Monday, March 21, 2016

Smoked Salmon Bagel

Assalamualaikum..

Al-hamdulillah Majlis Pertunangan Kakyang and Eddy dah selamat berlangsung Sabtu lepas (19.3.2016) dekat Bilik Perdana Satu, Dewan Perdana Felda. Semua smooth je. Takde masalah apa. On time and semua orang dapat makan sedap. Yang merana I je la sebab tengah diet. Huwaaaa. Dah la ada Nasi Minyak semua lauk-pauk sedap, Mee Kuah, Laksa Johor, segala mala tok nenek kueh ada siap teh tarik and air oren Sunquick sejuk. Kaklong and Abang Long paling happy. Thank you pada semua yang hadir dan memeriahkan majlis dan membantu majlis ni dari Dewan Perdana team, photographer, MUA (Shae and LinDa), family dan rakan-rakan seperjuangan sekalian (tetiba macam ucapan ko dah kenapa?) 

Memang cenggini la Makcik Pengantin gila kuasa beria nak cakap terima kasih semua macamkan dia yang Mak Pengantin. Hahahaha bior la. Yerlaaaaa. Sebab kata Kaklong, IG and FB I paling ramai friends and follower so I la kena cakap terima kasih bagi pihak family. Kang kalau dia terima kasih dekat FB dia nanti konsep dia krik krik krik. Hahaha. Tapi harini I takde la nak cerita pasal majlis Ayang and Eddy. Kita peram dulu untuk memberi element surprise pada semua orang. Lagipon gambar ada 60 juta. I agak entry Kakyang bertunang akan mengikut jejak langkah entry Korea. Hahahahahaha.

Anyway, harini I dah Day 7 on GM Diet Program. Kalau ikutkan today I dah boleh makan semangkok brown rice dengan lean meat with fruit juice. I cheat sikit. I tak ambik brown rice tapi I replace dengan Smoke Salmon Bagel dengan Fresh Orange dekat Coffee Beans. I jumpa Anny tadi sebagai tanda dia mintak maaf tak dapat datang Sabtu lepas. Baby Aydan macam ada ulser dalam mulut so dia bawak pergi hosp and stuck dekat sana orang ramai. So pukul 3.30pm baru setel, takkan nak suruh minum air kosong je. Majlis dah habes. Anny punya frust membawak ke hari Ahad. Beria. Haha. 


Smoked Salmon Bagel Coffee Beans. Sedapnya.. Salad dia pon sedap. Ada cranberries and almond.



Pandangan atas


Anny makan amenda ni? Poached egg eh? Ke egg Benedict? Kata Anny dia pandai dah buat poached egg siap dengan hollandaise sauce. Cara dia cakap 'Aku pandai laaaa' macam poyo giler. Haha.


Cecece orange juice.


Smoked Salmon Bagel ni ada 470 calories. So I ada balance 30 more calories to consume kalau I limit 500 calories/day. So lepas ni minum air kosong je la sampai bloated. Hahahaha. Padahal Fresh Orange Juice tu je pon dah 112 cal so acaneh? Total weight lost dari I start diet Isnin 7 March 2016 is 3.1kg. Tak banyak tapi oleh laaaaaaaaaaaaaa. Terasa la badan ringan sikit and lemak dekat pinggang dah mencair sikit. Walaupon slowly turun tapi takpe. I menggunakan concept, slowly but surely. Taknak push sangat. GM diet ni pon I buat sebulan sekali je. Paling seksa nak diet is on weekend, so lepas ni weekend is my cheat day tapi I taknak la super cheat sampai makan nasik tambah dua kali.

Ko tak tau semalam I masak nasik lepas tu panaskan Sambal Hitam Mama Rish and pecah telur dalam tu and bagi pada Saz, dia punya bau memang mengundang and rasa macam sebak sangat. Tapi kena kental la. Lagipon seriously I dah bosan jadik gemok. Anyway, Mama Rish nak open for pre-order Sambal Hitam dia. Nanti I buat satu entry khas. Sambil taip ni pon I telan ailio. Sambal Hitam Mama Rish paling kena dengan dekat I and paling sama rasa dengan Sambal Air Mata I. Dia bukan macam typical sambal hitam yang kering giler tu. Ni lain. I nak explen pon tak reti. 

Padahal tadi cerita pasal Smoked Salmon Bagel, ni tetiba dah jadik cerita Sambal Hitam Mama Rish. Senang betul nak distracted dengan cerita sambal. Hahaha.

-eNd-

No comments: