yer la,
masa tu dah 10.30 malam. Kereta pon banyak dah takde. Memang la nampak seram.
Eeee dorang pon dah kenapa parking Van Jenazah dalam ni? Kan ke seram tu? Dah
kalau orang kerja balik lewat tetiba tengah lalu kat situ, dia bagi hi beam
lampu? Takyah buat lain pon, confirm lencun. Hahahaha. Ellis cakap I comel
sebab takot Van Jenazah. Eh memang laaaaaaaaaaaaaaa. I jenis lemah semangat ok?
Esoknya I bagitau Mak I pon dia mengekek ketawa. Sabar je la. I sampai je rumah, terus mandi and solat. Ajak Shein
tido terus. Lepas tu belah kanan letak bantal. Walaupon dah sempit tapi nak
jugak letak bantal. Saiko giler.
Fuh! Panjang
giler entry ni. Puas hati ko kan Kak Tini? Semalam komplen kata entry
tergantung. Dari pengalaman naik LRT, ke Visit Anny ke Van Jenazah semua ada.
Moga anda terhibur. Sekian terima kasih. Okbye!
-eNd-
2 comments:
ya allah kak su..finally jumpa jugak spesis sama..sy pun takut van jenazah..kalau pi masjid yang x biasa mcm kat kampung2..lagi nak rasa psiko bila tgk keranda jenazah parking tmpt open..aduhhh..sejuk darah..pastu latest seriau ngan karpet masjid yg ada kapas lekat2..maknanya tmpt tu baru lepas ada solat jenazah..huhuu
ease elias : eeee ko dah kenapa yang sampai kapas tu pon boleh terfikir?
Post a Comment