Thursday, April 21, 2016

The Good Old Days

Assalamualaikum..

Mak  I kan? Dia suka sangat ungkit-ungkit balik perangai tak senonoh I masa kanak-kanak. Asal ada kawan yang baru kenal, seronok la dia bercerita pasal I. Paling dia highlight is, mengandungkan I paling seksa sebab dia mabuk teruk berbanding kakak-kakak I yang 3 orang tu. Kata Mak, dia sampai admitted and dehydrated. Nak masuk air dalam badan guna drip tu pon air tak masuk. Ye je drip air tak masuk. Entah saja nak cerita kasik best. Hahahaha. Kata Mak, masa dia kat dalam ward tu, ada Cina sebelah katil dia tu mengandung and meninggal sebab mabuk and dehydrated. Tapi Mak tak kata la dehydrated, dia cakap air tak cukup dalam badan. Kata nurse yang jaga dia, kalau drip tak masuk dalam badan Mak, dia boleh mati. Exaggerate je Mak ni. Dah la dimomokkan dengan cerita dia mengandungkan I paling menderita, lepas tu dia cakap I masa kecik selalu kena sawan tarik. Ada sekali, tangan Mak sampai berdarah sebab masukkan dalam mulut I. Sawan tarik tu sama dengan kancing gigi la kan?


Berkubang dalam longkang eh?


Kata Mak lagi. Masa I kecik. Kakak-kakak yang jaga I. Mak dengan Ayah pergi menoreh so Kaklong la jaga I and bagi I makan. Kata Kaklong, masa I kecik dia bagi makan biskut tawar tu. Kunyah-kunyah lepas tu suap I makan yang bekas dia. Arwah Kak Ngah pon suap and De pon sama suap. So I makan bekas mulut kakak-kakak I je. Sampai haaaaati. Hahahahaha. Kata Kaklong, dia paling banyak sacrifice sebab bebudak baya dia main sama-sama dekat laman rumah, dia asyik kena jaga I je. Yerla kakak sulong kan? Mak Ayah keluar bekerja so dia kena ambik tugas Mak. Ada sekali masa dia masukkan I dalam kereta sorong, entah macam mana dia terlanggar akar pokok kuini and mulut I terhentak kena kereta sorong, lepas tu berdarah. Teruk la dia kena belasah dengan Mak. Masa time Kaklong cerita tu, dia tunjalkan aje kepala I. Wajaq!

Kata Mak, I pernah mandi longkang berkubang dengan cucu jiran sebelah rumah nama Ani. Masa I naik dari longkang tu badan I hitam berlumpur. Kata Mak, nak marah pon tak jadik. Sebab I dah kotor, busuk macam tu. Mandikan guna sabun, sabun pon tak berbuih. Lepas tu I punya kepala bau longkang sampai 3 hari. Punya la I berkubang dalam longkang yang entahkan ada taik, air kencing, air basuh pinggan. OMG busuk gila perangai. I macam ingat-ingat lupa pasal mandi dalam longkang but I remember sikit-sikit masa Mak ketawa and tak marah bila I keluar dari longkang. Yerla kan? Ongkampung mana nak ada kolam, kita mandi longkang je la. Apa ada hal?

I pernah kantoi berendam dalam kolah dengan Kaklong. Kolah yang orang buat mandi tu, I berendam dalam tu pakai sependa. Lepas tu teruk la kena marah. Kaklong, Mak semua macam Guru Besar. Semua garang, I remember dorang memang garang. Kasut sekolah basuh sendiri, kena sapu sampah keliling rumah, tak boleh kawan sebab tak makan (I dulu ada masalah tak suka makan. Puas berpaksa. Kontra betul dengan sekarang hahahah). I remember kena belasah dengan getah paip, tali pinggang semua. 

Mak I garang ok? Tak sangka Mak garang dulu. Sebab tu la I pernah tanya dia, 'Mak, dulu masa Not kecik, Mak sayang Not macam Not sayang Shein tak?'

