Tuesday, April 12, 2016

Chili's, The Worst Steak EVER

Assalamualaikum..

Sekarang ni asal malam je, mata cepat benau nak tutup. Pukul 9.00pm I dah rasa macam nak tido. Mata memang tak boleh nak angkat sampai rasa macam nak tongkat dengan mancis! I sampai geleng-geleng kepala tampar pipi taknak bagi tido. Tapi bagus la tido awal ni sebab nanti kurang la nak fikir pasal makan je. Lepas tu Shein pon tido awal, so boleh la dia bangun esoknya dengan gembira. Kalau tido lambat, nanti cranky susah Abah nak handle Shein pergi sekolah. Pagi ni, sampai office terus I timbang. Bila kira total weight lost dari mula diet dah 5kg rasa macam sebak. Tak sangka I boleh elak minum air sedap and elak dessert sampai macam ni. Cecece. So, sempena nak celebrate hilang 5kg, I cakap pada Anny I nak makan steak! Gitu laaaaa. Pantang kuruss sikit, mula menggelupur nak makan jugak. Hahaha. Sebab kebetulan nak COD Transgluta dekat KLCC so kitorang makan dekat Chili's je la. 


NY Strip. 10 oz berat. RM55.85 harga. Boleh tahan the price. Tak mahal sangat untuk tempat yang macam ni.



I mintak medium rare macam biasa.


Anny pulak order Monterrey Chicken. RM30.60


 Cuba-cuba ambik gambar macam dalam IG tu. Result: buruk. Hahahaha

Masa I order tu, I dah cakap pada Waiter make sure steak yang I order ni medium rare. Sebab last time I mintak Rib Eye medium rare tapi dapat medium well. I tak suka steak I selain dari medium rare and I tak suka if dorang tak ikut macam apa yang I order. For me, how you cook my steak is really a big business. Jangan main-main sebab nanti I boleh tadek mood nak makan. Lepas tu I merajuk taknak makan terus, you nak pujuk ke? I bab makan pon boleh merajuk. Ingat tak kisah apam balik? Hahahaha. Dah la last time, masa sampai tu steak I dah sejuk. Daging pon liat. Sangat mengecewakan. I pon satu, dah tau dah Chili's ni steak dia tak sedap tapi nak jugak tu cuba lagi sekali. Mana tau yang tak sedap tu Rib Eye je. Yang lain sedap. Kan? So this time I order NY Strip pulak dengan harapan ok la.

Sekali bila dapat, masih lagi hampeh! Dorang masak betul dah medium rare. Tapi first cut, takde keluar pon juice dari daging and liat sampai teralih pinggan I  and paling worst, steak ni dah sejuk. I rasa dorang lambat serve as butter atas steak tu pon tak cair. Keras kejung macam tu je. Butter kalau kena hot surface mesti la dia akan melting kan? Ni takde pon. Keras je. Bila I rasa steak tu sejuk, I dah muka ketat. Tau dah ni mesti tak sedap. Masuk mulut, major disappointing la sebab memang sejuk mana nak sedap. I panggil Waiter and tanya kenapa steak I dah sejuk. Anny cakap, suruh dia panaskan balik. Tapi kalau panaskan, mana nak jadik medium rare dah. So Waiter tu check dekat Manager dia. Masa dia datang balik, dia cakap .'Ma'am, the steak cannot be hot because it's medium rare'.

I pon cakap, 'Ok' and continue makan walaupon liat and sejuk. Jawapan paling bodoh I pernah dapat. Steak tak boleh panas sebab medium rare.Daaaaaa?? Dah tu ko masak guna apa? Dia ingat I ni first time makan steak ke apa? I dah makan macam-macam tempat, tak pernah dapat steak sejuk and tak pernah dapat jawapan steak tak boleh panas sebab medium rare. OMG rasa macam sesia diperbodohkan. Tapi Chili's bernaseb baik sebab tadi I sangat lapar and takde mood nak bersoal-jawab. Anny pon impressed tengok I cool je jawab 'OK' and tak meroyan sebab dia tau I kalau lapar memang nak marah orang je kerjanya. Cuma dia bising la takot I sakit perut makan daging sejuk tak masak. Hahahaha.

So please bear dalam kepala yang Chili's serve the worst steak and please do not order. Steak dia sejuk dan liat. Harga dah la mahal. Yang paling mahal is Premium Tenderloin (RM77.95) but I rasa macam taknak waste more money untuk try steak dekat sini next time as dah ada 2 kali ada bad experience with Chili's Steak. Dah la sejuk, liat pulak tu. Eee geram betul aku! Jawapan dapat pon boleh tahan bodoh jugak la. Makanan lain macam Fajita's and many more tu, ok je. Burger dia pon not bad. Tapi steak is tak sedap. Booooooo!!! Lain kali kalau nak makan steak yang puas hati, pergi je la Victoria Station or Menate. Yang tu memang confirm sedap and masak tak pernah silap. Kalau ada duit banyak, makan dekat Angus Steak House. Pon boleh.  


Muka senyum sebelum kejadian dapat steak sejuk. Ni blog reader yang kerja Petronas.  Quya nama dia. Dia beli 2 botol Transgluta. Thank you Quya! I cakap pada dia, lambat bank in sejam RM1.00 interest naik. Quya punya takot, naik office terus transfer dekat I. Haha.

Kata Quya, dia suka baca blog I sebab ada banyak makanan sedap. Haha. Itu pon jawapan paling banyak I dapat bila tanya kenapa suka baca blog I. Blog makan dorang cakap. Tapi now kan I diet, tu mesti ramai yang tak puas hati tu sebab dah jarang update pasal makan. Hehe. Anyway, sapa yang nak order Transgluta boleh ajer you olls. RM69.90 sebotol, RM129.90 dua botol. Harga promosi masih ada. Check la dalam previous entry. Kalau korang tanya sampai bila, I akan jawab macam ni : Sampai Abang Jamil Mampos! Hahahaha. WhatsApp I 0129184042 untuk order. OK? Jangan la pulak hantar whatsapp spam macam jual barang-barang dekat I pulak. Sian I nak clear gambar banyak-banyak dalam folder. OK? 

-eNd-

3 comments:

cikel said...

Wahhhhh!! Tahniah kaksu dah berjaya turun berat badan.. :)
Kalau saya lakan..saya tak byr harga steak tu..hmmm

Cici said...

HAHAHA kelakarnya jawapan dorang. manager pun nak selamatkan bontot dia, dia bagi je lah jawapan macam tu. btw I pun dok mencuba cuba gambo flatlay tapi jarang menjadi. ahhaha >,<

Chooyaya! said...

cikel : kaksu suka makan premium steak. so tau dah harga memang macam tu. so sebab suka makan, tadek hal kalau nak bayar lebih. kalau steak dekat kedai mamak rm18.00 tu kaksu tak suka. sebab dia tak boleh buat medium rare.

mommy cici : tu la. dia bernaseb baik sebab i malas nak argue masa tu. sebab lapar. fikir nak makan je.