Wednesday, April 20, 2016

Happy Birthday Papa. Assemoga!

Assalamualaikum..

Harini 20 April 2016 is Sazli punya 34th birthday. Happy Birthday Papa! Semoga panjang umur, murah rezeki dan dirahmati Allah dunia akhirat. Semua doa yang baik-baik I mintak pada Allah untuk you. I want you to be happy. Always…. I support you in whatever you like and I’ll try my best to make you happy coz your happiness is one of my priority. InsyaAllah setakat mana yang I mampu, I akan cuba sebab you are my very best friend! I want you to be happy Papa... Bila you happy, your face expression are priceless. It’s always pure from your heart. Rasa macam urrrghhhh *tumbuk dada sendiri sambil pejam mata. Haha. Sazli ni memang seorang manusia yang paling hargai apa yang orang buat untuk dia. That’s my Sazli. It’s a beautiful sunny day today on your birthday. Alhamdulillah and thank you Allah sebab bagi kesihatan pada Sazli and pinjamkan dia pada I and Shein sampai sekarang…


Happy 34th birthday Papa. Assemoga


I dah wish Sazli ‘Happy Birthday Papa!’ dari Isnin lagi. Nanti dia segan la kalau I sebut macam tu and mesti nak lari-lari dari I. Haha.  Sazli ni is a person yang paling tak suka surprise and tak suka kalau I spend untuk dia macam bagi hadiah ke apa, nanti dia akan cakap ‘Ala, takyah buat macam ni la… I terkejut’. Dah namanya pon surprise memang la terkejut. Lepas tu ada this one year, dia cakap pada I jangan belikan dia apapa. Dia taknak. Memang bersungguh la muka dia mintak macam tu pada I sampai rasa serba salah. Yerla, kita ni sebagai isteri mesti nak jugak bagi something untuk dia of his birthday. Dah kalau sampai begging jangan belikan apa tu, acane? Naseb baik la kitorang arrange birthday lunch untuk Sazli and mintak Lin Event4u hantar kek and balloons untuk Sazli.

Tahun ni dia takde pesan apapa pon macam jangan beli prezen ke apa. Naseb baik. So semalam balik kerja, I singgah KLCC pergi Harley Davidson nak carikan prezen untuk dia. Sazli now suka beli tshirt, long sleeve shirt and kemeja dekat Harley Davidson. I pon suka tengok dia pakai baju tshirt lengan panjang dari Harley. Nampak sedang elok je dekat badan dia. It fitted just nice. Regardless cuaca panas dekat Malaysia sekarang ni, janji pakai nampak hensem. Tu konsep dia. Last time dia suka Ed Hardy but now Ed Hardy dah takde dekat KLCC. Nasib baik masa dia kumpul Polo Ralph Laurent T-shirt, I tak kenal dia lagi. Haha. Lepas setel dekat Harley, I belikan dia card and bunga sekuntum. Sekuntum je takyah banyak-banyak. Itu semua cost! Haha. OMG sweet giler I bagi bunga dekat Sazli. Macam tak caya je I sweet macam ni. BAHAHAHAHHAHAHA.


Orang kedai tanya nak letak reben apa? I cakap kaler hitam. Baru ganas.


To my husband (^_^)


Bunga tu simpan. OK?


I guess, ni hadiah Shein untuk Abah dia sempena birthday Abah tahun ni. His artwork. With teacher's punya help I guess. Tangan tu, too cute Shein. Too cute. Siap balik karang Mama gigit.