Kata Mak. 'Mak sayang. Tapi selalu tertekan sebab dulu susah Dik. Anak ada 4 orang. Harga kelapa sawit murah sampai Mak kena kerja ambik upah menoreh getah nak bagi nkorang adik beradik makan. Balik umah, ko nakal. Mandi longkang, panjat pokok tinggi-tinggi, masuk rumah tak pakai selipar, ajak kawan main dekat rumah lepas tu sepahkan. Tu Mak marah. Penat lagi, pening kepala nak carik duit lagi. Sebab tu Mak garang. Tapi Mak sayang nko, sama macam nko sayangkan Shein'. Terus sebak masa Mak cakap macam tu. Yerla, I remember masa kecik memang susah. Makan ayam pon sesekali je sebab ayam kan mahal? Tapi macam ingat-ingat lupa.

Makin dah besar, makin ok hidup. Kelapa Sawit pon harga dah naik time tu. So duit Mak Ayah pon dah ada banyak sikit. Now I understand kenapa Mak sangat sayangkan BN. Kata dia, kalau tak kerana Tun Razak bukak rancangan Felda, mesti masa tu dia and Ayah susah. Kena kerja kongsikong. Jadik buruh. Bila Tun Razak bukak rancangan Felda, so kira macam membela nasib orang-orang yang susah sebab dorang bagi rumah and bagi ladang untuk diusahakan. Imagine kalau takde semua tu? Macam mana nak hidup?

So lepas ni kalau dia cakap hidup mati dia Felda, BN and Najib. I taknak cakap apa dah. Hidup dia dulu susah. Ada sebab kenapa dia terlalu berterima kasih pada orang-orang yang pernah bantu dia masa dia susah dulu. I mana la tau semua kesusahan yang Mak and Ayah pernah tempuh dulu. Sekarang ni hidup selesa je. Imagine kalau sekarang I pon sama susah macam Mak masa dia muda dulu.. Tak mampu nak bayangkan. Untung Shein, dia hidup zaman Mama Abah dia hidup selesa. Tak la kaya raya tapi kira ok la umur 3 tahun dah dapat pergi Korea, dapat sekolah International. I dulu Tadika pon tak masuk. Jangan kata naik kapalterbang, nak tutup pintu kereta pon pegang dekat tempat bukak. So pintu sampai kesudah tak boleh tutup.

Nanti bila Shein dah besar, I nak cerita pada dia kesusahan I masa kecik. I nak dia hargai apa yang dia ada. Jangan spoil, jangan besar kepala. Mesti ada sikap Abah yang tau appreciate things and pandai berdikari walaupon hidup senang. Jangan dia ingat dia nak semua menda, semua akan dapat. Nanti spoil and manja. Dia kena work hard if dia nak something. Kata Sazli, masa dia kecik dia jarang dapat mainan. Sebab Mak and Bapak tak belikan. Tak spoil kan dia. Dia pon takot nak mintak. So bila dia ada anak, dia belikan Shein toys yang berkualiti and besar sebab masa kecik dia tak dapat. 

I pon sambung. 'I pon masa kecik takde mainan you. Main je la dengan bongkah kayu and pakaikan baju imagine tu anak patung'. Sazli tanya 'Kenapa takde mainan? Mak tak belikan ke? I jawab. 'Bukan taknak belikan. tapi takde duit nak beli. Nak makan pon susah. Macam mana nak belikan mainan'.

Lepas tu terus I peluk Shein. Sazli diam.

Sedih pulak. Okbye.

-eNd-

4 comments:

Nazima said...

Mata saya plak yang berkaca baca cerita kak su. Part najib je saya skip. Kakakaka

Miss M said...

Akak,

Buat la tag atau category pasal mak akak. Macam best je. Eh ke dah ada?
Mak akak hati kental. Suka baca.

Cici said...

sedih :(

tapi mmg betul budak skrg sangat beruntung. parents kerja. takde duit pun tetap cari alternatif tambah duit untuk bwk dorang jalan sana sini, makan best best

Aryan azra said...

sedih akak baca, akak pun orang felda dekat lanchang, kami lagi 9 beradik,pernah makan nasik dengan minyak bekas goreng ikan je..haii entri su nih buat akak teringat cerita dulu2 kat felda sedih sangat...hwaaaa