Tuesday, March 15, 2016

Sunday at Miera and Eddie's

Assalamualaikum

Ahad lepas, Miera and Eddie menjadik host untuk acara makan kecil-kecilan dekat rumah dorang di Metropolitan Square Damansara Perdana. Laju je I cakap I ON sebab I suka la dapat keluar dari Ampang. Yes! Hahaha. Si Fruz husband Rish jadik tukang masak dengan Miera. I pon tau masa teman Intan buat rambut dekat Lavinas pagi tu. I cakap pada Miera, ni mesti I dengan Saz KIV sebab tu kitorang tau lambat. Tapi KIV ke apa lantak ah. Pedulik apa. Dari I mengadap muka Shein je petang nanti lepas tu gaduh, baik pergi sana je. Saz ada bola dekat Damansara jugak petang tu tapi kata dia, dia pergi dengan Apis. So Maksudnya kalau jawapan macam tu apa dia? Maksudnya dia taknak ajak I la. Siot.

Dorang ajak makan dekat sana and bawak kids swimming later. Ada aktiviti untuk Shein ok la sebab Si Shein ni mudah jemu. Kang kalau dia bosan, ada je la dia nak buat apapa. Malas I nak tarzan-tarzan dekat rumah orang. Memula I dengan Intan plan nak buat facial, lepas tu Intan nak pergi Poh Kong repair gelang and pergi beli toiletries later dekat Watson. Dia memang makcik-makcik perangai sebab asal ada masa free, mesti nak masuk kedai emas. Hahahaha. Tapi sebab I nak pergi rumah Miera so abes Intan buat rambut dalam pukul 2.00pm tu terus kitorang gerak ke Damansara. Tak sempat nak makan Nasi Arab (Makan ayam je la dengan salad sebab diet) kedai sebelah Lavinas tu. Takper Intan, next time ok? Tak lari kedai tu.

Dekat sana ada Miera and Eddie, Family Acap, Family Rish, Zareef, Apis, Gofur datang join later after bola and kitorang. So ada 11 orang + 2 toddlers + 1 baby anak Acap. Makanan punya la melambak macam nak makan 20 orang. I telan ailio je tengok semua. Huwaaaaa. Tapi makan jugak la ayam seketol (I tipu. 2 sebenarnya haha) and makan sikit-sikit here and there. Roasted chicken tu bapak la sedap. Miera cakap nak bagi resepi later. I ingat dia kata bubuh English herbs macam thyme, rosemary, parsley, sage, black pepper,  garlic etc, butter and mayonnaise. Lepas tu perap the chicken and bakar. Simple je recipe dia tapi sedap gilos! Makan dengan Sos Cili Lingam and Honey Mustard omagad goodbye diet.


Roasted Chicken by Miera. Seriously sedap giler! I biasa kalau ayam suka pedas-pedas je. Tapi bila makan herbs roasted chicken macam ni pon sedap giler ok? Lawan dengan honey mustard. Who's your daddy?????



Lasagna ni pon sedap jugak. Perfecto!


Potato Gratin by Chef Fruz.

Bila Fruz masak je, I teringat dulu peristiwa masa dia masak dekat rumah I sebab kitorang buat makan-makan macam ni la. Lepas tu dia bawak periuk nasi besar Mak dia. Sekali masa dekat rumah I, Mak dia call tanya mana periuk nasik dia? Hahahaha. Bongok Fruz. Lain kali kalau nak bawak periuk nasik Mak, inform la dulu. Meraban la orang tua tu mencarik periuk nasi dia. Fruz ni pandai masak ok? Dia kata Raisa nanti umur 8 tahun dah kena pandai masak macam Junior Masterchef tu. Kata Rish, Western Fruz pandai la tapi kalau masakan melayu Fruz masak tak sedap sebab tak letak ajinomoto. 

Memang pon! Masa masak dekat rumah I, kalau Fruz ni ada dekat dapur kitorang sorok segala Serbuk Cukup Rasa sebab dia tak bagi letak. Bising membebel macam Chef Wan! Hahahaha. Sebenarnya MSG pon bukan elok kalau kita makan tapi bak kata Rish, kalau tak letak rasa macam tak puas. Sama la macam I. I memang letak Pak Aji or Serbuk Cukup Rasa dalam masakan I. Lantak la korang nak kata apa.


Fries ni pon sedap. I cuit hujung fries tu je dengan linangan air mata. Sedapnya lahai nampak gambar ni.


Onion Rings pon ada. Ada fruit cocktail dengan dragon fruit as well. Yang tu Fruz bawak keluar lambat sebab kalau bawak keluar awal memang sekejap dah habes.



Hi Puteri Dhia Hana. Meragam je dia harini. Maybe KL humid kot? Acap tak stay lama sebab dia nak kena balik Seremban.