Kata Sazli, dia nak pinjam kereta I harini. Nak bawak pergi site. Sebelum masuk rumah, I dah letak elok-elok dekat passenger seat hadiah dia. So esok bila dia bukak pintu kereta mesti dia rasa surprise and happy and malu and terkejut dapat surprise dari I. Ikutkan malam tadi, I dah nak paksa dia tengok dalam kereta tapi kena sabar. Tu yang sampai I tak boleh nak lelap memikirkan hadiah Sazli dalam kereta. Boleh? Haha. Plan nak surprise kan Sazli berjayaaaa. Kata Sazli, tahun ni I paling sabar and tak bocorkan rahsia untuk surprise kan dia. Sazli cakap, dia suka sangat long sleeve shirt yang I belikan dia. Well of coz la. Limited addition ok? *flip hair. I tanya dah baca ke kad? Dia jawab ‘Dah.. Ala Bubu jangan la tanya. Papa malu’. Hahahahaha. Ok ok.

Happy Birthday once again Papa. I hope, nanti bila Shein besar dia akan ikut perangai Sazli lebih dari I. Memang I nak Shein jadik macam Sazli. Sebab nanti isteri, mak and ayah Shein akan bahagia. Eh, aku la tu. Haha. He’s a good leader, good father, good son, good husband, and good friend. He’s down to earth and hati dia baik. Walaupon appearance dia rock star tapi it’s ok. Yang penting hati. Kan? Nobody’s perfect. Mesti ada yang tak ok sikit here and there tapi takpe. I love your imperfection sebab I tau you always try untuk berubah menjadik yang lebih baik every day. Always put a side your ego and tak suka drag drama lama-lama. Boleh terima teguran. Itu yang I paling respect. U listens and you accept.

Bab Ego ni, seriously lelaki susah nak tolerate tapi Sazli ni Alhamdulillah la dia bukan lelaki yang jenis ego tak tentu hala. I nak dapat 20% of dia punya tolerant level pon tak dapat lagi tapi I’m working out on it. I learned so many thing bila hidup dengan Sazli. Dulu I keras kepala sangat sangat. Tengok dia sabar dengan Shein, I pulak rasa tercabar. Patut I ni emak, I la lebih banyak bersabar tapi dah terbalik pulak.

Haritu masa kat Mustafa Cendol, I mintak Sazli orderkan ice-cream untuk Shein and ambik tissue dekat counter. Time tu dia tengah borak-borak dengan bebudak lain.  Lepas tu Yash cakap. ‘Maksu, Saz boleh eh buat apa Maksu suruh? Penyabar je dia eh? Kalau Yash memang buat sendiri je sebab nanti mesti Apai tanya tak boleh buat sendiri ke?’ Hahahahahahaha. Ko ni nak puji Saz ke nak mengata Maksu Yashie? Sangat double meaning. Kalau Saz suruh I buat sendiri, I rasa memang seketul la batu dekat tekak I ni. Nak telan tak boleh, nak luah tak boleh. I kenot kalau Saz marah-marah nanti I sedih.

Last but not least, Papa. Nak Uweeeeettttttttt!!


-eNd-

3 comments:

Unknown said...

untung laaa kak Suraya x leh kena marah..nnt merajuk sebeban(cabut larikkkk!!)sy doakan akak sekeluarga aman bahgia,++rezeki n shein ada chance dpt adik(lg skali cabut larikkkk >.< !!)

Unknown said...

kak su..i is jeles.hahahaha.suami kak su sebaya saya..saya lahir on 14th.(motif bagitau birthday aku????...ntah le labu)tp sgt bersyukurlah kak su mendpat husband sebaik itu..tak semua bernasib baik macam kak su..oleh yang demikian, kak su kena kongsi utk kegembiraan sejagat.bukan kongsi sazli,..kongsi cerita yang leh motivate org lain untuk berubah bila baca entry kak su or at least,..berkongsilah kegembiraan kak su so that ada senyuman di wajah reader yg tengah berduka..(mcm aku ni laaa)..
last but not least..HAPPY BIRTHDAY TO ME AND TO SAZLI......hahahahah

beauty said...

1st time komen kat blog kak su... i am ur silent reader actually..hihi.. such an inspiring entry. Suka tgk kak su sgt menghargai husband. Buat sy rasa tersedar jgk sbb kdg2 abaikan suami sendiri..😅😅