Wednesday, March 23, 2016

Set Nasi Kandar RM5.00 dari Dapoq Chombi Penang Bag Hang

Assalamualaikum..

Berita baik kepada semua penggemar Original Nasi Kandar Penang yang duduk dekat KL (terutamanya diri sendiri), harini I nak introduce pada korang dengan Nasi Kandar Penang yang sedap, menggunakan resepi original dari Penang terus ke KL. Nama depa ialah Food Truck - Dapoq Chombi Baq Hang... Owner dia nama Kak Chombi asal dari Penang sana nu.. Memang asalnya depa meniaga dekat Penang sebelum ni. Tapi sekarang ni Kak Chombi ikut husband dia pindah ke KL lepas tu cuba menggemukkan orang KL pulak. Hahahaha. 

Ko sabar Kak Chombi, Pakkal la tengah diet sekarang ni. Cukup bulan ni Su nak datang sana serang Food truck akak! Mana tahan tengok gambar je. Dah la murah-murah semua woi set-set dia. I sambil taip, sambil telan ailio. Blardihel.

Cakap pasal dia punya freshness of dishes korang jangan risau sebab dorang memang masak atas truck hangkut segala periuk kuali sekali atas truck. Ayam Goreng Pandan, depa goreng panas-panas on the spot atas truck, bukan goreng dekat rumah bawak mai dekat lori. Dak. Maksudnya kalau hangpa makan, memang panas-panas. So memang puas hati. Tau la ayam kalau makan panas-panas dia punya nikmat macam mana. I kalau dapat Ayam Goreng Pandan ni, makan dengan nasik and kicap pon dah cukup. Takyah menda lain dah. Jom tengok gambar.



 Ayam Bawang Berempah freshly made everyday, cook with love. Kuah kari pekat pedepow! Original recipe dari Penang. Tengok gambar dah tau sedap. Kuah kari dia tu buat cicah dengan lempeng samadengan pengsannnnn!

  


Satu satunya Foodtruck yang menjual Nasi Kandaq Melayu dengan harga yang berpatutan... Memang tak dapat dekat mana-mana kedai nasi kandaq lain... Tagline mereka : Sedap Habaq Kat Kawan.. Tak Sedap WhatsApp Kak Chombi




Set A - Nasi Putih + Ayam Masak Hitam Chombi + Kari = RM5.00



Set B - Nasi Putih + Ayam Pandan + Kari = RM5.00




Set C - Nasi Putih + Ayam Goreng Pandan + Ayam Hitam Chombi + Kari = RM8.00
  

Set D - Nasi Putih + Ayam Goreng Pandan + Ayam Hitam Chombi + Telur Goreng + Kari = RM9.00
  


Set E - Nasi Putih + Ayam Hitam Combi + Telur Goreng + Kari = RM6.00




Set F - Nasi Putih + Ayam Goreng Pandan + Telur Goreng + Kari = RM6.00


Semua set ni, memang korang dapat FREE kari and di pack asing. So korang boleh la adjust sendiri nak rasa macam mana ikut selera masing-masing. Kalau korang tengok dekat kedai Mamak, usually dorang campur sekali kan? Nanti by the time nak makan, nasik dah kembang. Tak syiok! Macam ni boleh beli tengahari and makan later time malam or bebila rasa nak makan. Tu pon kalau tahan la. Bab Nasi Kandar memang goodbye la diet. Tak berbaloi nak diet bagai sebab Nasi Kandaq sangat la sedap! Cheat day sehari takpe. Hehe. Ko jangan nak sengih-sengih la Apai. Aku tampar kang!

Dapoq Chombi Penang Baq Hang jugak menerima tempahan untuk sebarang majlis. Menu boleh request base on the budget macam Kari Kepala Ikan, Sotong, Udang, Daging or Kambing. Mintak je dekat depa, semua ada. InsyaAllah depa boleh buat semua. Makan dekat sini tanpa was-was. Own by Muslim and takda ragu-ragu dah. Sesetengah orang very particular about this kan? Lepas tu korang boleh check out sekali mereka serve and pack semua ni before your eyes and korang tau yang kawasan penyediaan makanan amatlah bersih.

Call or WhatsApp: 017 2675387
Lokasi Truck : Jln Tengah, Belakang Jalan Raja Chulan
Hours :  11:00am hingga nasi habis
Day : Isnin hinnga Khamis

Kalau rasa nak tanya apapa soalan lain atau nak lokasi lebih tepat, korang hubungi terus Kak Chombi nanti dia share location so lebih mudah untuk korang to get here. So apa lagi? Kasik serbuuuuuuu laaa. lagipon murah sangat ni set-set Menu dorang. Korang tunggu I punya update bila I cuba sendiri keenakan Nasi Kandaq dari Dapoq Chombi Penang Bag Hang ni ok? Stay tuned!

-eNd-

2 comments:

Tina Othman said...

Su, ni area yg hari jumaat lunch hour ada pasar tu ke, mcm teringin nak try

Chooyaya! said...

Tina Othman : Ha a. Sebab tu la Jumaat dia tutup. Sila la try.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...