Friday, March 18, 2016

Survive Day 4 - GM Diet Plan

Assalamualaikum..

Now I dah day 4 guna GM diet program. Sekarang I taknak la pung pang cakap apa sebab turun pon baru 2kg bukan 20 kg pon. I nak tunggu sampai Selasa nanti and buat weighing balik and nak tengok berapa total weight lost. GM diet program ni bagi I tak la tough macam Atkins yang tak ambik carbs and sugar tu. Ikutkan kalau rajin prepare foods, Atkins is not bad too tapi GM diet program ni boleh makan buah and sayur. Sebab tu I rasa I boleh ‘hidup’ walaupon sipi-sipi lagi nak mampos. Haha. Day 1 fruits only (except banana), Day 2 veggies only, Day 3 combination veggies + fruits (no bananas and potatoes) and Day 4 ni I suppose to take bananas + skim milk tapi sebab tak menyempat nak beli pisang so I ambik je buah pagi tadi and susu yang bukan skim milk. Nanti pepetang baru cari pishang.

Kalau ikutkan I ada la cheat here and there. Macam semalam I minum seteguk orange juice and day 2 seteguk float tapi kira ok la dari bantai makan nasik sepinggan. I pon takde la nak desperate to lose weight, biar slowly but surely. Since Isnin lepas (cheat-cheat ayam on weekends) sampai sekarang I lose 2kg je pon tapi I happy I punya inch dah lost. Maksudnya badan punya babat, I terasa la dah berkurangan. Peha pon gesel tadek la macam nokharom, cuma berat  je la turun slowly. Habes GM diet program ni, I akan start count my calories back and avoid dessert and sugar selagi yang I mampu.

Ada yang komen dekat Facebook I, ‘Kaksu kalau berjaya buat GM diet ni boleh jadik General Manager ke?’ I jawab ‘Tak la. Gadis Metro’. Hahahaha. GM ni actually stand for General Motors la ngek. Bukan General Manager. Hahahahah. More info boleh baca dekat sini. Dia punya diet plan ada macam-macam version. Ada yang Day 6 boleh makan lean meat and ada yang 100% vegetarians. Ikut suka mengkome la nak follow yang mana. Buat mana yang terdaya. Jangan push and please understand your body ok? 


7 days GM diet plan.


Now pon I dah cut almost 90% of sugar intake I tu yang dah nak mampos rasa and rasa macam nak penampar je semua orang hahah but Alhamdulillah so far I survive. Semalam masa nak masuk lift ada kucing tegur I meow meowww lepas tu I pandang dia and cakap, ‘Ko jangan nak macam-macam, aku lapar ni. Kang dengan engko skali aku makan’. Kucing tu macam paham kena marah terus blah. Haha. I wasn’t like that actually tapi sugar tak cukup ni memang nak mengamok je kerja. Hahaha.

Thank you my neighbor Kak Fieza yang suggest I GM diet ni. Walaupon I tau ramai yang cakap GM diet and Atkins diet ni MENIPU sebab kita cuma hilang air dalam badan je but bagi I, no harm trying. I sanggup buat. Cakap la bodoh ke apa ke tak kisaaaaah. Lalalala. Nanti Selasa I count back my calories and the most important thing is air kena minum banyak, sugar kena cut cut cut. Semalam Kakyang and De kemain makan Mc Flurry la, Apple pie la. I ni menyirap je tengok. Dalam hati menanges. Sakit hati pada De sebab makan macam Babun tapi berat 48kg je. Kata dia, nasi dia wajib makan hari-hari and dia makan nasik sepinggan penuh siap bertambah. Malam petang siang bedal. Bela hantu ke yang tak gemok-gemok ni? Menyam.

I dah kira, kalau I hilang 2kg dalam sebulan so dalam masa 6 bulan I dah hilang 12kg so lepas tu berat dah setaraf macam masa memula datang KL la. Walaupon taip macam senang je 6 bulan nak hilang 12kg tapi I akan usaha sebab this time I memang tak main-main. Tapi nak dapat berat macam De seriously I tak mampu. If I boleh curi masa untuk workout, I rasa memang best sangat dah. Dapat treadmill letak dekat rumah pon, I rasa I am the happiest woman on earth (harap Sazli baca ni). Hahaha. Imagine ada treadmill dekat rumah, sesambil tengok Grey’s Anatomy or The Nanny yang I rakam, boleh lari. Dapat 2km sehari pon dah best. Sebab sebenarnya kalau jaga makan and workout, berat tu lagi mudah nak turun sebab burn fats. Lepas tu kata la I nak enjoy makan balik, I boleh lari and burn balik calories yang I dah ambik. Kan?

Kalau nak enjoy makan lepas tu taknak exercise, dah gemok la ko kat situ sampai kiamat. I ni pon naseb la tetiba ada kesedaran yang berat dah banyak. Kalau tak sedar-sedar jugak taktau la. Ni esok ni Ayang bertunang kata Kaklong ada Nasi Minyak, Mee Johor, Mee Kuah segala mala kuih muih dengan Huda lagi bagi kek aje mampos. Ikutkan I boleh makan brown rice semangkok dengan sup tomato or makan 6 biji tomato je untuk Day  GM Diet. Kiter tengok esok berjaya ke tak. I harap I tak meroyan atau kena sawan tarik.

 Okla bye. Lapar ni. Takde energy nak taip panjang-panjang.


-eNd-

5 comments:

ieda iedana said...

Kaksu, beli Osim UShape letak sebiji kat rumah.

Mesin tu buat lemak2 kita bergegar macam onggiler. Besttt....

Nur Aishah said...

HAHAHAH sawan tarik yg tak tahan!
igt ko budak2 su?? sket2 nak tarik?
adoii su. kalau agak2 dah gibab and pedap, roger i.
kita p pekena pegaga. hahaha.
anggaplah komen i ni sbgai pembakar smngat..instead of pembakar lemak ye su sayang :)

Fiza Zasmi said...

kipidap kak su!! fiza tgk gambar dalam fb akak mase tunang kak yang tu mmg dah nampak akak kurus, muka pun dah runcing...

fiza pun tengah buat atkin balik setelah tenggelam dlm dasar laut paling dalam, harap sempatlah kurus sebelom raye.. nak pakai baju cecantikkk..

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue
Cho hampa bc kak Dianan ISahak pya blog
Kuruih cepat n tak seksa berdiet :P

Jon said...

If you dedicate yourself over the next 21-days and follow The 3 Week Diet as outlined, you will be walking around with 12 to 23 pounds of body fat gone from your waist, hips, thighs, belly and butt. Your clothes will be looser, you’ll look healthier and more attractive…and you’ll have more energy than you’ve ever had in a long, long time.

The best food for good health to maintain the system of your body I really engaged for.

Find out here: Fast Healthy Weight Loss

Best rgs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...