Tuesday, March 22, 2016

Pre-Order Sambal Hitam Mama Rish

 Assalamualaikum..

Yes! Akhirnya Mama Rish bersetuju untuk ambik tempahan Sambal Hitam Pahang setelah almost setahun I pujuk dia suruh jual. I am a Sambal Master. Pasal sambal ni, I memang cerewet. Bagi I, sambal air mata I je la yang terpaling sedap. Hahahaha. Lantak la korang nak cakap I perasan ke apa. Berpuluh jenis sambal dah I try and most of the sambal mengecewakan I. I tak suka sambal I under or over seasoned. Kekadang I beli ada yang tawar macam tak letak garam langsung, ada pulak yang macam tertumpah garam. Dah tu macam mana nak makan? Beria menunggu sambal sampai, sekali bila rasa kecewa. Frust tahu tak??? Itu yang kekadang I alter sambal-sambal yang I dapat. Tambah minyak, letak gula sikit and letak garam and serbuk perasa baru boleh makan.

I tak suka sambal I kering kurang minyak. Biarkan minyak tu ngam-ngam je so sambal basah merewcik-rewciks and I tak suka sambal yang kedekut ikan bilis. Ada yang cakap sambal banyak minyak tak healthy eh lantak laaaaaaaa. Tadek la minyak tu banyak macam ikan boleh berenang. Just nice je. I dah try banyak sambal ikan bilis yang ada orang jual tak kisahlah yang I beli terus or yang I beli dekat online shop. To be frank, Sambal Hitam Mama Rish ialah yang paling sama dengan sambal yang I masak. Kitorang ada similar taste bud. Bezanya cuma yang tukang masak je la. Mama Rish rajin masak so anytime boleh makan and I M A L A S so selagi tak teringin sampai ke tekak, selagi tu I tak masak. Hahahaha.

Sambal Mama Rish ni rasa dia sangat sedap. Dia tak macam typical Sambal Hitam Pahang yang korang pernah rasa dan makan. Kalau korang tengok, sambal yang biasa orang jual yang dah dikomersialkan letak dalam botol tu bagi I too dry. Maybe kedeks minyak sebab minyak kan mahal? Or maybe taknak packaging comot dek minyak ke apa I taktau. Kekadang rasa macam semata-mata ikan bilis hancur campur belimbing je semata. Minyak bawang semua takdak. Serba serbi kedekut bahan, nama nak meletop je tapi rasa kelaut. Menyampah. Yang Mama Rish punya ni bila korang makan feel like home. Macam sambal yang korang masak sendiri yang tak kedekut bahan. Paham?


Sabtu lepas, I prepare kan Sazli his lunch. Dia makan ni je and cakap 'MasyaAllah sedapnya'. Haaaa maksudnya kalau dia cakap macam tu, sedap sangat la. Panaskan sambal dalam kuali, lepastu pecahkan sebiji telur. Dah. Malam makan lagi, esoknya makan pulak dengan roti. I sabar je tengok sebab tengah diet.



Sambal Hitam Mama Rish pujaan hatiku.


Ni yang dalam kuali punya. Korang tengok la berselirat ikan bilis. Tak kedekut bahan Mama Rish buat. Sambal Hitam ni Rish sebut 'Sambal Inflasi' sebab dia kata orang kalau takde duit, makan sambal ikan bilis je. Wajaq! Hahahaha

Setiap kali Rish balik Kuala Lipis wajib dia bekalkan I ‘Sambal Inflasi’ ni pada I. I menggelupur la suka. Haritu senyap-senyap makan sorang. Sekali bila Sazli makan, dah dia pon sama naik. Nak kena share pulak. I suka makan dengan roti gardenia and paling best is panaskan sambal ni dalam kuali, pecahkan sebiji telur and paling-palingkan kasik telur hancur-hancur manja. Lepas tu makan dengan nasi putih and kicap manis perrrrrghhhhhhh. I tell you, I boleh makan lauk macam ni je everyday. Takyah makan menda lain dah.

So, kepada yang teringin nak makan Sambal Air Mata I yang I selalu kompang-kompangkan dalam blog I ni, please order dengan Rish sebab rasa sambal air mata I sebijik macam Sambal Hitam Mama Rish ni. Pre-Order yer? Mama Rish tak buat all the time. Ni first time dia buat. Itupon sebab Acap nak order. So dah macam tu, Rish pon bukan order pada readers I. Maksudnya kalau korang nak rasa, this is the time. Mama Rish tak buat setiap masa. Exclusive ni. So maksudnya kalau korang terlepas kali ni, lain kali tu taktau la bila lagi. I bet, korang akan suka. Ni Sambal Master punya cakap, kalau taknak caya sudah nama ko Bedah tetek ko sebelah. Haha.

Korang akan dapat sambal ni bulan 4. 200++ gram RM15.00, 500++ gram RM30.00. COD area Bandar Baru Sentul and Jalan Raja Chulan. Mana yang kerja KLCC or Felda, boleh ambik pada I je. Kalau nak post, kena tambah postage RM6.00 sebekas. More than 3 bekas kata Rish FREE Postage. Amboi kemain. Hahaha. Rish ni paling belagak ok? I punya la cakap Sambal Mama dia sedap dia buat dek je. Kata dia, Sambal Hitam ni susah nak nampak menyelerakan and memang tadek selera nak tengok. Masa dia sekolah dulu, kalau Mama dia masak sambal ni nanti dia and adik-adik dia sanggup lapar tak makan. Last time masa Mama Rish bawak Sambal Hitam ni datang KL and I first time makan, seronok la dia tengok I makan bersungguh. Almost 30 tahun dia masak, anak-anak dia buat tak peduli. Hahahaha. Belagak ok?

Apapa korang nak tanya boleh Call/WhatsApp Rish direct. 012-2916532. OK? I tukang promote je. Expect delay response sebab Rish dia busy kerja Lawyer. Part time jual sambal. Hahahaha. Nanti dia dah balik rumah, dia akan reply korang punya messsage. Ni harap-harap dapat la 2 bekas sambal dah tolong promote ni. Satu I punya, satu Saz punya. No sharing. Kasik tau Mama you eh Rish? HAHAHAHAHHAHAHA.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...