Zareef, Fruz + Raisa, Acap and Eddie. Ni semua kawan-kawan Sazli masa study dekat Aussie dulu. Zareef je bujang, yang lain taken ye? Haha. Zareef tu dah la handsome, pilot pulak tu. Dia cakap semua orang taknak dengan dia. I memang percaya sangat cakap dia.


Hari Ahad tu, kitorang semua pempuan-pempuan interview Zareef. Dia redha je la sebab dah tak boleh nak lari. Hahaha. I tanya dia, Zareef you bawak kapalterbang yang naik atas langit tu ke? Dia jawab boring sambil menyuap makan. 'Ya'. Lepas tu I tanya lagi, You buat announcement tak yang bagitau cuaca macam mana semua tu? 'Ye Maksu'. Cuba you announce I nak dengar. Lepas tu dia pandang I and macam nak cakap 'Taknak'. Hahahahah. Taknak sudah laaaaaaaa. Eksyen! Gossip-gossip lain I tak boleh reveal la dekat sini nanti takot semua reporter carik dia. Haha. Kata Zareef, dia kerja driver je. Bawak Bangla apa yang best Maksu? Yerlaaaaa. Pilot tak best. Kbye.

Later petang kita bawak bebudak swimming. Si Sazli and Hafiz beria nak main bola dengan team Al-Amin. Puas kitorang pujuk suruh cancel, dorang taknak. Last-last opponent tak cukup orang and main suka-suka je. Padan muka. Si Shein biasa dia dengan Sazli kalau mandi-manda. Kali ni Sazli takde, tetiba rasa macam Makjan. Sian sangat I dengan Shein. Tadek orang nak layan mandi kolam. Haha.


Si Fruz dengan Raisa. Budak tu tak pakai pelampung. Eksyen. Macamkan tau berenang. Ada la segelas air Raisa minum haritu.


Zareef and Eddie boring je dekat kolam kanak-kanak lepas tu dorang swimming dekat kolam lain and naik atas layan PS4.


Rish tu dah pregnant second baby 6 months. Tapi elok je tak gemok. Kata dia, kalini takde la makan banyak macam masa megandungkan Raisa dulu. Sebelah I yang tudung coklat tu Miera. Miera pandai giler masak. I tengok kitchen rumah dia macam dalam dapur Master Chef.

Lepas drama sebabak dengan Shein sebab dia taknak naik atas and sebab ada anak Chinese tu nak ambik balik toys dia semula yang Shein pegang, maka bertabah la I handle Shein dengan Miera. Tapi I rasa hebat sebab I calm sangat haritu. Lagsung tak marah Shein walaupon dia tantrum menggelupur atas rumput and again, buat show. Naseb la mentality tenant dekat rumah Miera ni bagus. Takde yang sebok-sebok macam kes Wangsa Walk dulu. I kalau takde yang sebok-sebok, I boleh je handle Shein calmly. No problem. Lepas dia letih mengamuk, dia ok la. Naik atas, I mandikan dia and masa nak pakai baju dalam bilik Miera, Shein tunjuk aircond suruh Miera pasang. OMG Shein perangai. Sabar ajer la.


Sambung main PS4. Bebudak ni main PS4 sampai 5 6  jam pon tadek masalah.


Sazli lepas balik bola, dia gentel la Shein. Selagi tak nanges Si Shein, memang selagi tu takkan stop.

Shein pulak masa Sazli ada balik dekat rumah Miera lepas bola, mula la dia buat perangai. Main tissue buat bunga rampai and tabur bedak wangi satu rumah Miera. Dia memang suka nak test Sazli. Saja nak carik pasal suruh kitorang marah. I suap dia ayam, dia taknak. Usually lepas swimming kan dia akan lapar? Last makan pon pagi tadi roti canai sekeping setengah. Miera offer masakkan nasik. Dia masak setengah pot, lepas tu Shein makan habes ok? Makan dengan kicap je pon. Lapar sangat Shein sampai habes seperiuk Auntie Miera masakkan nasik. Naseb Shein makan sorang je. Masa I tengah tiup nasik, dia dah panjat badan I suruh suap.

Lepas makan nasik, Miera bawak keluar Mini Cornetto. Shein memula dah habeskan 2 batang lepas tu dia nampak Miera tengah makan, dia panjat meja and ambik Miera punya ice-cream dekat tangan Miera. Hahaha. Ko dah kenapa Shein??? Perangai dia macam tak cukup makan. Sabar aje la. Dalam pukul 10.00pm , kitorang semua gerak balik. Thank you Miera and Eddie for hosting makan-makan ni and Fruz sebab masakkan kitorang sedap-sedap. Lain kali harap jemput lagi. Seronok sesekali lepak ramai-ramai macam ni dengan anak masing-masing. Nanti boleh buat Family Day WakDan pulak. Lagi meriah.

-eNd-

1 comment:

Haris Zuhaina said...

rekemenkan la si intan ngan zareef ;)
-HarisZuhaina-